Sakit

Sakit bila tak di anggap seperti orang asing. Aku selalu berfikir jika Aku mati, mereka pasti akan bahagia. Sampai sekarang, Aku masih berfikiran sama.

Iman, ya, aku masih ada iman. Sebab tu aku cuba dan terus cuba perang dengan diri sendiri.

Aku mahu lupa kan segalanya. Lupa segala rasa sakit yang aku rasa.

Back then.. Aku manusia yang turut, manusia yang hanya memuaskan semua keinginan orang. Puaskan hati orang tua ku.

Tapi sekarang, aku bukan seperti itu lagi. Aku bukannya mahu pilih kerja. Tetapi Aku kena pilih kerja untuk lebih jauh dari mereka dan lupa kan rasa sakit itu.

Di rumah, aku seperti tidak wujud. Tiada siapa yang hiraukan aku. Tetapi bila Aku buat keputusan untuk tinggal luar dan berkerja jauh, dihalang sama sekali oleh mereka.

‘Kalau kau tak ada, susah juga, siapa nak pergi beli barang-barang, semua tu’. Habis tu apa function adik beradik Aku yang lain, tak boleh tolong belikan?

Bila Aku dekat rumah, Aku seperti tak di anggap. Bila Aku nak makan, makanan dah habis, dan tak ada seorang pon yang tanya Aku, makan ke tak lagi, kerja macam mana. Semuanya tak.

Bila Aku jadi pemberontak, dimarahi, dihina seolah-olah aku tiada perasaan.

Aku buat sebuah keputusan yang sangat besar dalam hidup aku, yang musnah kan hidup aku dan hancur kan diri aku di hadapan mata mereka.

Aku menfitnah diri aku sendiri, dan buatkan mereka halau aku keluar dari rumah dan tak di anggap lagi sebagai anak dalam keluarga tersebut.

Kejadian tu buatkan Aku pergi jauh pada malam tu. Sebelum Aku pergi, Aku dah plan awal-awal, Aku cari kerja lain dan cari rumah sewa siap-siap. Jadi tiada masalah untuk aku jika Aku dihalau pada malam tu.

Sekarang, aku tidak lagi bersama mereka. Aku tahu Aku telah berubah dan terus berubah menjadi seorang yang lebih kuat dari sebelumnya.

Aku pernah balik untuk jumpa mereka setelah 2 tahun Aku dihalau. Mungkin, mereka akan rindukan Aku seperti Aku merindukan mereka. Tetapi hakikatnya lain, Aku memang tak pernah dianggap wujud oleh mereka.

Dihalau untuk kali kedua, buatkan Aku padam segala bukti fitnah yang Aku reka terhadap diriku dulu. Aku mahu menjernihkan kembali hubungan kami, tetapi sekarang tidak lagi.

Aku tahu Aku telah mengambil Jalan yang salah, tetapi ini akan buatkan mereka lebih bahagia dari semasa Aku ada bersama mereka dan semua itu Aku dengar sebelum Aku pergi kali kedua.

Ayah Aku sendiri cakap yang dia lebih bahagia kalau Aku tak wujud. Begitu juga dengan yang lain.

Maaf, Aku tak dapat nak beritahu korang fitnah yang aku lemparkan pada diri aku.

Sekarang ni, Aku tak pernah balik dan jejak kaki Aku lagi di sana Walau hati ini merinitih untuk melepaskan rindu yang tertanam dalam diri ini.

Aku berharap keluarga tu lebih bahagia dari sebelumnya dan aku janji tidak akan buat mereka sakit lagi.

Selamat tinggal untuk segalanya. Sebab sekarang, Aku akan teruskan kehidupan Aku tanpa sesiapa di sisi aku dan menutup buku yang lama.

Adakah keputusan yang aku buat ini bear?

– Lili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *