sahabat – https://iiumc.com/forumv2/
Assalammualaikum.. Thx admin kalau approve..
aku bukan student iium..tpi aku slalu pantau page ni..aku tengok ramai jugak org confess pasal kawan2 and sahabat kat sini. aku pun nak cerita tentang kisah aku dan sahabat aku yang aku anggap dia mcm ahli keluarga aku.
aku tak pernah jumpa dia. kitorang kenal melalui game online yg aku dengan dia selalu main haha. tpi dia la sahabat yg paling aku sayang. kitorang cuma contact guna media social yg ade sekarang sbb dia duduk jauh. hasrat nak sambung study sama tempat pun tk tercapai. maklum lah, dia budak pure science. aku tak..so susah nk dapatkan tmpt yg sama.. dia baik sangat.
aku tau aku annoying. tpi anytime aku nk citer ape2 dia mesti respon balik.(cerita mengarut aku pun dia layan.. haha ><) lambat atau cepat. dia tetap akan cuba bagi aku semangat bila aku down. aku tahu dia selalu sakit hati ngan aku sbb aku suka cari pasal dengan dia. bukan sbb aku marah.. tpi aku nak dia ingat aku.. hehe..aku sayang sgt kat dia.. sebab tk pernah org appreciate aku mcm mana dia appreciate aku sbg sahabat.. aku slalu contact dia sambil sengih2.. nama dia pun rare dalam contact list aku.. sampaikan awal2 dulu classmates aku igt aku lesbian.. sbb tu diorang takut nk rapat ngan aku.. hahaha sengal! tpi aku harap dia tau.. rapat cmne pun aku dengan kawan lain. aku harap sangat..aku akan jadi org paling rapat ngan dia! aku harap aku dapat tolong dia depan mata dia suatu hari nnti. bukan sekadar hanya texting mcm sekarang. aku sebenarnya tak pandai nak cerita panjang2 tpi ape yg aku nak tekankan kat sini. cari kawan waktu senang mmg senang. tpi nak cari kawan susah senang bersama, susah wei. bila diorang hadir, itulah sahabat. Rasulullah pun amat mencintai para sahabat baginda, kenapa kita tak boleh buat mcm tu, kan? Kemanisan ukhwah sesama jantina sangat best wei. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang kat aku untuk rasa.. walaupun dia takda dekat dengan aku, tpi aku slalu rasa dekat dengan dia everytime kitorang chatting. Semoga suatu hari nanti kita dapat bersua muka dan hubungan persahabatan kita indah seperti sekrang.. malah lebih indah pada masa hadapan..kalau kita tk dapat berjumpa di sini.. cari aku kat akhirat okay! In shaa Allah. kita sahabat dunia akhirat! aku gak nak pesan kat korang..hargai kawan-kawan yg sentiasa cuba berada di sisi korang, dekat atau jauh…mungkin korang penambah seri kehidupan diorang..mereka yg selalu diorang rindukan. kerana mereka sahabatmu.
– Ukhti