Assalam. Salam sejahtera semua :)
alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada ungkapan lain selain syukur ku kpd Allah ; maha pemberi nikmat.
dah seminggu menjalani unilife dekat sini. Alhamdulillah. Langsung tak menjangka akan masuk ke dlm uni seusia begini sebab dulu kononnya cakap ; belum ready lagi, kena bnyk persiapan lagi nak buat, sambung f6 ja lah lagi bagus dsbg..
Kita merancang, namun perancangan Allah itu lebih indah dan hebat. Ye dak? Sya ambil keputusan dan menerima tawaran tu seminggu sebelum pendaftaran, kawan yg lain 2 minggu sebelum. Memang kelam kabut dibuatnya. Banyak urusan yg pastinya.
First, tanya kawan (sama kos sama tempat) bila dia fly. Then, bgtahu first bro pasal ticket. Alhamdulillah dia belanja ticket kahkahkah. Dahlah masa tu bapa tgh ada kursus diluar daerah, mmg nda boleh contact langsung. So, urusan semua sya buat sendiri.
Memang serabut habis masa tu, urus itu urus ini.. ke sana ke sini. Alhamdulillah sya boleh drive, so senang nak ke mana2. Balik ja bapa dari kursus, terus bgtahu hajat nak sambung dekat u, alhamdulillah beliau kata okay.. janji ada kawan pergi. Senyum lebar sya masa tu :D
Then, 2 hari sebelum fly. Baru ke jpn pula urus cabutan k/p bapa then ke pjbt pos pastu urus yuran di bank. Memang sehari urus tu semua, dari pagi sampai ke ptg. Bapa setia menemani, dari pg sampai ke tghari sbb beliau tgh kerja sbnrnya.. minta izin keluar sampai ke tgahari ja. Mmg letih.. mengeluh pun ada. Setiap kali buat muka penat, mengeluh bapa sya akan ckp "sabar.. sabar.. sabar".
Allahu, mmg ada rasa nak give up pun ado. Tapi dalam hati doa doa doa "yaAllah permudahkanlah. Ya Allah permudahkanlah". Alhamdulillah, urusan sehari tu dipermudahkan walaupun tak makan dari pg, tak minum.. berdiri dari pagi sampai ke ptg.. then, sya g solat. Doa. Menangis lagi masa tu. Syukur kerana dipermudahkan.
Okay then tiba masa untuk sya fly. From A to B. Flight malam. Lampu2 ja kelihatan. Namun ya.. subhanallah itu juga yg terucap. Indah pemandangan. Ini adalah penerbangan sya yg pertama. Duduk jak, then lampu dimatikan. Duduk dorang, seat sblh kosong. Hm forever alone sobss. Sya pandang ke luar tingkap.
Sebak. Air mata mengalir. Tetiba teringat dekat arwah mak.
"Sabar jak. Kau pasti akan rasa nanti.. nanti kalau kau pergi sambung bljr.. kau pergi kerja.. dapat jugak kau naik tu kapal terbang. Sabar jak.. kau tengok abg2 mu tu, bosan sudah kali dorang naik turun kapal terbang.."
ya Allah. Rindu dengan mak tercinta. Rindu yg teramat.
dulu, masa mak ada. Sya selalu curhat, cakap "mak, mau naik kapal terbang bah. Mak, jom kita pergi KL. Mak, bestnya dorang naik flight" dan banyak lagi sya ckp pasal kapal terbang. Dan mak akan ckp benda yg sama. Mak akan balas dengan tenang seperti di atas.
Masa tu tengah nangis.. dalam hati kata "mak, anak mak dah naik flight. Anak mak ni dah nak sambung bljr dekat u, tapi mak takda hantar ke airport. Namun, anak mak yakin mak lihat dari atas sana. Mak mesti gembira kan. Moga mak redha. Moga Allah redha :')"
dan yaa. Sabar ku membuahkan hasil. Alhamdulillah dpt rasa naik flight tu mcm mana. Betul lah arwah mak kata, "bosan jugak kau nanti naik kapal terbang tu".. mmg boring. From A to B. Then stay a night at the airport. Pastu sambung lagi, B-C-D-E. Fuhh naik turun naik turun awan. Peningg den. Lenguh satu badan.
See, org yg tak pernah naik flight.. sekali dpt peluang, nahh hambek kauu bosan terus. So, sabar. Dan sya yakin sya ke sini juga atas berkat doa mak semasa hidupnya dulu. Sya yakin dan pasti itu. Sbb mak selalu kata "mamak selalu doakan anak2 mamak ni berjaya.. capai cita2.. dapat konvo.. bawa mamak pergi melancong.. kita pergi makkah dulu.." Allah Allah Allah.. sebak sekali lagi. Sya dan mak mmg agak rapat antara yg lain. Sbb sya yg paling suka di manja, mmg paling suka minta di manja. Walaupun, masa kecik2 dulu mmg sya lah yg paling nakal, kuat melawan, selalu dipukul. Namun, pukulnya tanda syg. Omelannya tanda cinta. Jika tidaj begitu, mungkin sya tidak berada di sini skrg. Semua berkat doa mak. Doa yg tidak terhijab.
Tidak lupa juga, pengorbanan yg bapa sya buat. Nasihat sya, bg duit belanja dsbg. Sabar melayan karenah sya. Rinduuuu lahhh. Dah seminggu berjauhan dari keluarga. Kak ipar yg always support sya, adik beradik dan tidak lupa juga anak2 buah sya. Ohmyyy rinduu lagii insyaAllah selepas atau sebelum raya dapat anak buah baru lagi. May Allah ease.
so, kesimpulannya?
Apapun yg kita lakukan, minta Allah permudahkan. Apapun yg kita impikan, sabar sabar sabar. Kau pasti akan merasakan. Tidak hari ini, dengan izin-NYA di masa akan dtg. Minta doa ibu bapa iringi perjalanan kita. Moga Allah redha.
Salam Ramadhan. Damailah di sana ibu tercinta. Al-fatihah.
p/s : sya ambil dip civil eng. Harap ada yg dpt bantu sya dalam kos ni. Hee~~
Wassalam.
– dz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
One comment