Assalamualaikum. Aku sebenarnya mohon maaf sebab penulisan ni menguris orang melayu sebenarnya tapi aku tulis bukan untuk complain tapi sebenarnya untuk menjelaskan salah faham tentang komunis ni.
Untuk baca confession sebelum ini, (https://iiumc.com/melayu-benci-komunis-tapi-buat-cara-komunis/).
Dan, saya jugak sebenarnya patut tukar ‘Melayu’ kepada Rakyat Malaysia sebab memang semua bangsa tak kira melayu cina india bersikap Free Rider. DAN AKU TEGASKAN SINI AKU BUKAN MACAI DAP KA UMNO KA SAPA-SAPA OK SEPERTI DIDAKWA NETIZEN SEBELUM NI. AKU PERNAH CAKAP DALAM ARKITEL SEBELUM NI YANG DAP PARTI RASIS YANG BERBENTUK NAZI (FASIS).
Aku tulis artikel ni sebab AKU TAK FAHAM RAKYAT MALAYSIA NAK SEMUA BENDA DENGAN BANTUAN KERAJAAN SEBAB BANTUAN KERAJAAN ADALAH SEBAB KITA ADA HUTANG LEBIH TRILION. Aku cakap ni sebagai persediakan kepada rakyat supaya hangpa semua tak kena tipu dengan politician yang janji bulan dan bintang lepas ni yang cakap depa bagi bantuan ni bantuan tu dan sebagainya.
Lagi satu adakah dengan tukar kerajaan boleh terus tukar ekonomi. NO!! ROME CAN’T BE BUILD JUST ONE DAY!! Proses pemulihan ekonomi perlukan pengorbanan semua orang termasuk rakyat jugak. Kalau PRU nanti bila dah tukar kerajaan jangan hangpa push new government untuk bagi subsidi la bantuan rakyat la dan sebagainya. Dia perlukan masa untuk pulih balik ekonomi ke arah sedia ada.
Saya nak tekankan balik maksud komunis ni macam saya cakap dalam artikel A to Z.
Komunisme ni berasal dari idea asal Marxisme ataupun ada yang panggil Sosialisme yang mengetengahkan konsep perkongsian keuntungan yang sama rata kepada pekerja khususnya buruh dengan sebab buruh lah yang memberi pulangan ekonomi sebenarnya jika dibandingkan dengan pemilik perusahaan. Tanpa pekerja buruh perniagaan tak berjalan dan seterusnya mendapat keuntungan dari jualan produk dan perkhidmatan.
Idea Karl Marx sebenarnya dari pengalaman dia sendiri tengok buruh mendapat kondisi ekonomi yang tak adil jika dibandingkan pemilik perniagaan sendiri. Jadi, idea Marxisme ni adalah untuk MENGIMBANGI balik sosioekonomi ke arah lebih adil dengan menjadikan hak milik awam untuk semua perusahaan.
Masalah yang Karl Marx nampak sebenarnya memang tengah jadi di Malaysia sekarang ni (bayaran gaji ciput oleh majikan, CEO gaji puluh ribu tapi gajikan pekerja minimum RM1100 yang tak berbaloi dengan kerja depa) Baru-baru ni cerita pekerja Foodpanda dengan majikan pasal gaji tu adalah masalah Karl Marx nampak dari dulu lagi.
So, wujudlah idea di mana perlu wujudkan harta benda awam dalam perusahaan supaya pulangan ekonomi diberikan secara adil kepada semua pihak. Sebab tu saya pernah tulis Marxism ekonomi dia berbentuk collective. Semua pihak bekerjasama majukan perusahaan dan pulangan dari perusahaan perlu dibahagi sama rata tanpa hierarki. Itulah main idea Marxisme dan seterusnya membentuk ideologi haluan kiri Komunis.
Dan apa kelemahan sistem Komunis ni.
Komunis ni anti-kapitalis. Dia tak suka istilah perniagaan berbentuk persendirian. Maka, sapa-sapa yang teringin nak bukak perniagaan maka yang tu tak boleh dalam komunis. Ataupun, kalau negara yang amalkan Sosialis (bukan ekstrim komunis) perniagaan tu mesti bayar pekerja dengan adil. Sistem ekonomi ni damaging in long run lama kelamaaan rakyat tiada initiatif untuk wujudkan produk/servis yang baik dan inovatif. Seterusnya ekonomi negara boleh jatuh.
Lagi-satu ekonomi Komunis adalah sangat mesra kepada rakyat. Rakyat negara komunis ni dapat keuntungan perusahaan dalam bentuk harga murah, ada subsidi bayaran hospital murah dan sebagainya. Satu sebab Komunis percaya hak ekonomi adalah hak awam. Perlu dibahagi kepada rakyat sama-rata. Yang ni memang membantu rakyat terutamanya kepada RAKYAT YANG BERSIKAP FREE RIDER. Bila kerajaan buat camni lama kelamaan dia akan menjadikan rakyat bersikap malas pastu kurang produktiviti (yelah semua bayaran gaji sama ja) pastu ekonomi pun jatuh la.
Dan yang ni ramai tau pasal kelemahan komunis ni, Komunis mengamalkan politik yang rigid dan tirani (dictatorship). Contoh paling dekat Korea Utara. Sebenarnya ajaran tirani komunis ni bukan dari Karl Marx pun tapi dari Vladimir Lenin (pengasas Soviet Union) tu pun atas sebab tekanan politik dari pelbagai pihak (sekutu Tzar) untuk mengelakan pergolakan politik maka Komunis pun bersikap tirani (dictatorship) sampai sekarang. Sebab tulah kebanyakan negara komunis ni banyak yang berbentuk satu aliran parti ja.
Jadi apa kena dengan tajuk Rakyat Malaysia benci komunis tapi suka komunis.
Sebenarnya aku menulis ni sebab nak jelaskan sikap FREE RIDER yang kebanyakan ada dalam kalangan rakyat malaysia. Sikap free rider di kalangan rakyat ni sesuai tukar goverment ke arah aliran kiri sebenarnya. Aku sendiri tak suka dengar keluhan yang datang dari rakyat yang suka bersikap abuse to the government. Sebenarnya, sapa pun yg pegang kerajaan sekarang bukan boleh guarantee untuk ubah kehidupan ekonomi ke arah lebih baik.
Jadi, sapa yang pemangkin ekonomi sebenarnya. RAKYAT SENDIRI YANG MENGUBAHNYA. Rakyat sendiri kena ubah pemikiran untuk jadi orang yang tak mengharapkan kerajaan ubah hidup dia. Aku berani cakap kalau hangpa ubah kerajaan akan ada orang yang bising dalam internet tentang hidup dia akan ditindas, government tak bantu melayu la, kerajaan buat cukai baru la. Kitaran ini akan wujud. Kalau macai politik tu lain cerita, parti dia kalah dia bising la. Parti dia menang tak nampak komplen langsung.
Kalau semua orang tak ada sikap abusive ni maka kuranglah defisit negara pastu hutang kurang la. So, ekonomi boleh dibangunkan semua seperti sediakala. Boleh la nak dapat insentif kerajaan lain. Kalau soal kena tipu dengan kerajaan sekarang ni, memang aku dah nampak dah. Tak logik la kalau nak bagi free ptptn, minyak 1liter RM1,macam-macam la dengan 100hari pemerintahan. Memang tak logik. Kalau sapa belajar ekonomi, sikap free rider masyarakat yang terlampau banyak akan merosakkan ekonomi.
Aku harap bila tukar kerajaan baru ni kerajaan jangan BAGI MUKA KAT RAKYAT SANGAT. Biarlah depa hidup susah cukup lah hak bumiputera tu jangan bagi BRIM ka bantuan subsidi sangat. Dengan kesusahan ni, maka anak muda kita akan lebih bersedia belajar bersungguh-sungguh, kerja sungguh-sungguh demi kelangsungan hidup. Kalau betul-betul la mengharap kerajaan boleh ubah sosio-ekonomi Malaysia ni maka hangpa kena pikir untuk ubah ke haluan kiri (pilih sosialisme) yang tulah utimate answer yang hangpa nak.
Nak orang melayu ekonomi better dari orang cina pilih sosialisme. Nak kekayaan orang kaya dikongsi bersama, pilih sosialisme. Tak mau kena tindas dengan majikan gila kuasa, pilih sosialisme. Semua tu boleh dicapai tapi hangpa ingat sosialisme komunis dan semua aliran kiri ni tak pro-business nanti business tak jalan gaji tak dapat. Makan pasir la.
DISCLAIMER.
Pandangan ni bukan mewakili untuk mana-mana fahaman politik. Dan aku sendiri bukan dari kalangan mana-mana parti politik. Yang sebelum ni ada cakap aku ni DAP RBA la tu. Dapat dosa free ja la. Pastu pahala tu dapat kat aku. Lagi satu aku Melayu Islam. Buat pa la nak sokong parti sekular.
– Wartawan bebas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit