Sabar Tidak Semudah Bicara

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Ketika menulis ini aku sedang metitisan air mata. Aku berharap kanser tidak akan wujud.

Aku seorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aku tidak merokok. Aku juga tidak mengambil sebarang minuman yang memabukkan. Bagaimana aku diuji menghidapi kanser tahap 2 dan sewaktu aku diagnos. Hidup aku ini aku selalu stress pasal kerja. Hampir setiap hari aku stres mungkin itu berpunca penyakit kanser aku.

Waktu ni aku didiagnos aku dalam persediaan untuk berkahwin dengan tunang aku. Aku berusia 30 tahun. Aku mempunyai latar belakang keluarga yang agak kucar-kacir selepas kematian ibuku. Aku bukanlah orang yang mempunyai ramai kawan aku juga bukanlah seorang yang diperlukan dalam keluarga aku.

Setiap keputusan dalam hidup sama ada besar mahu pun kecil, aku putuskan sendiri dan aku belajar untuk hidup berdikari daripada awal usia tadika ku dahulu. Masa kecil aku tinggal dengan arwah atuk dan apabila atuk aku meninggal dunia aku diambil oleh ibu bapaku untuk tinggal bersama mereka.

Aku ingin hidup! Aku ingin kebahagiaan muncul untuk selama-lamanya! aku Aku hanyalah seorang pesakit bersendirian dan hanya ditemani oleh tunang aku aku sebagai kekuatan. Pernah saat aku mula-mula disahkan berpenyakit itu. Aku menjadi seorang yang panas baran suka marah-marah dan menjadi orang yang sentiasa rasa tidak bersyukur.

Aku juga sentiasa salahkan takdir jahatkan aku semasa itu. Hati aku sentiasa tidak redho. Bayangkan ujian tidak habis-habis sejak aku lahir hinggalah aku dewasa diuji dengan keluarga. Kadang-kadang aku bertanya pada diri aku entah untuk siapa aku teruskan perjuangan hidup.

Aku mempunyai seorang teman baik teman rapat dan juga merupakan tunang aku yang sekarang. Majlis perkahwinan kami ditunda kerana aku sakit. Aku dalam keadaan dalam dilema kerana aku perlu memilih untuk meneruskan perkahwinan pada hujung tahun ini atau kehilangan tunang aku.

Telah hampir dua tahun kami bertunang tetapi majlis ditunda kerana aku sakit. Penantian keluarga sebelah perempuan tidak aku nafikan kerana mereka menunggu aku.

Untuk makluman juga aku telah berkawan dengan tunang aku daripada aku belajar boleh dikatakan hampir 10 tahun dan kami sangat memahami antara satu sama lain seakan2 darah yang mengalir pun aku dapat rasa dalam darah aku. Kami akrab rapat baik. Tetapi apakan daya aku juga perlu menghormati kehendak keluarganya. Berikutan pada usia kami yang semakin lanjut.

Setiap kali aku melihat pergorbanan tunang aku dan juga kesedihannya sehingga aku dah tidak sanggup nak jadi manusia yang susahkan dia. Susahkan otak fikiran dia. Dia seorang yang happening aku tak nak dia kehilangan diri dia yang begitu kerana keadaan aku betapalah aku ni sangat menyusahakan. Dan sungguh aku tidak mahu sungguh melihat dia sedih lagi melihat aku bergelut dengan sakit aku setiap hari.

Memang dialah teman yang sentiasa ada dengan aku yang boleh aku luahkan setiap perasaan kadang-kadang aku sembunyikan rasa sakit kerana tidak mahu dia bersedih aku kadang-kadang tidak menyatakan apa-apa pun yang aku rasa sebab dia selalu cakap dia tak kuat bila tengok aku sakit dan sedih dan bila dia sedih automatik aku akan sedih dan juga down.

Aku masuk ward bermingu mingu dan ditebuk sana sini time amik gambar aku cuba senyum walaupun sakit. bersuara walaupun sakit. Semua nak tunjuk aku ni kuat sangat. Aku down sampai aku menjalani sessi untuk belajar menerima takdir dengan PSY. Kenapa kanser wujud?

Memang aku bukan sesabar Nabi Ayub apabila dia diuji dengan penyakit nya beliau Nabi Ayub sentiasa redha dan bersabar dengan kehendak takdir Pencipta terhadapnya. Tetapi imanku masih belum di tahap itu betapa Sedihnya aku melalui hari-hari setiap hari dengan gelaran kanser Survivors. Segala-galanya berubah aku tidak sekuat dulu.

Aku kehilangan kepintaran otak, aku tak boleh menghafal tepat seperti dahulu. Aku selalu letih, sistem mengigat aku sudah tidak sebaik dahulu. Sampai aku sendiri tak boleh terima hakikat. Aku juga tidak boleh berada di dalam kelompok orang ramai Aku rindu aktiviti-aktiviti aku lakukan sesuatu aku sihat dahulu. Hiking, karaoke,mandi laut snokeling, bercuti di pulau dengan geng aku. Sebab aku tak sihat dan tak selalu boleh join dengan mereka aku telah dikick dalam group tu.

Down juga aku merasa hidup aku tah pape. Tapi cepat-cepat tunang aku positifkan aku katanya mungkin dorang tak nak aku sedih tengok dorang hiking, snokeling jungle tracking, caving yang dorang share gambar dalam group. Tetapi penerimaan aku lain aku sedih berhari-hari dan aku selalu kena sembunyikan perasaan itu sebab tak nak tunang aku risau dan down.

Terdesak dengan perasaan ingin sihat aku juga ditipu oleh orang yang beriya riya memujuk aku untuk membeli ubat dan juga mesin kesihatan daripada Taiwan yang berharga beribu ringgit waktu ini aku terdesak dan dalam fikiran nak sihat, demikianlah manusia tidak pernah bersabar meminta kepada tuhannya tak redho dengan ujian aku buat loan beribu-ribu dan aku kena bayar sampai sekarang. Sudahlah sakit aku perlukan duit perlu pula bayar loan.

Bila aku dah bankin tetiba orang itu hilang, call block, wasap block, call guna public phone tak pernah dijawab hanya tut tut tut. Yang menipu itu bukan orang lain orang yang aku kenal dan kira orang sekeliling aku yang tahu aku sakit. Tolong doakan aku orang yang menipu duit dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain itu tidak akan tenang hidupnya dan tidak akan beruntung walaupun satu sen.

Tak boleh makan benda yang aku teringin sangat nak makan benda yang aku nak sangat buat aku jadi pasif entah bagaimana lagi aku nak positif. Aku teringin nak ada keluarga ada pasangan iaitu isteri atau anak2 tetapi aku takut seandainya ajal lebih menjemput aku aku tak nak letakkan tunang aku dalam keadaan yang sedih dan dia sentiasa remind aku dia tak boleh dia terima hakikat itu.

Jika aku lepaskan dia kerana sayang adakah lelaki yang akan menikahi dia akan menyayangi dia seperti mana aku selalu buat? Adakah lelaki tersebut boleh terima kekurangan dia? Berbaloikah aku lepaskan insan sepertinya untuk lelaki lain yang akan menyakitinya?

Dan benar move on tidak semudah abc. Dia terlalu sebati dalam hidup aku. Benar sakit itu dugaan moga Tuhan balaskan ganjaran syurga atas setiap kesakitan dan pergorbanan serta kesabaran. Tetapi itu tak semudah dibicarakan. Ya Tuhan kami…….

– Ayyub (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *