Terima kasih tak terhingga pada admin. Sebenarnya, arwah Kakak aku memang orang yang puitis dalam tulisannya walaupun dulu orang semua dah ada fb tapi dia still menulis dalam dairinya.
Aku tulis semula semua ni sebab aku sangat rindukan arwah, sungguh aku cakap arwah sorang-sorangnya Kakak yang aku ada. Jadi bermula saat ni aku nak kongsikan semua kebaikkan dan kisah arwah untuk semua ambil pengajaran.
Buat yang tanya arwah Sakit apa, dia Sakit Skoliosis. Tulang belakang membengkok. Sebab tu kos mahal. Nak kena operate letak implant dekat tulang belakang tu.
Arwah meninggal sebab komplikasi buah pinggang. Dan masa tu duit yang ada baru kira-kira rm 20 000. Dan tak sempat nak operate arwah dah pergi dulu. Ini sangat menyedihkan Kami sekeluarga.
Kadang kadang aku terfikir kenapa lah arwah Kakak aku ni Allah ciptakan dia sangat baik. Kalau ikutkan family Kami ni biasa biasa je,bukan golongan orang-orang alim pun. Tapi Kakak aku ni, pakai tudung labuh,menutup aurat dengan sempurna,hafal al quran,pandai bab2 agama walaupun dia sekolah harian biasa je.
Aku nampak perubahan dia ni selepas arwah ayah Kami meninggal. Setiap pagi, dia akan baca yassin. Sepanjang aku dekat dengan dia tak pernah lagi aku tengok dia tak baca yassin. Sampaikan adik beradik lelaki aku yang lain boleh tahu,bila dia tak boleh solat. Sebabnya Kami dah tak dengar orang baca yassin pagi2.
Arwah Kakak aku ni, baik sangat-sangat. Setiap kali dia cuti sem, setiap kali tu jugak la seolah-olah bawak sirna dekat rumah Kami. Rumah jadi macam rumah orang lain. Dia bersihkan rumah,lipat baju,jemur baju. Hampir semua kerja rumah dia buat walaupun masa tu dia dah tengah Sakit. Kalau nak tahu,mak aku sayang sangat-sangat dekat arwah. Sebabnya arwah ni tak pernah tinggikan suara dengan dia, arwah pandai ambik hati mak. Seharian mak penat bekerja balik rumah jadi gembira tengok rumah bersih, terurus dan makanan dah terhidang.
Saat aku tulis ni, air mata aku mengalir laju. Sebab masa tu aku pandai pergi sekolah balik sekolah je. Teruknya aku.
Pernah suatu hari tu Kakak aku kumpulkan semua ahli keluarga *part ni aku akan ingat sampai mati,lepas maghrib. Dia menangis sungguh-sungguh. Dia cakap dia tak pandai sangat ilmu agama,tapi dia nak sampaikan apa yang terbuku di hati dia. Dia minta Kami sekeluarga supaya bacaan al fatihah buat arwah ayah 5x sehari,sebabnya ayah sangat perlukan doa daripada anak-anaknya,kedua Kakak aku pesan bermula saat ni dia harap semua ahli keluarga Kami baca al Quran setiap hari. Walaupun susah cuba baca. Aku kena akui,aku dengan adik beradik liat bab2 mengaji ni. Mak pulak sibuk bekerja. Masa ni, Kakak aku keluarkan 4 buah al Quran yang ada terjemahan sekali. Dia hadiahkan kami sorang satu. Dia beli guna duit JPA tak silap aku. Dia berjanji akan ajar Kami semua baca al quran *sebabnya Kami baca merangkak rangkak.
"bila kita mati, al Quran ni lah akan selamatkan kita akan terangkan kubur kita, kalau kita tak mampu baca al Quran mintak pada Allah bantu kita"
Lebih kurang macam ni ayat dia.
Bermula saat tu, Kami seluarga baca al quran. Arwah jadi guru al quran Kami.
Hasil dari usaha arwah, aku nak bagitahu korang semua. Hari ni aku dah mampu hafaz juz amma,adik beradik lelaki yang lain selalu solat dekat masjid dan selalu baca al quran.
Dan kalau dulu arwah pesan untuk sedekahkan al fatihah untuk arwah ayah,kini kami tak pernah lupa doakan arwah.
Aku cerita kebaikkan arwah ni sebab aku rasa dia sangat berjasa pada diri aku dan membentuk siapa aku hari ni….
Bersambung..
Al fatihah buat kak long Farah
– Farah