Saka atau sihir? – https://iiumc.com/forumv2/
Salam. Aku nak tanya pendapatlah. Dalam 3-4 bulan ni, aku pernah bermimpi… Mimpi diberi bayi.. Mimpi pertama aku tak berapa ingat.. Tapi seingat aku, aku diberi bayi utk dipegang.. Aku terima.. Mimpi kedua berlaku tak lama lepas tu.. Ada orang suruh aku amik bayi tu dan susukan dia. Aku buat seperti yang disuruh. Aku tak nampak muka orang tu.. Dan aku susukan bayi tu ikut botol. Aku pun buat mcm yg dia suruh.. Lepas dari mimpi2 tu aku ada terbaca yang benda mcm ni takut ada orang nak bagi 'something' atau sihir. So bila Mimpi yg ketiga ni (yg paling latest), aku makin berhati-hati. Dlm mimpi ni ada orang nak bagi bayi.. Tapi kali ni aku tolak. Aku taknak amik bayi tu dari pegangan dia.. Lepas tu sejurus aku tolak, aku rasa mcm kena himpit… Aku bergelut la.. Tapi selalunya kalau kena himpit lepas tu aku tak ingat dah. Esok pagi belum tentu aku ingat. Lepas dah 5-6 jam bangun tu baru ingatan tu dtg sendiri apa yg aku mimpi/kena himpit mlm sebelum tu. Benda ni berlaku within 3-4 bulan ni… Aku risau sebenarnya.. Ada org nak sihirkan aku ke apa? Atau ada benda yg menumpang ke.. Fyi, bilik (aku menyewa bilik seorang) aku kat rumah sewa aku berdekatan universiti aku belajar lately ni selalu ada bunyi guli.. Tak kira siang ke malam ke pagi ke.. Tapi takde pulak bunyi org alih perabot.. Benda ni jd baru je. Dlm sem lepas.. Ni aku tgh cuti sem. This week baru bukak sem baru. Aku kat kampung skrg. Aku tak rasa ada saka. Family aku takde sejarah benda ni. Aku takut ada benda menumpang or dtg singgah berkenan dgn aku atau mungkin ada org sihir aku? And lately ni aku pelik.. Aku cepat baran. Sikit2 nak marah.. Aku baru je tunang dlm 2 mggu ni.. Tapi mcm org kata, pertunangan tak perlu dihebahkan. Few of my closest friends je yg tahu psl aku tunang dan majlis kahwin aku lagi beberapa bulan ni… Sejak tunang ni, aku asyik bergaduh je dgn tunang aku. Mostly selalunya aku jadi tetiba marah kat dia. Kdg2 kesian tunang aku. Mcm takde angin takde ribut tiba2 je aku mengamok. Semua benda tak kena. Tlg bg pendapat. Apa yg perlu aku buat. Aku buntu ni.
– Mal