sahabat solehah – 12:11 AM

sahabat solehah

assalamualaikum semua.takpe ke kalau bukan warga iium nak share sini ni? janji ade kawan study sana dan pernah sampai sana hampir 10 kali ok la dak? hehe.nak share tentang seorang sahabat saya ni

boleh dikatakan kalau letak dalam novel dia boleh jadi watak utama.bagi saya memang dia ada pakej lengkap.cantik,peramah,baik hati,menghafal Quran dll (tapi dia dah isteri orang k).saya memang agak rapat dengan dia dan ada la dalam kalangan orang sekeliling kami kurang sukakan dia sampai tahap buat something yang kalau tak sabar rasa nak meletus mercun 10 das.haha.ntah la.pelik jugak sebab for me she is one of my segugus kunci untuk ke sorga.sebab ape? sebab bila saya tengok dia, saya akan ingat Allah.and setiap kali kami jumpa, selepas sesi kongsi cerita dan rasa hati saya dapat rasakan iman saya dicas kembali.saya dapat rasa ada kelebihan Allah bagi kat dia atau mungkin jodoh kami sebagai sahabat ni buatkan saya rasa camtu meski orang lain tak merasa benda yang sama

dia sebenarnya lebih muda setahun daripada saya tapi kata-katanya buat saya sentiasa berfikir dan muhasabah.for me dia sangat baik.pernah suatu masa, saya sangat kesempitan wang. dah buntu sesangat nak teruskan life and nak mintak ngan parents malu kot. bila disenaraikan rakan yang ada, dia sahaja yang saya boleh buat tak malu cakap nak pinjam duit.haha.and tanpa syak wasangka atau ditunggu-tunggu ASAP dia bank in.mashaAllah.masa tu air mata saya berjurai-jurai dan dia siap cakap, bayar la bila-bila pun.waktu saya bayar balik,dia siap tanya saya ni cukup duit tak ni.Allahu.caknanya seorang sahabat ni

pernah dia berkongsi kehidupan dia sekarang dan tanpa sengaja dia terkongsi yang everyday dia akan make sure baca 3 juzuk sehari.kenapa saya cakap terkongsi? sebab point utama dia tentang benda lain and dia sebut benda ni waktu tu sekadar sepintas lalu.kalau tengah khayal fikir hal lain memang tak perasan.waktu tu saya macam tersentap sebab saya jadi muhasabah balik diri saya.terkadang sehelai mukasurat sehari pun berat.astaghfirullahalazim.sombongnya saya kat Allah T.T Ya Allah, jangan jadikan aku seorang hamba yg sombong dan tak pandai bersyukur T.T

disebabkan saya masih bujang (ni bukan promote diri ye.haha),dia pernah sampaikan yang dia nak tengok saya kawin sebelum ajal menjemput dia.saya terkedu.dia cakap lagi dia doakan saya dapat lelaki yang baik,yang boleh bimbing saya unuk sama-sama masuk syurga.berjurai lagi air mata ini.sebenarnya kan, kalau orang tu nasihat atau doa memang dari hati inshaAllah sampai ke hati kita dan saya yakin dia ikhlas.bayangkan orang doakan benda baik2 camtu kat kite.sape tak touching tak tau la tu.mohon istighfar bebanyak.huhu

saya tergerak nak kongsi sebagai salah satu tanda saya memang hargai kehadiran dia dalam hidup saya.saya syukur sangat kat Allah sebab izinkan dia wujud dalam kamus kehidupan saya.dan saya harap kalau kalian ada sahabat camni jagalah elok2 dan kawanlah elok elok.zaman sekarang bukan senang nak dapat sahabat yang baik.dan bukan setakat baik,bahkan bila kita tengok dia atau teringatkan dia,automatik kita teringatkan Allah.btw saya memang sdg mencari sbb umur dah elok sangat nikah kan.haha and sometimes rasa cam tak nampak cahaya pun lagi ke arah baitul muslim but rezeki masing-masing kan.Allah dah kurniakan saya rezeki parents yang baik dan beberapa orang sahabat baik yg pendek kata banyak ingatkan saya tentang Allah dan singkatnya dunia.Alhamdulillah Alhamdulillah

saya doakan semoga sahabat saya yang satu ni dan sahabat2 saya yang lain bahagia dunia akhirat.semoga Allah jadikan mereka ketua bidadari di syurga kelak.mohon doa kalian semoga Allah temukan kami semua kembali di syurga.aamiin :')

– naksorga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *