Sakit part 3

Terima kasih admin dan korang yang sudi baca kisah arwah kak long farah.

Kali ni nak cerita pasal kak long dan al Quran. Lepas arwah meninggal, al Quran arwah mak aku yang guna. Al Quran arwah biasa-biasa je dari luar tapi bila bukak dekat dalam subhanaallah hampir setiap ayat tu arwah tandakan tarikh bila dia tadabbur ayat tu. Dan ayat dalam satu surah yang sama makna dengan surah lain pun dia tandakan khas. Boleh kata kau buka al Quran tu pun dah jatuh hati nak baca.

Dulu aku ada Tanya mak, kenapa kak long ni pandai sangat baca al-Quran. Tapi mak aku jawab "rezeki kak long, Allah sayang dia". Tapi jawapan ni tak mampu puaskan hati aku. Sampailah aku jumpa ni dalam dairi arwah.

Hari ini usiaku melangkah ke fasa 18tahun ya Allah syukur aku masih engkau hidupkan hari ini. Wahai Allah, di usiaku ini adakah telah terlambat untuk aku mempelajari kalam-kalam indah dari mukjizat agung sang nabi? Wahai Allah, lidahku kelu untuk menyebut setiap huruf-huruf dalam al Quran ini, bantu aku ya Allah. Di saat jariku menyentuh huruf al Quran ini engkau kurniakanlah aku kelancaran dalam lafaz tuturku. Wahai Allah,aku malu padamu. Aku yang sepatutnya menjadi contoh buat adik-adikku, tapi aku gagal. Kuatkanlah aku dan kurniakanlah aku kesabaran untuk terus mempelajari al Quran ini hingga ke nafas terakhirku. Wahai Allah, jangan kerana aku tidak mampu membaca al-quran dengan Baik ayah dan ibuku dipersalahkan orang. Kasihanilah mereka ya Allah. Ampuni mereka ya Allah.

Hari ini juga bermulanya cuti semester aku untuk tahun ini, aku berhasrat untuk belajar mengaji dengan ustazah di masjid tidak jauh dari matrik. Nasib Baik, emak benarkan aku untuk pulang seminggu lambat. Semoga bila aku pulang Nanti adik beradik yang lain gembira dapat belajar al Quran daripada aku. Ya Allah engkau permudahkanlah urusanku ini. Ikhlaskanlah hatiku dalam setiap perbuatanku. Jauhkan rasa riak dalam diri. Semua ini aku lakukan demi keluargaku. Bantulah Kami ya Allah untuk kembali meraih cinta dan kasih sayangmu.

Rupa-rupanya kak long pergi belajar mengaji untuk dirinya dan untuk mengajar Kami adik beradik. Ya Allah, kak long!!
Satu perkara yang aku sedari dari kak long adalah tentang tanggungjawab. Walaupun Kami adik beradik tidak punya abang, tapi tuntutan itu semua Cuba digalas kak long.

Memasuki bulan Januari ni adalah satu tarikh yang akan membuatkan aku akan menangis sorang-sorang sampai bengkak mata iaitu Tarikh lahir kak long. Ada memori indah untuk aku kongsikan bersama korang. Doakan aku terus diberikan kekuatan untuk berkongsi.

Bersambung…..

– Farah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *