Aku tak boleh tido skg, so drpd aku terkebil2 tak tau nak buat apa, meh aku share story nga korang plak. Dalam 2 tahun jugak aku duduk nga rumate aku ni. Rumah kitaorang mcm apartment ade 5 bilik semua.
Story abg Sado tu dah lali dah nga aku coz rumate aku pon jenis suka kunci pintu. Hari2 tanpa miss. Klu lupa kunci pintu bilik, confirm orang yang paling lambat keluar adalah aku. Aku mula2 agak shock culture jugak coz sebelum ni aku x pernah ade rumate. Alasan dia pon sama = privacy
Dia tengok je aku keluar dari bilik, terus dia kunci, padahal aku lepak kat ruang tamu je and sometimes p bilik sebelah. Jenuh aku ketuk pintu nak masuk bilik sebab dia selalu pakai earphone, volume plak kuat (aku dengar sipi2 lagu y dia pasang) n dia memang ade masalah telinga x dengar sebelah. Rumate aku ni memang under follow up doctor pon telinga sebelah kiri tu klu x silap aku la.
Sepanjang aku duduk dgn dia memang kemana-mana je aku dok kalung kunci tu coz aku suka study kat ruang tamu, p lepak nga kawan2, p study nga org lain(aku jenis x bleh study sorang2–> tidur).
Apa yang aku tak suka pasal rumate aku ni, dia suka kunci jam loceng volume paling kuat so far la. aku yang terkejut tahap gaban coz kuat gila kot dahla aku sensitip dgn bunyi. Sebelum aku tutup tu, aku kejut dia dulu nak bagi dia dengar. Masalahnya dia tido mati,sampai ke sudah tak bangun. Bulan pertama aku tak lena tidur sebab terkejut bunyi alarm clock dia.
Kuat tak kuat bunyi tu, klu lepak kat ruang tamu pon dengar jugak walaupun pintu bilik kitaorang tertutup rapat. Sometimes housemate aku yang dok lepak kat ruang tamu tu pon amazed dengan bunyi dia yang sangat kuat and diorang pon terkejut camne rumate aku boleh x sedar langsung…haha..
Ok la fine dia ada jam loceng yang nyaring. Tapi apa yang aku tak puas hati, dia set alarm 2 jam selepas dia tido (biasanya dia bangun utk study), klu aku memang tak bangun la coz waktu tu adalah deep sleep. Salah satu sebab lain rumate aku ni pon suka tido lambat. Anyhow, consider la rumate ko yang sensitip pada bunyi ni. Aku pon set jgak alarm tapi slow sebab aku mudah terjaga.Orang jalan tepi katil @ masuk bilik aku pon bleh tersedar dari tidur.
Dalam 4-5 bulan selepas tu, dia bawak plak smartphone mak dia (dia punya phone y stail 3310 tu).Alasannya, pinjam dari mak dia semata2 nak kunci jam banyak kali. Gulp, aku telan air liur, confirm aku takkan tido lena dah lepas ni. Smartphone kan boleh set alarm sampai 20 masa. Bila2 yang ko nak.Dia punya alarm phone pon highest volume dia set. Masalahnya, alarm phone pon dia x bangun2 jugak.
Pagi2 2-3 kali jugak aku terbangun terkejutkan bunyi alarm dia. jantung pon dok dup dap, dup dap. Bila dah heart rate laju, susah la wei nak tido. Bunyi jam loceng dia memang x boleh lawan la dengan alarm kat henset tu.Memang legend ar, aku ingat sampai hari ni macam mana dia punya bunyi jam loceng tu.
Sekarang aku dah ada rumate baru and aku pernah dengar alarm phone dia- punyalah perlahan(bunyi plak mendayu2). Sebab telinga aku dah di trained dengan bunyi alarm yang kuat oleh rumate lama (2 tahun kot), telinga aku pon dah x sensitip dgn alarm y bunyi slow2 ni. Aku plak yang set alarm clock kat henset highest volume, tapi tak bangun2 (tido mati). So, rumate aku yang skg ni plak merana dengan bunyi alarm clock aku….hahaha…
the cycle continue and continue…..
– Miss M