Aku harap apa yang aku nak cerita ni tak dikonsider sebagai membuka aib. sebab korang tak tau pun aku sapa kan. buat pengajaran dah la. macam ni. aku ni saorang jurutera aka kuli di sebuah syarikat swasta. korang jangan anggap aku nak up pulak dengan title jurutera tu. baca dulu. aku ada boyfriend. dah 6 tahun kenal. dalam masa 6 tahun couple break couple break. sekarang couple balik. it was my surprise macam mana aku boleh couple. dulu aku sekolah asrama penuh pakai tudung labuh dan tak pernah couple. bercakap dengan lelaki lagilah jarang. masa aku form 5 siap ada budak laki batch sama lagi yang tak kenal aku. tapi ada aku kesah. tak. sebab matlamat aku untuk belajar.
aku masa belajar kt U masa nk dekat tahun akhir aku dah start nak rasa berkawan dengan laki. dengan classmate aku yg jantina lelaki pun aku jarang cakap kecuali ada benda yang penting. aku rajin gila get myself near to YM, and kat situla aku kenal bf aku ni.
lepas kawan kenal terus couple. sbb mmg niat aku nk rasa perasaan couple ni mcm mana je. tapi laki tu dia serius nak kat aku rupanya. the thing is aku tak nak kat dia. aku cuma nak rasa je. lepas dah rasa dah la. break je la kan.
and our hubungan smpi sekarang go on. the thing is (lagi sekali), dia adalah seorang pemandu lori. dulu masa aku kenal dia masa aku study, dia kerja kontrak pasang siling bangunan. kerja yang high risk dan aku tak pernah imagine nak suami kerja mcm ni. setahun lepas dia dah tukar kerja bawak lori sebab dia cakap nak merasa duit lebih. kerja kontrak tu gaji cukup makan. and dia nak kumpul duit nak kawin dengan aku. ntahla. kadang2 aku rasa aku ni jahat nak mampos sbb sebenarnya aku sikit pun takde rasa nak kawin dengan dia. dan tentunya sebab kerja dia dan perangai dia. aku kalau keluar dengan dia. kalau salah sikit mulalah dia nak maki aku. bangang bodoh bangsat cilake semua keluar. korang nak tau tak kenapa senang2 je dia boleh maki hamun aku tanpa perasaan hormat dan malu kat aku?
sebabnye. kitorang dah banyak kali terlanjur. since aku dekat last year study lagi. aku tak sangka aku boleh jadi mcm ni punya teruk. setelah bertahun tahun aku jaga diri aku elok2. tak nak bergaul dengan lelaki. tapi last2 aku jd lebih teruk dari orang yang dulu masa muda2 kaki bohsia playgirl social dsb..
betul lah lagu raihan . iman tak dapat diwarisi. mak ayah aku raised aku baik2 akhirnya aku jadi mcm ni. and the worst thing is. bila aku selalu kena maki dengan dia. semacam ada aura hitam dah build up dalam diri aku ni yang membuatkan aku ni jadi cepat marah, tak tahan sabar and suka mencarut mcm dia jugak. and I hate this. ni tak boleh jadi sbb this is definitely not me. aku bukan macam ni.
dia dah belikan aku mcm2 even aku tak mintak. aku tau dia syg aku sgt2 tapi malangnya aku tak boleh nak timbulkan rasa syg yg membuatkan aku nk kawin dengan dia. dia dh byk kali ajak aku kawin tp aku selalu tukar topik sebab aku mmg tak nak kawin dengan dia. dah bnyak kali aku bgtau dia tp dia tak boleh terima.
and benda yang buat dia tak boleh terima is dia dah lama tak solat. and this is the reason why dia susah nak terima kenyataan. dia pernah janji dengan aku. lepas dia bawak lori senang sikit dia nak solat sebab kerja drive je, bersih sikit. tapi sekarang aku tengok dia makin teruk and dia dah lupa janji tu. bila aku Tanya dah solat ke dia cakap tak. bila aku tegur dia mengamuk dia cakap takde tempat nak berhenti solat. dekat R&R susah nak carik parking. and dia pernah tengking aku kalau aku argue aku cakap tu alasan dia je. dia cakap dia memang tak akan solat sampai bila bila. Allah..
pernah aku confess aku tak nak kat dia lagi, dia maki aku dia ckp kenapa? sebab aku dah jumpa laki lain kan? takpe ko tunggu aku datang rumah ko memang aku tarik ko aku lenyek muka ko dengan tayar lori aku ni. dan aku jugak pernah kena lempang sikit punya kuat dah 3 kali. semuanya sebab dia cek hp aku and Nampak ada wasap aku dengan kawan2 ofis aku.
Ape korang rasa kalau ada orang cakap mcm tu kat korang. disebabkan aku takut dengan ugutan dia. aku terpaksa tak break. aku dh byk kali nak report polis. tapi aku tak smpai hati sbb dia terlalu byk buat benda baik kat aku. dan semestinya terlanjur tu bukan benda baik dan aku janji kat diri aku , aku tak akan buat dan tak nak buat lagi benda tu.
Di bulan puasa yang mulia ni, aku kurangkan jumpa. sebab aku dah tekad nak berubah. dan aku akan tinggalkan dia lepas dia solat semula which is I don't know when. aku nak bertaubat sebab aku dah tak sanggup nak tanggung dosa. kalau aku mati masa aku tengah tido dengan dia, apa family aku akan rasa? aku bersyukur Allah tak tarik nyawa aku masa aku tengah buat dosa dengan dia. aku dah tak sanggup. sekarang tiap malam nak tido aku selalu susah nak lelap sebab aku takut esok aku dah tak bangun. aku tak sempat bertaubat. aku buat dosa besar walaupun aku solat. aku dah bayang macam2. aku bukak mata keliling gelap sebab aku dah ada dalam kubur. aku tak nak mati sia sia.
doakan aku gigih dan berterusan nak jadi mcm aku yang dulu. aku perempuan lemah lagi hina. aku harap aku tak give up nak tolong guide dia dengan keterbatasan yang aku ada. aku takkan hina dia depan orang lain. sebab aku tak tau satu hari nanti kalau dia dah bertaubat, dia jadi much better than us. kalau Tuhan kata dia jodoh aku, aku doa tolong jadikan dia seorang suami yang baik untuk aku. jadikan dia suami yang sayangkan aku kerana Allah. kalau Tuhan kata dia bukan jodoh aku, aku akan doakan dia berubah dan jadi lebih baik. aku harap Allah ampunkan dosa aku selama aku bernafas. amin.
– JulaJuli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
banyakkan berdoa sis.Allah tahu yang mana terbaik. yang berlalu,dosa dengan Tuhan,boleh kita solat taubat.azam betul2 taknak dah buat benda salah tu. sis kena kuat ya.jangan mengalah.selalu ingat,Allah tu selalu ada :)
Disebabkan nak rasa couple je sampai bermacam² dirasa.
Belum kahwin pon dah kena pukul dan maki,,, ko nak ke kahwin dgn dia. Lepas kahwin lagi teruk kena, lagi kerap kena sebab dok serumah, lepastu lagi susah ko nak selamatkan diri sebab ko isteri dia. Kat malaysia ni susah bini nak report pasal suami, tunggu mati dulu baru nak siasat… Tolonglah, tak payah nak guide2 dia lah, suruh mak ayah dia guide, takpon ustaz ke imam ke… Aku rasa ko ni yg nak kena guide, cuba mintak guidance dari mak ayah ko atau counsellor.
Lelaki sngt susah nk diubah sbb adanya ego yg tinggi…melainkan ada keajaiban brlku la…tp mmg susah…sy pun pernah berangan nk ajar si dia mengaji n pastikan solat lima waktu..tp tk berjaya pun walaupun mulut dia kata dia nk berubah…last2 sy pun give up…biarlah dia yg ada kesedaran sndri nk berubah..sy dh tk mmpu nk tlong…
Betul. Silap perempuan sbb kita selalu fikir boleh ubah lelaki. Kalaupun berubah tapi bukan kerana Allah, senang je nak balik perangai asal. Kene ingat, if he’s broken, it’s not your job to fix him. Sudah2 lah letakkan org lain, syg diri sendiri dulu.
apa2 pn dri kta sja bha itu..kipidap dongibab
Kamu nak lelaki tu solat…tapi kamu fikir x..apa yg kamu dn bf kamu buat sampai terlanjur tu…adakah benda yg betul? Niat kamu juga salah…sekadar nak main main..so kamu dpt lelaki yg mcm tu. Dekatkan diri dengan Allah…jauhi zina..kerana zina itu buat kamu gelap mata..gelap hati dan syaitan akan bertepuk tangan…
Jalan cerita yg sama..terlanjur….
Noor , try bace ni
Dah terlanjur bertaubat lah… lepas tu bab lelaki tu mcm x sesuai je rase.. mmti lg2 merana hidup… sy paling benci lelaki yg suke maki2 org ni… bab dia ugut2 tu ugut la balik ckp nk report polis… blum kawen dah makan maki n penampar what do u expect kalau lepas kawen? Uish… x dpt la nk byg sis.., takut sy… move on lah… dah ade niat nk bertaubat jgn tangguh2 trus buat… tekad2 kan hati tu… mntk pertolongan dan kekuatan dr org2 sekeliling… jgn selalu menyendiri sibukkan kan diri… insyaAllah sis boleh! Inhat org yg bertaubat nasuha suci seperti bayi br lahir… Allah A’lam
Sblm tido niat nak bgn malam.tido dlm beradab tht mean u ade wuduk n klau bole buat solat sunat. Solat taubat hjat dn istiqarah. Allah akn lihat usaha dan ksungguhan kite insyaallah. Moga awk mnemui jalannye :)-kejar mlm2 akhir ramadhan ni
rumi dan jawi? ermmm..aku ingatkan pasal malu x blh baca jawi tadi,,huhuhu
Aku faham ko susah nk move on dgn laki tuu sbb dia ugut ko . And u know what ? Laki jenis mcm ni ko kena lawan . If dia tgk ko brani lwan dia . dia pulak jd slow . maybe rmai blame ko sbb trlanjur dgn dia . tp bg aku laki tuu jenis brtanggungjawab . dia x blah lepas rase ko tp still syg ko . maybe ada kebaikn dia yg trsembunyi cuma sikap bran dia yg mlampau susah nk atasi. So ko perlu ckp scara tegas . yg ko x suke dia maki hamun and pkul ko lg. and ko betul2 akn tinggalkn dia. if dia x nk brubah. kang ko jd kes pnderaan rumah tangga pulak bila dh kawin . if ko nmpak dia berubah ko bg galakkan . bukn senang weyh nk buang sikap baran . if dia x berubah ko blah je . x pyah takut ugutan dia semua . dia ckp mcm tu sbb xnk hilang ko . and saje buat ko takut . fighting sister . boleh pm if nk sembang .
A bitch deserves a bad boy.
Dua2 sebenarnya jahat di sini.
Kau. Permainkan hati lelaki.
Dia. Dengan perangai dia tu.
Aku tak consider kau jahat sgt sbb dia pun sama.
But kalau lelaki tu lelaki yang baik. Memang kejam lah kau. Haha.
Fatimah Azzahra Shafie
Tinggalkan lelaki tu sekarang! Don’t waste your time. Kalau lelaki tu nak berubah dia akan berubah sendiri tanpa perlukan nasihat sesiapa pun. U should at least have pride as a human.
Leave that guy. Kawen pun tak guna. Klo awak nak berubah, ubah diri elok elok. Allah ada.masa lalu biar berlalu. Sayangkan diri awak dulu.
sister..setiap malam sblm tido buat solat taubat..kite xtau adakah dgn skli taubat je Allah akan ampunkn..jd buat la sister..dgn buat mcm tu..insyaallah sis lupa pasal die..n hati pun tenang.. semua org buat dosa..tp kita kene ingat Allah maha pngampun..tinggalkn laki tu demi allah sister..gantungkan pergantungan sekuatnya pada allah..xkan ade yg dpt mnyederakan sis..sentiasa support sister..love u
Mungkin sekarang seseorang itu jahil ,Dan mungkin esok seseorang itu akan paling disayangi ..Manusia berubah ..Kuasa Allah ..
*HafizHamidun
Mohamad Fariq Rasidi
hurmmm..