Rumate aku yg ganjil dr yg lain – https://iiumc.com/forumv2/
Aku dulu ex student uia jg. N aku suka jg bce iium confession ni bila aku nk tenangkn diri pas studi or nk hilangkn stress. Aku skrg tgh sambung studi kt universiti yg bajet x kena potong tu. (Rasanya korg ley guess u mana).
Duk kt sni, aku mmg selalu la dpt rumate baru stiap sem, almaklumlah kbykn member2 aku, menyewa kt luar or dah berkeluarga. Tapi, antara byk rumate2 aku ni, yg paling memberi kesan, satu rumate aku ni. Fuh, meremang jg aku nk cite sbnrnya. Aku ni, bkn la jenis berani sgt, dan bkn jns penakut sgt, tp sebilik dgn dia, mmg bnr2 uji tahap ketakutan dan keberanian aku, smpai aku fkr, aku kena kawen cpt ni, ada teman, takda la aku takut sgt, hahaha.
Masa aku mula knl rumate aku ni, dia pernah ckp kt aku, "Akak, sy nak ckp sikit ni akak. Hmm, sbnrnya sy ni ada bnda akak". Aku x tahu nk bg respons apa, sbb waktu tu, lewat malam pukul 1 pagi mcmti, dgn dia yang akan pegi bermalam di bilik kawannya lg, betul2 buat bulu romaku tegak berdiri. "Akak, kat dlm bilik ni pun ada je makhluk lain juga akak", tambah dia lagi sambil mata meliar memandang sekeliling bilik. Aku menelan air liur dan cuba mencari kekuatan. "Saya ni akak, kalu balik lewat malam, kena mandi akak, kalu tak, memang kena ganggu mlm tu akk. Pastu, sy kalau tido, kena buka lampu, kalu tidak, lagi senang sy nk kena ganggu. Kadang-kadang, bnda masuk dalam badan sy, dan tetiba sy buka pintu nk keluar bilik ke, tp sebenarnya tu bkn sy akak" dia menokok tambah lagi. Argh sudah, habis macam mana aku nk tahu yg keluar dari bilik tu ko ataupun 'bnda' yang telah masuk ke dlm bdn ko tu.
Bayangkan aku terpaksa sebilik dgn dia sepanjang cuti sem yg sepatutnya km cuti, tp aku sebagai student sepenuh masa pd peringkat lebih tinggi, aku tiada cuti. Patutlah masa awal aku nak minta bilik dulu, orang depan aku, sanggup duduk sebilik dgn ko, tapi waktu tu, aku tak fikir apa-apa. Memang sepanjang masa aku kt bilik, aku teringat semua kata-kata dia, masih segar dalam fikiran aku ni. Aku pula jenis tido tutup lampu, mmg sukar juga aku nk tido memalam bila fkr kata-kata dia.
Sebenarnya, banyak lagi dia cerita kat aku. Tp aku tak nak ccakap sebab nanti aku risau tak dapat tido mlm ni. Tp aku bersyukur juga, sbb sepanjang dia sbilik dgn aku, dia tak pernah tido kt bilik. Sebab dia ada tugasan projek tahun akhir yg perlu disiapkan dan dia tido di bilik kawannya yang menurutnya da faham nature dia macam tu.
Aku tak boleh bayangkan kalau sehari je dia tido kt sini. Seram wei dengar cerita dia. Pada aku la, jgn la cerita benda-benda cmni kt org lain, bkn smua org kuat dengan cerita mcm ni.
Harap pasni aku tak sebilik lagi dengan orang yang mcm ni, dan doakan urusan aku mendirikn rumah tangga tahun ni dipermudahkan.
– Cik Manis