Assalammualaikum… Aku seorang yang agak pendiam di Universiti. Aku dulu di sekolah lama tidak lah sediam sekarang. Di sekolah dulu, ramai juga kawan yang aku senang bila bersama, ada kawan yang boleh aku jadikan tempat mengadu, dan ada ramai kawan yang tak lupa untuk ajak aku pergi mana2 bersama-sama. Tapi sekarang, saat umur aku 20 dan menjalani kehidupan sebagai pelajar U, semua tu seolah olah berubah 360 darjah. Aku rasa seperti dipinggirkan, ke mana-mana sentiasa sendiri. Malah keluar tengok wayang pun sorang-sorang.
Kadang-kadang aku cuba positifkan diri..
”Seronok juga seorang-seoang ni, aku boleh buat apa aku nak”
Tapi sampai bila aku mampu tipu diri sendiri? Aku cemburu dengan kawan sekelas aku. Mereka ada kawan berjalan, ada kawan mengadu, ada kawan berahsia.
Sedangkan aku? Mesti korang cakap, “pergi lah bergaul dengan diorang semua.”. Aku dah cuba, tapi aku rasa seperti kehadiran aku tidak disenangi, tak diendah..
Lebih baik aku jalan sorang2, daripada berjalan dalam kumpulan, dan akhirnya aku dibiarkan jalan seorang2 di belakang. Aku pernah cakap pada mereka, nak ke mana-mana ajak aku. Tapi, akhirnya tujuk gambar je. Sakit rasanya..
Pernah sekali aku dah tak tahan simpan semua ni daan aku mengadu kat mak aku sambil menangis. Aku tak suka menangis depan mak aku, aku tak nak dia risau. Aku kadaang-kadang dapat rasa sense of depression kadang-kadang datang. Tapi aku tak layankan. Aku sibukkan diri.
Pernah sekali, aku pergi satu majlis ni dengan 4 orang kawan sekelas aku. Masa tu rehat kene bergilir-gilir. Mereka boleh pergi rehat bertiga dan biarkan aku kemudian rehat seorang-seorang. Menangis aku masa dalam bas on the way balik ke U, tapi aku buat-buat tidur supaya tak ada orang nampak.
Aku tahu, mungkin hal ini salah aku juga. Terlalu memendam. Tapi, dulu masa sekolah aku ada je beberapa orang kawan yang boleh aku luah perasaan aku. Siap datang dari negeri lain ke rumah aku lagi.
Apa patut aku buat untuk rasa lebih tenang dan lega?
– Indah Maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit