Assalamu'alaikum..

Adakah ia satu trend bersahabat hanya dengan mereka yang sealiran dengan diri sendiri?? Maksudku, melihatkan suasana yang aku pernah lalui, lebih-lebih lagi di uia, ada suatu yang amat aku kagum tapi dalam masa yang sama aku sedih melihatnya…aku melihat ramai orang yang hanya bersahabat dan berukhwah dengan mereka-mereka yang sealiran dengan mereka…contohnya, mereka bersahabat dengan mereka yang sama berpersatuan dengan mereka sahaja…aku tertanya-tanya tak layakkah bagi mereka yang tidak memasuki apa-apa persatuan tapi juga tengah mencari cahaya islam dalam hidup mereka untuk bersahabat seperti mana kita bersahabat dengan teman seperjuangan kita…mengapa layanan setiap individu itu berbeza…mungkin dia memerlukan seseorang untuk membantunya mencari jalan kebenaran dan kamu insan yang bertuah, telah dipilih oleh dia…ya, kamu bersahabat dengannya namun layananmu tak seperti layanan kamu kepada sahabat-sahabat yang sefikrah denganmu…aku begitu kagum apabila melihat mereka yang berada dalam satu institusi yang sama, begitu kuat dan rapat sekali hubungan silaturahim mereka…tapi aku tak pernah melihat mereka berhubungan begitu dengan sahabat-sahabat mereka yang mereka hanya mengenali secara tidak sengaja atau melalui kawan…mula-mula kamu tunjuk betapa prihatinnya kamu kepada dia tapi setelah satu waktu, kamu tinggalkan dia begitu sahaja…mungkin kamu merasakan dia tidak memberi apa-apa makna kepadamu tapi bagi pihak dia, dia amat memerlukan orang seperti kamu dan meletakkan kepercayaan kepada dirimu tapi kamu sendiri yang hancurkan kepercayaan itu…bagi mereka yang mengalami situasi ini, boleh jadi dia sekarang tengah bergelut dengan dirinya untuk kekal melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan…Alhamdulillah, sekiranya dia dapat bertahan dengan segala cabaran hidup tapi bagi yang tidak berjaya…apa yang akan terjadi pada mereka…mungkin ada sesetengah dari kamu akan fikir yang dia boleh mencari alternatif lain atau memasuki persatuan-persatuan lain untuk menguatkan imannya namun setiap orang ada sebab tersendiri dan cara tersendiri…mungkin dia lebih selesa untuk menggunakan cara one to one…setiap orang berbeza cara mereka untuk mengenali Islam lebih mendalam, dia memilih cara bersahabat dengan seseorang yang dia amat yakin dan percaya yang orang tersebut boleh mengubahnya dan sedikit demi sedikit dia mengikuti langkah orang tersebut kearah yang lebih baik…ambil beratlah terhadap sahabat-sahabat yang telah kamu kenal tidak kira dengan cara apa sekalipun kamu kenal dengannya tapi kamu amat menyanyanginya kerana Allah…

– si pemerhati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *