RUMAH SEWA MISTERI – PART 3
Karier aku sebagai ketua rumah memang mencabar. Selain bayar bil, sewa rumah, beli barang dapur, tugas hakiki aku ialah teman setiap ahli rumah pergi berubat. Aku rasa macam nak letak dalam resume je. Lagi hebat woih dari jpam. Jpam pun kurang kurang nak halau benda nampak depan mata. Aku? Benda ada. Cuma tak nampak aje. Takut? Menipulah tak takut. Prinsipaku senang je. Selagi dia tak munculkan diri depan mata, aku bersyukur. Lantaklah diorang nak buat ape. Keje diorang memang suka ngusik anak adam kan.
Lagipun bukan apa, selain aku rasa ni pengalaman yang berharga dan ilmu baru, paling tidak aku boleh faham situasi setiap orang ahli rumah aku. Dapat tambah amalan aku jugak yang tak seberapa banyak ni.
Dulu aku manalah kenal radio ikim ni. Sekarang hari hari pasang kat rumah tau. Mula mula bingit jugak. Asal member aku bukak, dia mandi, aku tutup. Dia bukak, pegi makan, aku tutup. Sebab ikim kan banyak sesi temuramah. Cakaaap je. Boring tau tak. Aku bukak radio nak dengar lagu. Tapi lama lama aku 'terhibur' sendiri. Mungkin amalan aku bertambah, sedar tak sedar hati aku jadi lunak. Korang kalau rasa hati tu keras je and susah nak dengar nasihat orang, tryla istiqamah 2 3 amalan. Jangan buat banyak. Sikit je. Tapi sustain. Solat tahajjud 2 rakaat sebelum subuh. Mengaji 5 ayat selepas solat. Mathurat pagi petang (sebagai pendinding). Kalau tak boleh semua ni buat satu je dulu. Tahajjud tu. Eh. Dah tetiba macam ikim pulak aku.
Macam tu jugak aku perati setiap ahli rumah aku ni. Lepas dah tau tahap belaan masing masing, semua jadi sama sama tingkatkan amalan. Kiki. Aku ni pun agak kasar orangnya. Tapi bila dah satu satu kejadian berlaku dalam rumah buaya tu -_-' aku jadi bertambah penyayang. Mula amik tahu hal setiap orang. Tak mudah melenting dengan perangai sorang sorang. Yela. Kalau ada gangguan benda tu attack amalan kita jadi lalai. Solat lewat. Malas nak buat amalan sunat. Kaki berat nak pergi majlis ilmu. Emosi pun jadi tak tentu. Rasa nak marah marah. Cari gaduh memanjang dengan orang. Macam kes Cik C ni…
CIK C
Kes Cik C ni unik sikit. Santau yang dihantar dari kecik. Macam kau tanam cili jugakla. Harini kau tanam bijik dia. Esok jadi buah cili. Lusa tulat jadi cili cili cili. Ekeke. Benda ni gitu jugak dalam badan Cik C. Makcik kat kampung dia yang hantar. Dah takde keje lain agaknya makcik tu. Sibukkan diri dengan santau orang.
Macam biasa, aku rajin jugak teman Cik C pergi berubat. Dengan Ustaz Y. Ustaz yang paling sempoi ubat orang. Suka buat lawak. Ngekek aku gelak kalau dia berubat kadang kadang. Yela. Ubat buatan orang ni ingat syok ke? Penat tau tak. Kadang tu sampai Ustaz ni terpelanting kat dinding dia cerita. Sian T_T So maybe Ustaz Y ni buat lawak bagi yang datang berubat tak rasa inferior.
Pernah sekali tu Ustaz Y cerita ada seorang Ayahanda gangster datang berubat dengan dia. Nak bertaubat. Nak buang saka rimau yang dia bela sendiri bagi kebal. Yang jadi dia datang nak berubat tu sebab masa dulu dia lah kepala samseng kat kl tu. Ayahnda kan. Kebal pulak tu sebab sihir dia kuat. Asal tak puas hati je bunuh orang tu. Sembelih orang ni. Dia ingat tangan dia yang paling berkuasa. Rupa ada lagi yang Maha Kuasa atas sana. Orang yang dendam dengan dia hantar santau kat anak perempuan dia sampai meninggal. Masa tu lah dia berubah.
Kes Cik C ni yang kesian belaan tu susah nak munculkan diri. Sebab benda dah lama sangat. Yelah. Dah 20 tahun hidup. Dia tak kacau jadi histeria ke meracau racau ke. Semua benda nampak normal. Sampailah satu masa Cik C ni sakit sendi, sakit badan yang teramat. Badan rasa berat walaupun kurus kering. Sampai kadang kadang aku pulak jeles tengok dia makan nasi setambung tapi perut dia besar betis aku je. So pasni kau husnuzon la sikit member yang steady kurus walaupun pelahap. Maybe dia ada belaan. Ekeke.
So Cik C pegi cek perubatan moden kata takde apa. Niat nak beralih ke perubatan islam rupanya membongkar ke suatu benda yang lain. Cik C gigih sangat berbanding yang lain. Seminggu hampir 3 kali dia jumpa Ustaz Y. Konsisten. Bertahun jugaklah. Kalau aku dah stress dah. Mana taknya, bila Ustaz Y cuba nak komunikasi benda tu tak respon ape ape. Diam tunduk je. Sampailah satu hari, macam Biasa, ustaz baca ayat syifa, pembatal sihir dll, belaan Cik C ni mula ada komunikasi..
'Hei, kau ni siapa. Datang dari mana?'
Cik C senyum. 'Mana ada sesiapa. Hehehehe. Mana ada lah..' Cik C senyum meleret leret sambil gelak halus. Hujung meja dikuis kuis manja. Cik C buat gedik lagi sambil senyum tak henti. Benda tulah maksud aku. Bukan Cik C.
'Kau berapa ekor duduk dalam tu?' Ustaz Y tanya.
'Hehehehe. Mana ada..hehehe. Adelah dalam 10…Hehehehe' Cik C jawab. Ya Allah 10 ekor? Aku pun macam nak pengsan dengar T_T selama ni aku bercakap dengan dia ke yang 10 ekor tu? Huwaaaa. Agak 10 ekor yang banyak banyak tu yang dok atas bumbung n keliling rumah sewa aku tak bagi benda alah Cik C tu masuk tak? Ya Allah Ya Tuhan T_T
'Panggil bos kau datang ke mari. Panggil dia sekarang. Sekarang jugak', marah Ustaz.
'Taknaklah. Taknakkk. Janganlahhh…hehehehe' Cik C tarik suara manja lagi. Kalau Cik C tau macam mana rupa dia masa berubat mesti dia malu. Yelah, sebab dia seorang perempuan yang jaga akhlak dan ikhtilat ni. Mana ada cakap dengan lelaki sembarangan ni. Sebab tulah orang ada gangguan ni kau sikit pun jangan cerita macam mana rupa atau aksi dia masa berubat. Nanti dia inferior. Boleh sampai depression tau.
So sesi rawatan Cik C berterusan untuk beberapa lama dengan keadaan yang tarik tali macam tu. Mula mula ustaz ingat ni jin gila. Yelah, orang tanya senyum memanjang. Rupanya tak. Dia saja buat mengada taknak keluar balik tempat asal. Sebab dah lama sangat menginap dalam tu kan. 10 ekor pulak tu. Tsk tskk. Macam rumah setinggan la. Memang bukan tanah diorang, tapi kalau dah syok duduk 20 tahun tak bayar api air satu hari tiba tiba suruh dia keluar rumah, confirm taknak kan.
Bila aku rajin teman Cik C berubat, lebih aku memahami dia. Kesian Cik C. Nak bangun Subuh paling payah sekali. Dia kata dia memang nak bangun, tapi benda tu macam lock tengkuk, kakitangan dia. Jadi, setiap Subuh aku gigih la kejutkan dia. Lepas Selawat sikit, aku tarik tangan lepas tu tarik kaki dan badan dia sekali. Dah menari nari lah aku Subuh hari kejut Cik C bangun semata. Kalau Cik C dengan yang lain boleh gigih habis duit, masa, tenaga nak buang semua belaan ni, takkan aku tak boleh bersabar bantu diorang mentaati Allah ye tak?
Sampai sudah aku tak kisah pun kalau Cik C nak gelak kuat kuat ke, gelak sorang diri ke. Aku tak kisah jugak kalau dia nak makan tambah 3 4 pinggan ke. Dan tak kisah jugak dia nak emo emo ke. Sebab aku tau, kadang kadang tu bukan dia.. T_T
– Mrs ms