Sakit Telinga Dah, Tak Tahan

Tolong guys,

Akak2 abang2 luar sana,

Tolong guide saya.

Saya tak tau nak luah kat sapa.

Saya bagitau siap-siap apa yang saya nak luah akan membuka aib keluarga saya, jadi sebab tu saya memilih untuk bercerita di sini, di mana tiada yang mengenali kami.

Terima kasih kerana sudi siarkan artikel saya dan terima kasih sudi membaca artikel saya.

Harap semua yang membaca boleh memberi idea dan nasihat untuk saya terus tempuh kehidupan ini.

Saya 24, perempuan bujang, kerja part-time, lulusan degree.

Saya stress la. Kadang rasa nak jumpa therapist, tapi kawasan ni takde therapist swasta.

And hospital kerajaan kami tak sure ada therapist ke tak sebab kami pekan kecil. Ada sesiapa yang tahu caranya?

Tapi tulah, saya tinggal dengan keluarga buat masa sekarang, nak keluar rumah bagi kucing makan pun di tanya buat apa keluar tadi?

Apalagi nak pergi jumpa therapist. Mesti nanti ditanya pergi mana? Beli apa? Mana barang?

Family saya ni segala benda ditanya. Kalau saya call orang pun sape call? Nak apa? Sembang apa? Memang takde privacy.

Kadang semua orang dah tido saya ingat takde sapa dah la, tapi mesti ada juga yang curi dengar. Nanti mesti ada yang tanya buat apa tadi?

Saya faham la mungkin keluarga saya caring tapi agak la semua benda nak ditanya.

Saya nak privacy juga. Whatsapp saya, kakak saya buka camtu je. Sosial media lain pun sama.

Sebab tu la saya buat keputusan untuk single je sampai sekarang. Tak rasa nak bercinta pun sebab nanti kena sorok2 archive chat, off noti lah. Leceh.

Saya pula share bilik dengan mak saya, memang saya takde masa saya sendiri. Saya tido dengan mak saya, ayah saya tido sorang.

Mak saya pula selalu tidur 2-3 pagi sebab leka tengok tiktok. Kadang saya kena bangun awal esok tu, mak saya dengan pasang tiktok kuat, lampu bilik buka, macam mana??

Esok pagi saya bangun mak saya tido lagi. Dalam 10 pagi baru bangun, sama dengan kakak saya.

Kadang saya bangun awal tu pagi tu saya nak buat hal saya la, ada la benda saya nak buat. Mohon kerja la, resume la, tak pun siap bahan untuk kerja part-time saya.

Tapi kalau diorang bangun 10 pagi tu tengok air tak masak, dapur tak lap, kain tak sidai, kucing tak makan, ditanya pula ke saya, bangun awal tadi buat apa? Sebab saya tak settlekan hal rumah.

Padahal selalu memang 10 pagi baru start settlekan rumah, tapi kalau saya dah bangun awal tapi tak buat bagi diorang macam rugi la.

Habis tu bila saya nak buat hal saya? Asyik nak utamakan hal orang je.

Kalau waktu siang memang takde masa, saya kena jaga anak buah la, tolong masak la. Saya nak uruskan diri, mandi solat lagi. Penat tau. 24 jam sehari macam tak cukup, takde masa untuk sendiri.

Apa yang saya lagi penat sebenarnya bila mak saya tiap hari, tiap masa, mengadu pasal ayah ke saya. Mengadu tak puas hati. Marah-marah.

Bangun tidur, cakap pasal ayah, sebelum tidur cakap pasal ayah, petang2 tengah sembang pun cakap pasal ayah. Ada je yang tak puas hati.

Pasal duit la, kerja la, uruskan family la. Tapi ayah saya pun satu, memang culas bagi nafkah. Ayah saya provide makan minum, bil semua cukup Alhamdulillah.

Cuma mak saya suri rumah, jadi memang mengharapkan nafkah dari ayah. Ayah hanya bagi RM200-RM400 sebulan.

Dengan duit tu je la mak saya pakai untuk beli barang rumah, barang sendiri, sabuj apa semua. Mak saya takde simpanan walaupun umur dah hampir 60.

Apatah lagi nak ada duit untul buat Umrah atau Haji. Kesian juga. Saya nak tolong pun, gaji saya kecil je. Nak kerja betul, dihalangnya.

Buntu tau kadang fikir pasal hidup ni.

Lagi satu saya penat dengan mak saya ni sebab mak saya tak nak solat. Mandi pun sehari sekali, kadang dua hari sekali.

Kadang saya cakap juga cuba solat mana tau boleh tenang. Sebab saya tak ingat tahun bila last saya nampak mak saya solat. Dah bertahun tak nampak.

Ayah saya ada juga solat Subuh, kadang tu Maghrib. Kakak saya ada la juga saya nampak kadang. Tapi mak saya…lamaaaaa sangat tak nampak. Saya solat tepi mak saya pun, mak saya buat tak tahu je.

Kadang saya terfikir macam mana cara nak lembutkan hati mak saya untuk kembali solat?

Dulu waktu saya kecil ada juga kadang saya nampak, sekarang langsung takde. Tapi tulah saya doa la macam mana pun, tunjuk contoh apa-apa pun hidayah tu milik Allah kan. Hurm.

Sekian lah saya cerita. Ikutkan banyakkk lagi yang saya pendam. Tak tau nak luah kat sape. Sebab kalau cerita dekat kawan, buka aib family pula sebab diorang kenal family saya.

Kadang saya rasa saya nak ada satu stranger untuk tempat saya meluah.

Terima kasih sudi baca sampai sini…

Minta doakan saya kuat dan dapat bagi perubahan yang baik dalam keluarga saya.

– Lolipop (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit