Rumah Yang Tak Pernah Bersedia Terima Tetamu

Assalamualaikum. Ini berkaitan rumah family aku. 

Rumah family aku rumah teres setingkat and renovate depan belakang almost to the max. Orang selalu cakap,

“wah bestnya rumah kau luas, panjang, adik beradik pun 2 orang je mesti lawa kan rumah kau”

Benda tu tak seperti yang dipuji. Rumah aku walau panjang tapi penuh dengan perabot, bapak aku selagi ada ruang selagi tu dia letak perabot.

Kalau beli perabot baru nak ganti macam meja makan, meja makan lama dia tak buang. Dia letak dekat dapur habuan letak barang2 dapur.

So ruang rumah dah kecil, lagi semakin mengecil. Patutnya rumah dah luas macam ni ruang tamu tu aku dah boleh pusing2 macam cinderella tapi tak. 

Kekemasan memang out, antara 3 bilik semua tak sesuai untuk tetamu pinjam. Bayangkan lah kalau jenis perabot yang semakin bertambah, ada je benda yang tak sepatutnya ada situ tapi ada.

Bayang kan eh, karpet masa umur aku 1 tahun sampai sekarang dah 28 tahun still ada dalam bilik tu bergulung. Aku rasa kalau kibas karpet besar tu confirm jerebu 1 negeri.

Bapak aku cakap, “alah nanti ada kenduri boleh bukak pasang“. Selama aku 28 tahun takda kenduri pun yang dibuat kat rumah aku. Aku yakin kalau ada kenduri pun, karpet tu confirm dia tak ingat. 

Then family aku jenis tak mengemas sangat. Bukan jenis yang menyapu tiap hari, mop sehari sekali or dua hari sekali silap2 sapu je seminggu sekali. Lantai selagi takda tumpah apa2 memang takkan mop walaupun dah nampak sikit peta malaysia. 

Aku bukan tak tolong, dah tolong tapi end up jadi balik. Macam sebelum ni aku kemas2 dapur sikit, lepas mak aku masak dan semua dah habis makan, aku basuh singki kemas rak pinggan lap dapur bagi kering. End up petang tu jadi balik.

Tapi kalau gi jalan2 jauh macam sewa homestay, family aku reti kemas. Tak tinggalkan sepah2, memang orang takkan expect yang family aku rumah sendiri macam kena ribut. 

Barang yang kejap kat sini, kejap kat sana. Aku bukan citer tentang ketip kuku, haha. Penyapu rumah suka hati dia je nak ada kat mana2.

Bukan penyapu je, apa2 barang kat rumah ni macam gitu sampai time mencari memang aku fed up gila2 nak marah kat orang tua berdosa so cakap la kuat “haa ni memang rumah orang lain pun sebab tu tak jumpa apa yang nak cari“

Family aku ada bela kucing. So aku rasa korang tahu kot kalau rumah jenis bela kucing ni bau dia macam mana. Lagi2 kalau kurang jaga kebersihan. 

Raya baru2 ni mak ayah aku macam nak buat small open house suruh panggil kawan2 aku sebab dia tahu aku ramai kawan dekat sini.

Sini jiran2 kurang sebab kebanyakan menyewa jadi bila time cuti ke atau hari2 raya ni memang kosong so sebab tu family kurang kenalan jiran. 

Aku memang segan nak panggil kawan aku kalau condition rumah gini. So aku bagitau kata kawan aku semua takda sini balik kg dorang. 

Now aku dah hidup merantau, rumah aku sewa tapi bilik yang lain aku sewakan murah2 dekat orang lain jadi kurang beban sikit. Dekat sini aku bebas susun atur rumah aku. Walaupun kecil tapi tengok nampak luas sebab aku tak suka perabot banyak2.

Housemate aku pun Alhamdulillah dapat jenis yang jaga rumah so dorang ada common sense. Aku happy bila balik rumah sewa aku, rasa tenang sangat2. Bilik aku tempat aku paling selamat, selesa, wangi untuk tidur.

