Sakitnya Aku Telan Jua

Sakitnya Aku Telan Jua

Nama aku Bunga. Lama aku nak luahkan dalam iium confession ni. Tapi sekarang baru aku dapat kekuatan. Umur aku ialah akhir 20 an. Bakal melahirkan anak yang ke 3 tak lama lagi. Yang membuatkan aku semakin rasa loser, aku hilang semangat untuk teruskan hidup malah aku sentiasa bersangka buruk kenapa Allah uji aku sampai macam ni sekali. Jahatkan aku.

Perjalanan mengandung aku yang ke 3 ini amatlah menguji. Berulang alik ke klinik sampai kena kecam dengan ketua jabatan sendiri membuatkan aku makin rasa tekanan. Tempoh masa 4 5 jam untuk seminggu 2 kali semenjak kandungan aku awal lagi dah buat aku tertekan. Belum masuk buah mulut rakan sejawat yang lain. Check in hospital aku sendiri tidak terkira, lebih 8 kali sepanjang 8 bulan mengandung ni.

Erti kewangan. Tak disangka oleh aku sendiri bilamana gaji aku setiap bulan habis bersih bayar pinjaman wang berlesen. Pinjaman wang kerana aku kena berulang alik dan perbelanjaan aku sepanjang mengandung ini betul-betul diuji. Keluarga dan kawan-kawan smua melarikan diri bila aku minta pertolongan. Baru aku tahu mana erti nya kekeluargaan & persahabatan. Walau masanya singkat sahaja.

Tapi aku dah tiada kudrat nak teruskan kerja-kerja sambilan dirumah malah kemahiran menjahit aku jugak terhenti bak kerana perut makin memboyot. Kesan nya aku 1 sen pun tiada simpanan untuk melahirkan. Kalau tak, ada jugak simpanan aku dan anak-anak waktu kecemasan.

Suami? Jangan ditanya. Mempersoalkan gaji dia dimana pun aku yang diherdik. Membuatkan selama aku berhijrah ke bandar kali ini bersama anak-anak ingatkan dia berubah. Rupanya aku yang menjadi seperti mayat hidup.

Betul. Rezeki ade dimana-mana. Hutang semakin mengunung bak gunung kinabalu. Tapi sampai saat sekarang pun aku tak nampak jalan penyelesaiaan. Aku jadi takut. Anak yang bakal aku lahirkan ini terkesan dengan apa yang berlaku kat aku selama aku ngandungkan dia.

Apa silap aku? Apa salah aku sampai di uji seperti ini. Sampaikan teringin nak makan makanan yang biasa-biasa di pasar malam pun aku masih berkira-kira kerana aku ada anak-anak yang lebih memerlukan. Sedih, tertekan dan aku rasa hidup aku dah kosong dah. Keluarga sendiri beranggapan aku tiada apa-apa, sedangkan aku tengah bergelora dek kerana sakitnya aku telan jua.

Doakan aku selamat melahirkan. Doakan aku dapat selesaikan segala hutang piutang kehidupan aku.. Doakan aku pulih dari semangat aku sendiri yang hilang entah ke mana..

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit