Assalamualaikum. Pertama sekali aku ingin cukapkan selamat hari raya. Hah. Aku bukan nak buka aib sesiapa. Aku rasa masalah aku takdelah berat sangat dan cliche kut sebab ramai yang ada masalah macam aku kat luar sana.
Aku bukan budak uia. Tetapi aku rasa aku nak luahkan yang terpendam di dalam dada aku. Aku ada masalah keluarga. Salah sorang abang aku seorang penagih. Tak kerja selalu tengking mak aku minta duit. Kekadang tinggikan suara tetapi setakat yang aku tahu dia tak pernah naik tangan lagi dekat mak aku. Kekadang curi duit adik beradik kalau masa mak aku memang takdak duit. Kesian mak aku kan dah laaa ayah aku ni curang. Mak aku nie dah jemuh dah kena carut dekat abah. Abah aku ni semua benda dia boleh (alhamdullilah rezeki dia memang banyak). Hari minggu dia pegi jauh jauh tak pernah nak kisah perasaan mak aku. Mak aku punya tahan perangai ayah aku tahap level mmng orang sabar gila.
Mak aku takde mak masa umur 8 tahun lagi. Punya berdikari dia dari kecik ayah tak kisah. Lepastu dapat suami macam tu. Ayah aku maki ke apa mak aku tak penah nak jawab. Mak aku cuma mampu menangis depan sejadah. Hampir tiap tiap hari mak aku menangis. Aku penah tanya mak aku macam mana mak aku tahan sabar. Hah mak aku cakap dia nak ke level tahap sabar gila dia cakap setahun dia jadi macam mayat hidup. Dengan anak masih kecik kecik suami buat macam tu. Tapi dia pesan satu je yg beri kekuatan dekat mak aku iaitu "mengadu denganNYA". Lepastu mak aku pegi dengar ceramah selalu dan alhamdullilah mak aku tabah dari situ dengan anak yang penagih selalu minta duit tengking tengking , suami pulak bagi duit tapi setakat untuk mak aku beli barang dapur je. Yang anak penagih ni hari hari minta duit.
Dari situ aku jadi serabut duduk dalam rumah. Masa aku sekolah menengah aku dahagakan kasih sayang. Aku couple lah dengan mamak nie. Mamak nie dari sekolah agama dan berpindah dekat sekolah aku. Emmmm betul lah dah banyak aku baca bila nafsu bermaharajalela dalam diri , rosak diri. Aku hampir hampir menggadai maruah ku sendiri demi mencari keseronakan dan hilang stress di rumah. Laki tu banyak kali melepaskan nafsu dekat aku tapi aku tak serahkan dara aku. Lelama menjadi rutin sepanjang tempoh perkenalan aku. Tetapi setelah kami berjauhan laki tu tabur segala jenis janji dekat aku dan last last aku tahu yang dia dah ada awek baru. Dan dia ada mengaku dekat aku yang dia taknak dah aku dan dia nak kawin dengan awek baru dia. Hati remuk patah semua ada. Yang pernah merasa tahu leeee. Aku tanya dia dah sentuh belum. Dia kata dekat aku, aku tak perlu tahu nanti aku sakit hati. Dan aku baru tahu aku sebenarnya tempat dia melepaskan nafsu tetapi aku masih dara.
Dan salahkah aku bila aku cakap dekat kawan aku yang tny psl aku dgn dia, aku cakap dia curang dia dah ada awek baru ? Macam bukak aib yang dia bukan seorang lelaki yang baik. Salahkah aku ?
– Mrs
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cukapkan tu ucap campur cakap agaknya