Terima kasih admin sudi post cerita aku ni. Dah lama aku nak luahkan. Selama ni terluah di dalam dairi je.
Nama aku Farah, sekarang ni aku tahun tiga pengajian. Aku nak cerita yang aku ada penyakit yang penawarnya adalah pembedaha n sahaja. Dan pembedahan tu memakan belanja rm 40 000. Family aku bukanlah orang senang aku belajar dekat u ni pun senang sebab dapat JPA. Disebabkan penyakit aku tu, sangat menganggu perjalanan hidup aku aku mudah stress. Dan kini aku dah di tahun klinikal lagi menambahkan stress. Disebabkan tak cukup Wang nak buat operation tu,aku terpaksa menanggung Sakit ni sampai sekarang. Kadang-kadang aku sesak nafas dalam bilik, aku Sakit dada rasa nak pitam, penawarnya aku makan semua painkiller yang aku ada. Ekoran daripada painkiller tu jugak sekarang aku dah diagnose ada penyakit buah pinggang. Aku stress,aku bertambah sedih dengan diri aku.
Kalau korang nak tahu aku ni anak sulong, harapan keluarga aku. Mak aku selalu kira berapa tahun lagi aku nak grad sebab mak aku dah penat nak bekerja Sara Kami adik beradik selepas ayah aku meninggal. Kadang-kadang aku menangis mengenang nasib diri. Lepas satu satu penyakit yang aku hidapi.
Bila masuk u ni, aku sangat gembira hidup dekat sini. Aku sangat dekat dengan Allah,aku sibukkan diri dengan berpesatuan,sampailah aku lupa yang aku ni sakit. Semua orang tak tahu aku ni Sakit, sampailah suatu hari tu aku kena warded sebab overdose ubat.
Dalam keadaan aku macam ni, aku terjebak atau jatuh cinta dengan seorang senior aku ni. Dengan akhlak dia yang sangat bagus memang membuatkan semua orang admire dekat dia. Masa aku first year,dia dah fourth year. Tapi disebabkan dia extend aku dapat kenal dia dengan lebih dekat. Cuma kat sini aku tak tahu nak cakap macam mana. Sama ada aku je yang perasan atau memang dia betul-betul sukakan aku.
Semua tindakan dia semakin hari semakin membuatkan aku yakin yang dia adalah jodoh aku. Untuk pengetahuan semua, hampir semua aktiviti akademik aku macam presentation,clinical exam,viva dia akan datang walaupun dia dah grad. Dulunya aku macam ingat, oh dia just datang sebab memang dia pernah belajar dekat sini.
Dan gaji pertama dia jugak dia belanja aku dengan kawan kawan aku makan dekat tempat special. Aku pernah terfikir kenapa dia ni Baik sangat dengan aku ni. Nak dijadikan cerita, senior aku ni sekarang bekerja sebagai RA dekat tempat aku belajar ni. Jadi hari-harilah aku jumpa dia. Adakah ni benar-benar tanda dia jodoh aku? Banyak sangat persamaan aku dengan dia ni.
Dan sememangnya aku nak cakap yang aku dah lama jatuh cinta dengan dia. Tapi disebabkan penyakit yang aku hidapini aku Cuba menafikan perasaan ni. Aku takut dia tak dapat terima aku yang Sakit ni. Pada pandangan kasar orang aku sama macam orang lain, tapi sebenarnya tak. Kalau aku kawin Nanti,aku tak yakin yang aku mampu mengandung disebabkan penyakit aku ni. Untuk mengelakkan aku ni bagi harapan dekat dia, aku pakai cincin. Dan ni sebagai trick aku untuk maklumkan pada dia yang aku ni dah berpunya. Sebenarnya cincin hadiah dari mak aku,bukannya cincin bertunang or merisik yang macam orang lain perkatakan.
Pernah suatu hari tu dia Tanya aku bila nak kawin? Tersedak aku. Maksudnya dia dah notice pasal cincin dekat jari aku ni. Aku sedih. Kenapa harus aku tipu dia? Ya Allah. Sungguh aku cinta dia. Dia pernah bagitahu aku nanti umur dia 26 dia nak kawin, maksudnya masa tu aku dah habis belajar. Masa ni aku but donno je la sebab dia cakap sambil melawak depan kawan-kawan aku yang lain. Rupa-rupanya dia bagi hint dekat aku.
Persoalan sekarang ni, senior aku tu tahun ni dah masuk 26. Dan mungkin dia akan kawin tahun ni. Apa-apa pun aku akan terus doakan dia dalam diam. Dan aku terus bertarung dengan penyakit aku ni sampailah aku cukup duit untuk buat operation.
Pernah sekali tu aku mimpi aku duduk dalam bilik bedah, di sebelah aku bila aku buka mata ada dia. Sebenarnya, aku dah buat 3x solat isthikarah dan memang bayangan dia yang aku nampak. Tapi sampai sekarang aku menafikannya sebab "aku ni sakit"
Dengan terus menerus pakai cincin ni, bagaimana mungkin dia akan masuk meminang aku?
Andai kata dia masuk meminang, patutkah aku terima. Sedangkan "aku sakit".
Al fatihah untuk aku.
P/s: cerita ni aku ambik dari dairi arwah Kakak aku. Dah 2 tahun Kakak aku pergi meninggalkan Kami semua. Semoga dia tenang di sana. Dan sungguh dia telah bertunang dengan ajal dan berkahwin dengan kematian.
– Farah