Sakit

Aku bukan student iium tapi aku tergerak nak share cerita aku ni dekat sini since aku dah takde tempat nak mengadu sebab takde siapa akan percaya aku.

So aku ni anak last dari 3 orang adik beradik dan aku ada 2 orang kakak. Family aku ni tak la kaya sangat tapi segala galanya lebih daripada apa yang diperlukan. Duit, kenderaan bukan satu masalah dalam keluarga aku tapi kasih sayang yang ikhlas tu susah nak jumpa. Sejak aku form 1 sampai sekarang, aku ni dilayan macam takde perasaan dan maruah. Setiap kesalahan yang aku tak pernah buat, orang akan tunding jari pada aku. Bertahun tahun aku pendam, aku diam dan aku hanya terima apa yang family aku cakap dekat aku. Bertahun tahun aku hilang tempat bergantung walaupun pada hakikatnya aku masih mempunyai family yang lengkap. Ada kawan pun semua tinggalkan aku bila aku susah jadi aku macam dah takde siapa siapa.

Aku sedar aku anak bongsu dan seorang adik jadi semua orang anggap aku takde hak untuk bersuara tentang apa yang salah dan apa yang betul. Setiap kali aku bersuara orang akan maki aku tak kisah la kat mana pun sekuat mana pun suara yang diorang nak keluarkan ada tetamu ke tidak. Maruah aku sangat tercalar masa tu. Sampai satu tahap aku mula pandai cedera kan diri sendiri. Aku tumbuk dinding, aku ketuk kepala aku kuat kuat, aku sepak apa yang ada depan aku. Dan apa yang sangat menyedihkan aku bila takde sorang pun family aku yang perasan sebenarnya aku sakit. Bukan sakit fizikal tetapi hati aku.
Satu hari aku kena marah lagi atas kesalahan yang aku tak buat. Masa tu aku dah tak tahan jadi aku lepaskan. Aku melawan. Aku tau aku salah sebab melawan tapi aku dah tak dapat nak simpan lagi. Aku menangis dan aku tumbuk dinding sekuat hati aku. Aku rasa macam celaka sangat masa tu. Aku rasa macam nak pergi pukul semua orang bagi semua rasa apa yang aku rasa. Tapi aku masih lagi waras. Aku tak tau sama ada aku ni baik sangat atau bodoh sangat sampai orang buat aku macam tu. Maruah aku dipijak macam tu je. Boleh korang bayangkan masa tu takde sorang pun family aku yang lain datang dekat aku tanya apa masalah aku sebenarnya. Depan orang lain semua fake gila nampak macam bahagia macam takde apa tapi belakang hanya Allah je yang tau. Aku bukan nak aibkan family sendiri tapi itu la hakikat yang aku kena tempuh. Aku terlalu sakit sampai aku rasa nak lari dari rumah. Tapi aku tak tau kenapa aku still bertahan. Sekarang ni aku lebih banyak duduk sendirian dalam bilik berbanding lungkan masa dengan family aku sebab setiap kali aku duduk dengan family aku ada je yang salah dan tak kena di mata diorang. Aku rela bersendirian daripada aku terpaksa berhadapan dengan benda yang akan sakitkan aku.

Korang yang ada adik tu jangan la buat adik adik korang macam tu. Sama juga kalau kau seorang mak atau bapa. Dengar apa yang anak atau adik kau nak cakap. Jangan bagi diorang pendam sorang diri. Nanti diorang takkan percaya lagi dekat korang. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Bagi peluang dekat diorang untuk bagi pendapat atau jelaskan apa yang diorang simpan dalam hati. Bagi la kasih sayang yang ikhlas dekat diorang supaya diorang lebih dekat dengan korang. Bila nampak diorang luangkan masa sorang lebih daripada diorang luangkan masa dengan korang, cuba rapatkan diri dengan diorang. Tanya apa masalah, ada korang buat salah ke, jangan biarkan. Peritnya hati diorang takde siapa yang tau. Jangan anggap anak bongsu atau adik adik korang tu takde hak nak tegur korang hanya disebabkan dia seorang adik. Kadangkala adik kita tu boleh jadi lebih matang dari kita. Matang bukan diukur dari segi umur tapi pengalam diorang. Percaya la umur yang lebih mudah sekarang ni kadangkala lebih matang daripada yang berumur 25 tahun ke atas. Diorang lagi pandai selesaikan masalah diorang. Jaga maruah masing masing. Kalau kau jaga maruah dia, dia pun akan jaga maruah kau dengan family kau. Jangan nak menyesal kemudian sebab tak guna dah nanti. Nak mula biar dari sekarang. Doakan aku kuat untuk hari hari yang mendatang. Terima kasih sebab baca cerita aku yang tak seberapa ni.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit