Saka ke? Part 2 – https://iiumc.com/forumv2/
Maaflah jika aku menulis, pasti pada lewat malam. Ini kerana waktu inilah aku punya masa yg sesuai untuk menaip. Buat ustaz Farhan, sy tidak takut dengan kejadian ini, cuma hati ini jadi takut andai sy terpesong. Ingin sekali sy ingin berubat, namun ada kekangan buat masa ini. Insha- Allah, sy pasti pm nanti.
Kali ini sy menaip untuk cerita kembali antara peristiwa yg sy hadapi selama ini dari kecil. Di hati dan kaca mata sy, sy beranggapan ini adalah kurniaan Allah, maka sy tidak takut. Lagipun kalau dah selalu ternampak, bermimpi, terjadi, maka sy dah lali. Andai ada sesiapa yg mengalami seperti yg sy alami, berkongsi lah masalah. Dengan orang yg memahami. Kerana ada sesetengah orang tidak faham, dan akan anggap kamu gila malahan ada yg kata kamu amalkan ilmu hitam.
Rumah sy merupakan rumah teres. Ayah dahulu seorang askar dan kerap ditugaskan ke luar daerah dan tinggallah kami adik beradik dgn mak. Mak selalu bercerita, mak selalu ternampak lembaga berambut panjang berdiri di sudut rumah. Lembaga ini tidak pernah mengganggu kami sekeluarga. Namun, mak takut. Pabila kami meningkat dewasa, sy terutamanya..ketika berumur 15 tahun, badan sy mulai sakit. Sendi-sendi sakit. Badan sy mudah mengeletar walaupun sy selalu makan tepat pada waktunya. Maka ayah tak benarkan saya tinggal di asrama atau membuat aktiviti luar sekolah spt berkhemah.
Ketika sy form5, sy mula menyedari sekiranya berlaku sesuatu yg tak elok kepada sy, tangan kiri sy akan mengeletar. Banyak kali terjadi. Namun sy diamkan sahaja perkara ini. Begitu juga mimpi. Sy bermimpi yg abang ipar sy telah memukul akak sy. Esoknya sy pulang dan bertemu akak. Bertanya tentang abang ipar adakah memukulnya. Dia terkejut dan menyatakan ia. Banyak lagi perkara yg mana sy mimpi dan benar2 terjadi. Sy diamkan selalunya. Takut dikatakan kebetulan. Tapi sy yg lalui, sy tahu kebenarannya. Ketika sy form 5, sy telah mula sakit tulang belakang. Namun, sy diamkan.
Suatu hari semasa sy form6, sy sertai akitiviti tido di sekolah. Ada program motivasi. Turut serta pelajar form5. Pada mlm itu, seorang pelajar pergi ke bangunan sekolah yg ada public phone untuk mengambil sesuatu di dalam makmal. Ketika pulang, dia datang berjumpa sy dan berkata "Akak, bergayut dgn sapa td? Ngan bf ek?. Sy terdiam. Sy tak pergi pun area tu, dan for sure sy tak telefon mahupun bergayut dgn sesiapa. namun bg mengelakkan pelajar ini lebih takut, maklumlah sekolah sy ni memang berpenunggu. Sy iyakan shja katanya. Bukan pelajar itu sahaja, terjadi juga pada abg sy sendiri. Yang mana abg sy nampak sy berada dirumah akak dan sedang berehat di atas katil. Walhal masa itu sy berada di uia!. Begitu juga di kg, abg pernah terlihat sy berdiri di dapur, dan masa itu, sy sememangnya tiada dirumah. Sampai skrg sy tak tahu siapa yg berani menyerupai sy tu.
Rumah ayah sy di kg, terletak berdekatan kubur. Sy dah biasa lihat, jadi takde rasa takut. Sejak sy kecil, dan dah besar ni pun, memang selalu anjing akan menyalak2 ke arah rumah kami selepas 12tgh mlm. Sy yg selalu keluar malam2 dan lihat apa yg anjing tu duk nyalak. Nyalak panjang pulak tu. Tapi tak nampak pulak apa yg anjing tu nampak. So, xpasal disimbah air jer anjing tu.
Sejak sy di uia, sakit tulang belakang sy menjadi2. Hingga ganggu sy belajar. Menangis-nangis menahan sakit. Berdiri atau duduk lama pun akan menjadi punca sy sakit blkng. Makan ubat tahan sakit setiap hari, tapi masih juga sakit.
Sy selalu mengeletar dr form5, dan sy tahu, jika sy mengeletar, badan sy seolah2 dapat kesan kehadiran makhluk halus. Sy tidak dapat lihat namun badan sy dapat rasakan kehadiran makhluk ini. Suatu hari, sy mengikut kawan ke uitm. Ada perlawanan bola tampar disana. Dan sy pergi pada waktu malam. Sy tak pasti apa nama dewan yg terletak dgn padang kawat tersebut. Tapi sy masuk kedlm dewan tersebut utk tumpang ke tandas. Sebaik melangkah masuk dewan, seluruh badan sy mengeletar hingga rasa lemah longlai. Sy tahu, dewan ini ada penghuninya dan bukan calang2 penghuninya. Segera sy mengajak kawan pulang. Sy risau 'penghuni' dewan itu akan menunjukkan diri, dan ada besar kemungkinan sy akan pengsan.
Di uia, terutama mahallah nusaibah, pelbagai yg terjadi. Yg paling sy tak lupa, masa musim nak exam, sy study sampai pkul 3am. Masa tu lah baru nak rasa g toilet. Seperti biasa, sy g toilet sorang. Nak takut kenapa, selama ini sy sendiri dihantui macam2 mistik. Takkanlah nak takut g toilet sorang2. Dalam toilet, mula lah berpikir, kalau sy angkat kepala kat depan cermin ni, entah2 kepala sy takde, takpun ada benda lain dlm cermin. Nampak tak impak tengok horror movie. So jgn tgk horror movie. Mujur takde pape jd dlm toilet. Sedang berjalan ke arah bilik, tiba2 sy nampak lelaki berpakaian seperti orang zaman dahulu. Bertanjak, macam orang silat. Seolah2 pahlawan zaman kesultanan melayu melaka. Sy terberhenti dan berdiri melihat lelaki itu. Bukan hanya dia seorang malahan 5 orang bersamanya di tanah lapang mahalah nusaibah. Dlm otak ni, berpikir, mcmna lelaki boleh masuk mahalah perempuan pagi2 mcm ni. Pakai macam ada persembahan silat. Ada performance apa2 ke. Tapi ni dah lewat. Sy pun akhirnya berjalan masuk bilik dan masih keliru. Esoknya bertanya kpd kawan2, masing2 kata takde pape jadi malam itu. Tiada persembahan silat. Bila ditanya knp sy bertanya, jawapan ku, saja tanya.
Sy pernah ada bf, ingatkan dia memahami keadaan sy. Pada mulanya dia memahami. Namun akhirnya dia tinggalkan sy kerana dia berkata sy telah belajar ilmu hitam, sy telah buatkan dia jatuh hati pada nya, malahan ibunya yg cerewet boleh sukakan sy hanya pada pertama kali berjumpa sy. Dan dia juga menuduh sy menyebabkan kematian ayahnya. Sy masih tahu halal haram.
Sy akhirnya pada tahun akhir, tak mampu lagi menahan sakit belakang, pulang ke kampung dan berubat. Rupanya ada yang menumpang di belakang sy. Terus sy terbayangkan cerita shutter. Seelok berubat, tulang belakang ku pulih dan hingga kini tidak sakit. Mengeletar masih ada, cuma telah berkurang.
Ketika sy menaip ini, sy sedar, sy diintai sesuatu di pintu bilik. Sudah lama ini tak terjadi. Selalunya andai sy dapat lihat pun, lembaga selalunya hanya lalu lalang dan berhenti seketika untuk lihat dan hilang. Kali ini lain. Sy tahu itu. Jika dahulu, ada ketikanya telinga sy berdesing dan ada kala juga bagai dihembus angin walaupun sedang memakai tudung!. Semalam, pada pkul 1am, telinga sy mula berdesing. Begitu juga malam ini.
Selalunya perempuan tua yg datang dlm mimpi ku hadir kerana ingin melindungi kami sekeluarga. Risauku kini, entah jin mana yang hadir dan cuba mengganggu diri ini lagi. Andai korang takut, bayangkan lah sy yang dihantui selama berpuluh tahun. Dan yg tinggal bukan ketakutan, tapi naik marah bila sy diganggu. Serta buat sy keliru samada sy dikurniakan Allah kebolehan atau sebaliknya.
– Waris