Sains & Islam: Kesihatan Mental
Suatu hari aku ingin melihat perkembangan Islam dan Sains yang seiring. Aku nak tengok ramai pemuda pemudi Islam yang cintakan ilmu dan mencari bukan membabi-buta taklid tanpa tahu kesahihan apa-apa info.
Suatu hari aku aku ingin melihat pemuda pemudi Islam yang penuh dengan rasa ingin tahu dan kesedaran bahawa soal 'mental illness' itu juga, cabang kesihatan yang boleh diterokai dengan Sains, dan bukannya sesuatu yang dipandang rendah sebagai lompongnya jiwa dengan agama. Bukannya sesuatu yang menakutkan dan membahayakan apabila ada yang didiagnos 'schizophrenia' sehinggakan dipulaukan oleh ahli keluarga sendiri dan masyarakat sekeliling.
Suatu hari aku mahu melihat saintis-saintis Islam yang pernah melalui diagnosis, yang pernah melalui preskripsi ubatan untuk bangkit kedepan dan berkongsi kisah mereka, kisah pencarian mereka diuji Allah dan bagaimana mereka menjumpai Sains dan Islam itu seiring.
Aku masih dalam perjalanan ke arah itu. Dan jangan pernah katakan bahawa ubat-ubatan itu hanya untuk orang gila, terapi itu sia-sia, dan kaunseling itu hanya untuk orang yang bermasalah. Dalam perubatan, bahkan doktor, psikiatris dan terapis sendiri memerlukan terapi dari masa ke masa untuk membantu mereka merawat jiwa-jiwa yang sakit.
Ilmu Allah itu luas, dan psikiatri dan psikologi ialah salah satu cabangnya. Jom #perangmelawanmitos dan #perangmelawanstigma ?
Jom didik diri kita untuk tambah kesedaran untuk isu-isu ini?
– J