Rumah tu anytime sapa sergah pun aku takda hal. Bila balik rumah family memang aku murung terus. Aku balik sebab orang tua aku je. 

Ada siapa2 ada family macam ni? Macam mana korang hadap atau atasi masalah macam ni? Tolong share dengan aku. Aku rasa benda ni berlarutan sampai bila2. 

– Husaini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam dear..
    Memang ramai orang tua berperangai macam tu dek terbawa- bawa sikap konon taknak membazir.Hakikatnya hanya perabot tak bazir tapi masa tenaga ruang rumah dan perasaan yang terbazir

    Antara punca berlaku “kesemakan” melampau no juga adalah kerana kejiranan.Bila tak ramai jiran dan tak pernah pergi rumah jiran…mak ayah dah jadi terlalu selesa dengan kesemakan tu kerana tidak pernah membandingkan dengan rumah orang lain.
    Bila rumah sendiri memang kadang sebab dah hari hari hadap ” pemandangan” yang sama dah tak rasa apa walau ruang nak lalu pun dah penuh sesak.

    1st,saya cadangkan you all dua beradik kena berpakat.Rancang elok elok.Bajet pun kena ada dalam rm500.Sorang kena plan la bawa mak ayah ni ke mana mana yang perlu menginap sehari semalam.
    Dalam masa tu panggil/upah orang kemas rumah.Sekarang dah ada ja khidmat kemas rumah ni terutama khidmat warga seberang.Ambil yang ada lelaki dan perempuan kerna yang lelaki kita nak dia angkut barang berat perabot perabot tu.Yang prempuan untuk kemas rumah.Kalau barang banyak kena sewa
    “roro” sekali untuk isi segala perabot sampah tu .Biasanya sewa “roro” ni dalam Rm200++) untuk sehari.Lepas dah siap biasanya dorang terus bawa roro tu keluar ketapak pelupusan.So,segala sampah tu akan clear sebelum mak ayah balik.Kalau tak plan betul betul..mak ayah balik masa roro masih ada..memang sampah tu akan dikutip semula la jawabnya..hahaha

    Dalam masa sehari semalam mak ayah “meninggalkan” rumah tu..biar pekerja tu mengerjakan seluruh runah dan buang segala semak yang membebankan fikiran tu..

    Ya,memang bila mak ayah balik esoknya akan berlaku kejutan untuk mak ayah dan juga kejutan untuk kamu dua beradik.Mak ayah akan tersentap 3h2m sebab rasa anak anak “jahat” buat macam tu buang semua “harta” mereka.
    Kejutan untuk 2 beradik pula memang kena ” sabar ” sekejap untuk hadap ” sentap” mak ayah selama 3h2m tu.

    Tapi percayalah,lepas 3 hari meraka akan selesa dalam suasana segar yg baru.
    Mulut mereka pasti akan berbunyi untuk sebulan dua tapi dalam hati dah ada taman…hahaha

    Kalau rasa cadangan ni elok..sila ikut.
    Jika sebalIknya…abaikan saja..sekian

  2. Parent aku pom mcm ni la. Dapur belakang tu dah jd stor penuh brg. Aku tggu dorg g umrah je ni. Mmg aku balik cuti, aku sewa tong roro tu, aku nak buang sume. Bygkan lah baju adik aku dlm pantang ade lg. Adik aku dah umo 20 lebh dah skrg. Kalau museum nak beli brg2 lama mmg dah lama kaya parent aku tu.

  3. mak aku pun mcm ni, tp entah mcm mana aku kemas, buang dan bakar je.. last2 dia pun suka sbb rumah lapang.. kalau tak, tikus pun sewa sekali lah rumah ktrg tu.. hahahaha.. skrg dh xde dah, semua habis buang, bakar.. nk beli pun dh xde nafsu.. membazir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *