Assalamualaikum warga IIUM Confession dan terima kasih admin kalau luahan ni disiarkan, kalau tidak, saya ok je hehe. Maaf la ye saya tukar tajuk & tukar aku kepada saya mungkin agak berbahasa sikit la didengar.
Mungkin luahan saya dalam post sebelum ni “Manners: https://iiumc.com/manners-2/” tu kelihatan straight/ kasar/ luahan yang tak patut sebab itulah ramai yang tak bersetuju.
Saya terima je sebab semua orang ada hak untuk kritik walaupun saya cuma bercerita sebahagian sahaja.
Tapi kan, mungkin korang (wallahualam la), tak pernah rasa dibandingkan, diremehkan, ditanya ok ke tak? Dipeluk? Dalam dunia ni, memang rata2 si isteri, ibu,mak, bapak je ke yang ada perasaan? Anak tak boleh ada perasaan? Anak tak boleh diluahkan apa yang dirasa?
Kenapa si isteri meluah sikap suami & si ibu meluah sikap anak secara umum disocmed mahupun diplatform ini semua seolah2 memahami perasaan mereka,
Rata2 saya baca takde pula golongan enabler yang memesan, “syukurlah suami bukan kaki pukul, bukan kaki perempuan, bukan penagih dadah, syukurlah anak itu tak lari ikut jantan, bercinta kehulu kehilir”, semua merentan bersetuju salahkan suami/anak.
Pernah tengok iklan raya Elrah beto & sharnaaz ahmad tu? Macamtu la perasaan saya sebagai seorang anak. Dibandingkan, diremehkan perasaan selama membesar.
Kalau saya tak meluah disini yang dikata berkata buruk hal keluarga saya nak meluah dimana ye? Pada adik beradik (kaki menyampai ke mak ayah)? Secara umum disocmed macamana kebanyakan isteri meluah kisah suami sendiri?
Adil tak kalau tiba2 saya kata, “oh si isteri tak bersyukur, suka mengeluh, suami ketua keluarga terima sahaja la apa kekurangan suami sebab syurga bawah tapak kakinya, suami yang mengemudi rumahtangga, suami yang memberi nafkah walaupun tak banyak”.
Saya tau mesti ramai yang tak bersetuju punya sebab saya belum berumah tangga betul?
Tapi saya tak pula memilih untuk tak bersetuju sebab saya faham perasaan si isteri dengan rata2 sikap suami/ keluarga mertua zaman sekarang ni. Tak pernah la pula saya menyuruh mereka bersabar/ terima sahaja baik buruk pasangan/ yang kurang tu yang melengkapi.
Tambahan info, saya pernah duduk kerja jauh dari makayah sebelum ni, asbab tak berapa ngam, asyik bertekak. Tapi bila saya jauh, melebih2kan anak buah dimintanya saya pulang ke kampung kerana sunyi, dipertikai “tak perlu mewahkan anak buah mak pak dorang banyak duit”.
Ada tiga situasi yang saya nak betulkan disini, yang rata2 anggap remeh & kononnya bukan isu utama.
Pertama, isu cikgu tegur pakaian dalam saya, kenapa saya tak lupakan, masih ingat hingga ke harini? Sebab cikgu saya tegur pemakaian saya depan KAWAN-KAWAN, ye saya DIMALUKAN, semudah itu ke nak suruh saya lupa walaupun situasi itu ada hikmahnya?
Kalau cikgu saya memilih berjumpa berdua dengan saya selepas habis mengajar, tak adalah saya nak sebutkan disini. Tak semua orang dikurniakan short term memory.
Kedua, soal air dikedai makan yang dikatakan remeh. Kalau saya mintak SEBELUM2 ini & rata2 pembancuh air, pelayan tak ada masalah, ok sahaja, tapi dah ditakdirkan Tuhan hari tu saya tak bernasib baik,
Saya minta tambah gula untuk teh o ais limau mak saya, elok2 saya tanya “pakcik minta tambah gula boleh?” Pakcik tu jawab apa? “Ni teh o ais limau kan?” Saya angguk “Patutnya masamlah kan?” sambil buat muka tak puas hati tambah gula depan saya.
Sah2 la saya dah malu & terkedu disitu seolah2 mintak ditambah apa yang kurang sebagai satu kesalahan. Taktahulah pula kalau isu ni isu kecil pada korang.
Ketiga, soal berborak waktu tidur, mungkin salah saya tak bercerita habis dalam post sebelum ni, kenapa saya persoalkan?
Saya tidur kurang gemar ada suara bising2 konon saya selfish tak boleh adapt situasi keluarga tapi kenapa KAKAK (anak kesayangan) saya tidur disiang hari,
Waktu saya nak bermain tengok tv dengan anak buah saya, saya yang disuruh diam, perlahankan tv sebab kakak saya nak tidur “eh diam jangan bersembang kakak nak tidur tu letih”. Habistu saya?
Kalau betullah apa yang saya luah itu satu tindakan yang tak patut, tak bersyukur, kenapa kaklong saya memilih untuk menjauh dari makayahnya, memilih jaga keluarga & hati sendiri asbab menjeruk rasa dari kecik hingga ke besar?
Dibanding2kan, tak dihargai sebagai anak, bila susah, nak apa2 cari kaklong & suaminya, pemberian hadiah kaklong tak pula dipakai (walaupun diminta sebelum itu), bila nak bergembira, nak happy2 walaupun dalam keadaan tak sihat sanggup cari anak kesayangannya.
Dah lebih setahun kaklong tak balik kampung, tak bertanya khabar ke mak ayah. Sanggup berkata ke kaklong saya(awal2 berumahtangga) “nanti anak kau cari pengasuh la ye, mak taklarat nak jaga” (anak kaklong lahir dulu).
Tapi bila anak kesayangannya dah dapat anak(lahir beberapa bulan selepas itu) mak saya sanggup jaga selama 2 tahun. Meleleh air mata kaklong bercerita ke saya hal ini. Kalau macamtu salah la ye apa yang kaklong saya rasa?
Bila kaklong dah memilih menjauhkan diri, kebahgiaan sendiri baru nak sebut “selalu dia yang hantar makanan, barang2 kering, belanja itu ini, kenapa ye kaklong menjauhkan diri?” (tanpa berfikir kata2, tindak tanduknya selama ni ke kaklong).
Waktu itu saya memang takboleh nak tegakkan apa yang patut, yang betul(backup kak long), nanti dituduh anak tak kenang jasa, anak derhaka. Baru saya tahu yang jadi seorang ibu sewenang2nya boleh jatuh hukum pada anak tanpa mendengar isi hati anak.
Kalau macamtu boleh la kan ayah (sebagai suami) saya jatuhkan hukum isteri derhaka, tak bersyukur ke mak saya asbab cerita keburukan suami, tinggi2 suara ke suami? Membandingkan suami dengan orang lain depan ayah saya? Adil tak macamtu?
Tapi takda pula ayah saya berbuat macamtu. Bila saya tanya ke mak kenapa cakap ayah macamtu, jangan la sebut depan orang tapi dibalas, “aku punya suka la nak cakap,buat apa pun, kau belum kahwin kau tak tahu”.
Itu baru sikit isu yang kaklong & ayah saya menjeruk rasa, ada lebih dari itu tapi saya malas nak bercerita.
Kenapa anak yang tak berapa menjadi tak bekerja bagus yang diremeh2kan, anak yang nampak boleh beri keseronokkan kemewahan, yang kononnya tak melawan cakap, tak menegakkan apa yang BETUL disanjung2?
Walaupun anak lelaki itu pukul isteri ketika mengandung kerana tak bagi duit? Walaupun anak lelaki itu sebagai suami tak cakna hal dalam rumahtangga? Itu la yang saya nampak dalam hidup saya.
Bila si isteri mengadu, mak saya boleh pula berkata “patutnya sabar jela macamana mak sabar dengan ayah, takkan mak nak pukul anak mak tu”.
Saya sebagai anak yang mendengar sangatlah geram & tak bersetuju dalam hati. Tak adil untuk seorang ibu nak menyamakan situasi dia & anak/ menantu.
Ramai orang sangka maksud adil tu adalah sama rata. Contohnya jika ada 2 orang anak, makayah kena beri sama rata kasih sayang. Tapi, setiap anak tu lain-lain keperluannya. Jadi maksud sama rata tu tak tepat.
Adil yang sebenar adalah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul (boleh rujuk kamus DBP). Jadi, makayah perlu agihkan kasih sayang mengikut keperluan masing-masing.
Saya bukan mereka2 cerita, memang ini yang terjadi dalam keluarga saya. Ada banyak lagi isu2 besar yang terjadi yang melibatkan maruah keluarga, tapi tak berminat saya nak luah disini.
Atas sebab2 itu juga cari pasangan & menikah bukanlah keutamaan saya sekarang ni. Seboleh2nya tak nak pun, tapi nanti dituduh melawan fitrah pula.
Cuma satu je saya masih nak persoal, anak tak berhak ke nak luahkan apa yang dirasa? Si isteri & ibu sahaja yang berhak? Yang ada perasaan? Menjadi orang tua, TERPALING makan garam ada tiket la untuk membenarkan apa yang salah? Jatuhkan hukum sesuka hati?
Terima kasih..
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit