RUMAH SEWA MISTERI
Dulu, masa duduk rumah sewa aku jadi ketua rumah. Yelah, maybe faktor aku ni spesis boleh tegur direct. Kau faham faham jelah gegirl satu rumah. Benda tak puas hati diperam mau meletop macam gunung berapi.
Oklah, nak dipendekkan cerita dan nak dijodohkan Allah, aku dipertemukan dengan 5 orang rakan sewa. Baik-baik tu tak payah cakaplah. Kau tau apa? Kelima lima ni semua ada belaan. Heh. Bukan belaan, maksud aku, setiap sorang ada cerita gangguan masing2. Saka, santau dll. Tapi alhamdulillah, semua ahli rumah komited solat jemaah, mengaji sama sama. Tapi sebenarnya, bila kita dah tau kita ni ada gangguan, selidik sikit ahli rumah kita lain ada gangguan jugak tak. Sebab diorang takleh duduk satu bumbung. 'Panas' nanti. Benda tu saling berlawan.
Aku ni nak dikira penakut tak jugak, berani jauh sekali. Sedang-sedang. Tapi aku percaya je benda benda alam ghaib ni. Cuma aku ni takde langsung ilmu perubatan islam ni. Setakat baca ayat kursi n fatihah tu aku taula..jadi, nasihat aku kat korang pergilah belajar darusssyifa kat bangi tu ke.
CIK A
Aku tengah dok kat kampus. Tiba-tiba dapat satu mesej dari Cik A. 'Aku benci tengok kau duduk dengan dia. Aku sayang kau sorang je. Hahahaha'. Ah, sudah. Gangguan dia datang la kot, bisik hati kecilku. Cik A ni kes dia kena santau. Dituduh perampas tunang orang. Padahal, perempuan tu yang syok sendiri. Tak puas hati laki tu taknak kat dia, dia hantar kat member aku Cik A ni. Sigh.
So, balik kpd cerita tadi. Aku buat lek. Aku buat cool. Cik A ni macam jeles la tengok aku baik dengan Cik AB. So dia saja api apikan aku dengan mesej mcm tadi. Sebenarnya bkn dia pun yang taip. Benda tu. Gangguan ni gitulah, dia suka buat kita hubungan sesama manusia ni renggang, nak gaduh memanjang. And gangguan ni biasa malam baru dia menjelma. Betul lah kan orang kata malam ni ibu kejahatan semua keluar. Jarang orang histeria siang. So, aku pun baliklah rumah. Aku tak sedap hati. Lepas maghrib aku terus capai mathurat. Baca kuat kuat. Pastu aku cadang nak stay up dengan member. Study group. Exam nak dekat. Lepas bersiap, aku terus keluar menuju ke pintu rumah. Biasa aku kuak pintu kecik je sebab ada dekat 10 ekor kucing depan rumah sewa aku tu. Berebut rebut nak masuk rumah. Tapi malam tu aku pelik, seekor kucing pun takde depan pintu rumah tu. Eh, pelik pulak aku.
Sambil cari helmet, aku pun tercari cari la kelibat kucing kucing tadi. Tiba tiba aku ternampak seekor menyorok dalam baldi. Tengah tenung aku. Ah, sudah. Ni dah kenapa. Aku buat taktau lagi. Pastu aku perasan ada benda tenung aku. Rupanya seekor lagi kucing duduk atas tembok luar rumah. Aku kalih kat lain, ada seekor lagi tengah tenung jugak kat aku di celah tembok batu. Seolah macam bagi isyarat, kak, benda tu dok sebelah kau je. Oh, no. Jantung aku mula degup laju. Sebab hati aku mula kuat kata benda tu dah mula berkeliaran kat dalam rumah. Tulis kisah ni pun aku dah mula meremang. Haha. So,aku diamkam aje..then terus pegi study group.
Dalam sejam dua tu tetiba aku dapat call ahli rumah suruh balik rumah. Urgent katanya. Pap. Aku terus teringat kejadian pelik tadi. Sampai je, aku bukak pintu nampak Cik A tengah terbaring. Ahli rumah lain semua lari masuk bilik. Bajet macam aku boleh handle sorang la. Hawau betul. Tetiba Cik A meracau. Bunyi suara garau. Aku dah gelabah ni, mana nak ingat ayat ape ape. Baca fatihah je yang mampu, Berharaplah reda. Sebab ada yang pernah bagitau tak kisahlah kita baca fatihah ke ayat kursi ke..yang penting keyakinan kita Allah Taala Maha Berkuasa tu nombor 1. Ceh, padahal ayat kursi n fatihah je pon yang aku hapal T_T lepas bajet bajet jampi tu, Cik A ni pun slow sikit.
Dia terbaring balik. Lemah. Aku pun amik kesempatan tepon member aku yang pandai berubat orang ni. Lepas call, aku pun tunngulah member ni sampai. Sampai je member ni kat pintu pagar depan, tiba tiba Cik A bangun terpacak pandang mata aku. Tepat. Dengan mata yang merah menyala, suara yang garau, dia gertak, 'kau panggil siapa datang hah?' . Masa tu nak terkencing aku tengok muka dia T_T
Nantilah aku sambung. Sekali dengan kisah Cik B, Cik C dll. Zzzz
– Mrs ms