Sakit Hutang Budi

Salam semua, terima kasih admin siarkan perkongsian saya ini.

Saya mengenali lelaki ini sejak dua tahun lalu. Mulanya saya ingatkan dia memang bujang, sebab selalu dia yang mulakan Whatsapp dan call. Selepas beberapa bulan, dia mengaku dia sudah berkahwin dan sudah mempunyai dua orang anak dan pada masa itu isterinya sedang mengandungkan anak ketiga mereka. Saya namakan dia A. Saya pula seorang pendosa dari dulu, bergaul bebas yang kebanyakannya atas desakan duit, hingga beberapa kali menawarkan khidmat seks untuk mendapatkan wang sara hidup.

Dahulu memang telefon saya penuh dengan contact number lelaki-lelaki yang pernah saya kenal, A minta saya tukar nombor telefon baru dan delete semua saki-baki dalam contact list. Dia suka check semua mesej dan call log saya. Dia call saya banyak kali dalam sehari. Dia buat saya ingat dia betul-betul sayang saya.

Sepanjang perkenalan, memang banyak pertolongan yang A hulurkan, duit yuran pengajian pernah, makan, hantar ambil dari tempat pengajian, sampai saya habis belajar. Ayah meninggal dunia masa saya sekolah menengah lagi.

Saya masih mencari kerja tetap dan sedang bekerja di kedai makan untuk menampung hidup, tambah mak tidak bekerja. A dulu memang kerap ke rumah, tapi dia jenis tak berapa pandai nak berbasa basi dengan orang tua, jadi mak saya pun layan tak layan saja bila A ke rumah, jauh dibanding dengan bila kawan-kawan adik ke rumah, silap-silap sampai masak nasi. Mak tak berapa berkenan dengan A yang agak pendiam, A pula terasa dengan layanan mak, sudahnya A lama tak ke rumah dan kami jumpa di luar sahaja . Saya tetap maklumkan mak setiap kali saya berjumpa dengan A di luar.

Mak masih tak tahu A suami orang. Saya tak dapat bayangkan perkataan apa lagi keluar dari mulut mak nanti kalau dia tahu. Saya duduk di rumah beberapa minggu lepas habis belajar pun dikata macam-macam, sebab itu saya tetap kerja walaupun di kedai makan. Kalaulah saya macam rakan-rakan yang sampai setahun dua menganggur duduk rumah mahu mati saya dikerjakan.

Resume penuh dengan kerja part time pun sebab tu, kami bukan orang berada, dan masing-masing tak pandai menguruskan wang. Hari tu pergi cek KWSP, akaun saya dekat 10k dah sebab kerja dah merata walhal baru habis belajar, cuma sekarang rezeki belum ada lagi nak kerja tetap dan setaraf dengan kelulusan.

Makin lama kenal A, makin dia mengongkong saya. Saya tahu peluang kerjaya jauh lebih banyak jika berhijrah, tapi dia tak benarkan. Kalau setakat tidak benarkan tak apalah, boleh saya buat tak tahu sebab bukan jatuh dosa pun kalau saya ingkar. Dia mengungkit satu-satu, mintak saya lunaskan jumlah sama macam dia habiskan untuk saya sepanjang perkenalan kami. Dia ugut nak cerita siapa saya dulu kat mak. Ada sekali dia sebut nak bakar rumah saya kalau lari dari dia. Saya sebetulnya sudah hilang rasa kasih, yang ada cuma rasa hutang budi dan takut jika keluarga diapa-apakan.

Hari tu, saya ada temuduga di sebuah bank di bandar, dia sukarela mahu hantarkan, saya turutkan sahaja tapi dia lewat. Saya marah-marah dalam kereta dan ceritalah temuduga ni macam-macam boleh jadi, ramai-ramai ke, kena tunggu giliran lagi, ada ujian bertulis dulu ke sebab tu suruh awal. Memang saya tinggikan suara hari tu. Saya sampai ke tempat intetview, tapi dengan tudung senget-senget, eyeliner pun comot, badan sakit-sakit. Ya, hari tu dia naik tangan. Dia tampar pipi saya, tumbuk bahu saya dalam perjalanan ke tempat interview. Saya hanya menangis dan menepis itu pun apa sangat nak dilawan dengan kudrat lelaki. Badan saya lebam-lebam hari tu, cuma tulah interview saya entahlah saya jawab hentam-hentam je dengan muka lepas nangis dan pipi sakit.

Memang saya nak lari sangat dari A, cuma saya takut keluarga saya diapa-apakan. Terbaru dia pukul saya lagi sebab tak jawab call. Kerja kedai makan tahulah penat dia,memang selalu lepas mandi saya tidur. Call pun memang tak sedar langsung. Badan dahlah memangpenat kerja dah, orang buat macam punching bag pulak.

Sakit lebam-lebam tu satu hal, sakit menyesal makan budi tu lagi dalam.

InshaAllah doakan saya kuat, dan dapat kerja best-best, boleh bayar duit dia dan dia boleh lepaskan dengan cara baik.

– Kak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit