Sahabat Selamanya

Assalamualaikum…
Aku bukanlah dari UIA…Aku dah bekerja dan masih menyambung pengajian secara PJJ di Uitm..
So, aku nak tumpang confess jugak lar kat page korang ek (harap tak kesah lar ek)..
Aku nak story pasal sahabat selamanya…
Citer dia macam nie, dulu mase aku sekolah menengah berasrama, aku boleh dikatogerikan sebagai macam mane nak cakap ek…kire kebanyakan pelajar kt asrama tu tak suke kawan dengan aku lar.. ye lar, sebab aku dulu nakal sangat, suke buat perkara yang boleh sampai orang annoying dengan aku..
tapi dia…dia sangat istimewa bagi aku…aku panggil dia hazel (bukan nama sebenar)…
aku tak sure macam mane cara perkenalan kiteorang, macam mne kite jumpe dan macam mne kite boleh rapat..
tapi setiap ape yang aku buat dan fikir mesti ade dia…
kalau tak silap aku, aku dengan hazel mule rapat since puase mase tingkatan 4 dan masa tu dia aku "teman lelaki" dan sampai 1 tahap "teman lelaki" dia ingat aku dangan hazel ni lesbian sebab ape kite lakukan seharian semua bersama-sama. even kelas lain, dorm lain…tapi kite boleh rapat serapat2nye…
Banyak kenangan aku dengan hazel.. terlampau banyak.. susah senang aku cume dia je tahu…yang paling aku ingat, saat jatuhnye aku dibawah dia ada disisiku genggam erat tanganku dan membela aku sebaik mungkin..
persabahatan kiteorang dari zaman persekolahan sampai lar zaman diploma dia sentiasa ade untuk aku…dan aku sentiase ade untuk dia…kiteorang tak pernah lost contact, selalu keep in touch (sama2 belajar kt melake cume dy kt yayasan aku kt poli)
aku dan hazel terus berhubung, dia selalu stay uma aku…aku pon selalu stay uma dia…macam2 lagi…
7 July 2011-Disaat aku kehilangan adik lelaki aku,dia ada disisiku tenangkan aku…bende berlaku sekelip mata..dia sentiase bagi kata2 semangat dekat aku…aku lemah, dan terus lemah dan aku jadi trauma… tapi dia terus gigih disisiku temani aku, bimbing aku dan ajar aku erti redha…sampai aku boleh kuatkan diri aku untuk teruskan kehidupanku..
masa terus berlaku, dan sehingga la hazel melangsungkan pertunangan.. aku menghadiri majlis pertunangan dia dan dia memberitahu kepadaku supaya masa dia kawin nanti dia nak aku jadi pengapit dia..aku bahagia melihat kebahagiaan yang hazel kecapi..dan dia sememangnye layak untuk merasa kebahagiaan…
15 dec 2012- Conversation terakhir aku bersama hazel…aku menyapa dia di PM fb, aku tnya dia tengah buat ape, kt mane sihat ke tak? di reply PM aku.. hazel cakap da sihat and dekat mcd kote tinggi dgn anak sedare dia dan tunang dia..dia baru balik dari jakel beli kain untuk buat baju nikah..dia bertanyakan aku, berape meter kain aku pakai sebab dia nak buatkan baju untuk aku pakai jadi pengapit dia then aku reply dan dia terus senyap…itu msej terakhir aku bersama hazel pada pkul 15:02…
aku tak syak ape2 kenape dia senyap, mungkin dia nak balik kerumah so dia hold dulu PM aku,sebab msej aku pon dia tak sempat read lagi…
Then aku pon offline, hari tu aku rase mcm tak berape sihat.. aku makan panadol dan tidur awal pada malam hari tersebut..
Keesokan harinya, aku tersedar awal, aku terus capai handphone aku..aku terkejut dan sambil berkata dalam hati.. "eh, banyak nye miscall, msej bagai nie.."
Aku check miscall dulu, semua panggilan tu dari emak hazel..dan aku xsempat lagi nak bace semua msej yang dihantar..then aku terus call mak hazel…
disaat aku membuat panggilan dan berhasrat untuk ingin bertanyakan khabar..belum sempat aku nak memberi salam, tiba2 mak hazel terus berkata.. "bella, hazel dah tak ade….."
aku tanye, "kenape makcik, kenape dengan hazel, semalam bella baru msej dengan dia.."
mak hazel berkata lagi dalam keadaan menangis teresak2, "hazel dah tak ade, anak makcik dah meninggal…."
hanya tuhan je yang tahu bertapa luluhnya hati aku..
Disaat mak hazel memberitahu ape yang terjadi pada hazel…aku cuba untuk kuatkan hati dan aku tak berdaya…sebaik sahaja tamat perbualan aku dengan mak hazel..
aku menangis, aku tak sangke ape yang berlaku terlalu pantas..aku hilang pertimbangan, aku meraung menangis sehingga semua yang ada dirumah tu tersedar dari tidur dan melulu ke aku…aku tak sangka aku akan kehilangan seorang lagi orang yang paling aku sayang dan penting dalam hidup aku…
Aku terfikir, lepas nie aku dah tak ade sahabat, mane nak jumpe sahabat sebaik dia..dia sorang je yang paham aku yang selalu ada untuk aku…
aku tabahkan hati, aku pergi menghadirkan diri pada hari kebumian hazel…
aku kuatkan diri, gagahkan diri untuk hadirkan dihari kebumian dia…
selepas pada hari tu, aku selalu menangis sendirian, aku belet2 balik gambar2 aku dengan hazel…aku still call no telepon dia dan mak hezel yang angkat call dan serta merta aku menangis dan memberitau mak hazel yang aku rindu dekat hazel..aku masih mengharapkan dihujung talian itu akan kedengaran suara dia menyahut panggilanku…
Aku kena terima hakikat dan meredhai pemergiannya..
16 dec 15- genap 3tahun pemergian dia…dan aku masih disini, masih terus merinduinya…
Al-fatihah buatmu sahabat selamanya dunia akhirat…

– -NNH-

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *