Aku sebenarnya, dari kecik ada big secret yang aku simpan. Aku tak pernah bagitau orang, even family sendiri, sebab aku tau, ianya tak normal, boleh menimbulkan fitnah, serta lebih banyak kemudaratan.
Sering kali dalam tidur, ada jenis-jenis mimpi bila aku tafsir, tepat. Tanah runtuh, banjir besar, mangsa sihir dan cara mengubatnya, dan.. orang yang dalam keadaan nazak.
Aku tak boleh cakap macam mana mimpi tu. I just know. Rather than thinking about it, or remember about it, ianya bukan dari minda/otak/akal aku.
Tapi dari hati, lubuk hati. Aku rasa dan yakin, tahu.
Dulu masa aku sekolah, aku bagitau mak aku, makcik aku yang tengah mengandung tu, anak dia perempuan, rambut dia kerinting, mata dia bulat besar, comel, nama dia si fulan, dia bagitau semalam. Mak aku iyekan jelah, mimpi je pun. Sekali bila dah beranak, nama sama, ciri2 sama, bila dia besar, rambut panjang, kerinting. Mak aku? Dia takut dengan aku.. apa perasaan korang bila mak sendiri jadi takut, dan mula menjauhkan diri dari anak sendiri? Aku rasa tersinggung sikit.
dan beberapa kejadian lain, bila aku tengok berita, situ ada tanah runtuh nanti.. banjir besar kat satu tempat tu..
perihal kematian pula,
aku cuma cakap, ada orang sakit, tak lama. tak tau nama, tapi dia ni sedara kita, perempuan atau lelaki.
2-3 minggu kemudian, selamat..
ada lagi banyak kejadian pelik-pelik yang aku tau, tapi tak pasti. nak terang pun susah, aku faham, tapi tak boleh diungkap dengan perkataan.
kenapa aku confess benda macam ni? senang je, I'm a simple man. Aku bukan lah alim, warak. Lelaki biasa, dek kerana rasa terbeban, aku pun nak meluahkan. Aku takut nak mengaku berdepan, jadi aku tulis kat sini. Nak tahu, apa pandangan jujur insan lain tentang perkara2 macam ni, sebab ianya sedikit sensitif untuk sesetengah orang. Ada orang faham dan tak kisah.
aku tau,
ini sangat tak normal,
sangat tak masuk akal. Kau ingat aku mintak ke?
Benda macam ni bukan boleh di-control.
Aku dah cuba berubat, takde hantu, takde setan, takde gangguan. Clean.
Aku cuma sedapkan hati, semua benda ni berlaku dengan izin Allah, mungkin sekarang aku tak tau kenapa aku ada benda2 macam ni, tapi mana satu hari nanti, aku faham hikmahnya.
– Megat