Safiyyah dan makanan – https://iiumc.com/forumv2/
Citer safiyah dengan makanan ni memang takkan habis rasanya. Ambik nasi dgn ayam seketui pun mahal. Ambik nasi separuh pun dia kira untuk portion penuh. Tak tambah lagi sayur, ambik sikit pun kira portion penuh. Hang janganla cakap "lain kali ambik penuh, kalau ambik separuh rugi sebab dia kira harga penuh" citer dia kami memang makan nasi tak banyak, hang nak suruh kami ambik penuh pastu makan separuh buang separuh? Membazir itu amalan syaitan. Tolongla considerate dgn students sikit, harga mahal-mahal ni nak makan seminggu pun terbantut. Makanan kalau sedap gila takpa la jugak nak mahal. Ni sayur pun tawar, kadang-kadang tak fresh.
.
Lagi satu stalls yang ada kat tepi-tepi tu. Kejap bukak kejap tak, ni kedai burger gi mana sampai takde terus? Chicken chop sejuk, beli nak makan tapi keras sangat sampai patah sudu garpu plastik. Kualiti makanan sepatutnya kafe safiyyah kena pantau la walaupun stalls tu bukan diorang punya. Yang order pulak, harga mahal tapi portion makanan sikit.
.
Maaf la kena bebel sebab kami bukannya ada kereta boleh keluar pergi makan kafe2 lain atau makan luar. Nak jalan pergi makan jauh-jauh pun kena kira masa, busy ada assignments kena siapkan. Mungkin MRC safiyyah boleh take note pasal benda ni. Kalau kualiti makanan terjaga, ramai je rasanya nak mkn dekat safiyyah.
– Safiyyah's Resident