Sahabat Aku

Mohon admin approve ye ♡

Zaman sekolah dulu,aku ada sorang kawan ni.Dia jual sambal kacang kat sekolah.Laku jugak lah.Aku selalu berepit ngan dia,sebab dia baik ngan aku.Waktu rehat,dia bawak bakul kecik kehulur hilir kantin,jual sambal.Aku perhati dia dari jauh je sebab aku malu.Aku kagum tengok dia promote sambal kacng dia. Dari meja ke meja.

Masa kecik,mak dia ada lelaki lain.Bercerai,ayah pulak hilangkan diri.Dia ada sorang adik perempuan baby masa tu.

Mak dia bagi dia kat orang lain (mak angkat dia sekarang) sebab takde duit. adik baby dia mak dia jaga.

Kawan aku hidup dengan mewah dengan keluarga angkat.Ada ayah baru,Mak baru,kakak baru.Kakak dia sekolah menengah masa ni.Dapat rasa katil empok bercadar Barbie.Macam macam sampai dia jadi sombong dengan kawan sekolah rendah.

Satu hari,Ayah angkat dia muflis hutang keliling pinggang,lari entah kemana macam ayah kandung dia.

Pagi pagi kawan aku bangun,lapar. Dia bukak tin biskut,ada sisa je.Dia makan sisa biskut tu.Mak angkat dia pulak sakit memikir suami yang lari dengan hutang dia yang kena tanggung.Kakak dia ikut kawan kerja kat KL.Bila malam,dia betul betul lapar.Dengan mak yang tengah sedih,kawan aku pergi ke satu Masjid area rumah dia.Malam jumaat masa tu,masjid ada baca Yasin and makan makan.Kawan aku nak makan la kan,tapi bila dia tengok diri dia berseluar pendek paras lutut,rambut perang.Dia tak jadi nak masuk masjid.Tiba2 ada jemaah masjid panggil dia.berbual bercerita,dapat sebungkus nasi ambang,dia share dengan mak dia.

Lama lama mak dia move on.Mak dia kerja kilang,OT,dapat gaji bayar habis hutang. Kakak dia balik KL sumbang duit buat modal jual nasi lemak,dapat untung simpan buat bayar yuran untuk kawan aku masuk sekolah menengah.

Bila masuk sekolah menengah kawan aku cuba untuk jadi baik. Tak nak berlagak lagi dah macam masa sekolah rendah. Dia pun dah terbiasa tolong mak dia berniaga,dia jual macam2 kat sekolah. Sedap sangat tau.

Bila dia cerita,aku bersyukur sangat dengan apa yang Allah dah bagi. Biarlah mak aku singa ke,bandingkan aku ke ,asalkan tak tinggalkan aku.

– sahabat

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *