salah ke jadi diri aku sendiri?

Salam. Aku nak mintak pendapat korang ni. Macam ni. Aku ni perempuan. Aku ni jenis berpesonaliti extrovert. Tapi aku extrovert dlm social medias la mostly. Aku ni jenis tak ramai kawan rapat. Aku jenis keep only few close friends yg memang aku percaya sbb aku ni jenis hidup dlm dunia aku je. Aku tak suka lepak-lepak sambil gosip2 mcm most girls do. Aku memang tak rasa pleasure at all jaga tepi kain orang, tau hal orang itu ini, gosip itu ini. Dlm batch aku, aku la kot among orang yg paling last tau pasal gosip2 ni. Tak pun, aku la bahan kena gosip, selalunya macam tu lah. Kawan2 rapat aku pun jenis mcm tu jugak.

Satu lagi. Aku jenis lone ranger sikit. Tak suka bergeng2 sbb geng2 ni high maintainence. Bukan high maintanence dari segi duit tapi dari segi masa. Kena lepak berjam2, gosip sampai ke laut, kata org macam tu macam ni etc. Aku mmg tak minat semua tu. Aku lagi suka spend masa aku pada benda yg berfaedah. Benda yg boleh mendatangkan duit ke.

Sbb tu aku rasa aku ni sebenarnya introvert dari segi tu. Aku pn confius sebenarnya aku ni extrovert ke introvert sbb kalau depan2 aku jenis tak cerita sgt pasal diri aku melainkan kalau aku rasa percaya kt orang tu. Takpun kalau aku rasa selesa dgn org tu. Aku byk je ckp tp depends on that person. Pendek kata aku ni memang bukan jenis pemalu la.

Tp sebenarnya aku rasa kurang confident dgn diri aku kalau aku tunjuk diri sebenar aku kat kawan batch aku. Aku takut diorang x dpt terima diri aku. Sbb aku ni jenis lain sikit dari kawan2 aku. Diorang semuanya jenis nerd je. Nerd tp ada je yg handal bab gosip and mengumpat org haha. Berapa kerat sgt la yg pandai make up. Kos yg aku amek ni mmg kos orang nerd. Fashionista tu memang takde la kot. Aku and a few je la yg jenis fashionista sikit2. Aku ni mmg lain sikit. Nak cakap camana ye. Aku ni mmg sejak dari kecik lagi ayah aku train aku untuk buat performance kat sana sini. Seawal aku umur 5 thn lagi aku naik pentas sini sana sorang2 main piano. Tapi bila aku dah masuk sekolah menengah, universiti aku dah tak involve sgt dh sbb mak ayah aku nak aku fokus belajar.

Sebab tu kot, aku jenis suka fame sikit kot. Aku ni ada rupa, pandai make up, melawa. Aku memang suka upload gambar aku, kehidupan aku dlm instagram. Dalam fb aku jarang2 sbb aku segan sbb ada lecturer aku dlm tu. Walaupun aku upload aku takde exposed aurat aku ke ape. Cuma aku byk post pasal kehidupan aku, diri aku, suami aku, pets aku, family aku. Aku ni suka menulis satu hal. So panjang berjela jugak la kadang2 aku post tu.

Tu yg aku rasa aku extrovert dari segi social medias. Aku tak kisah pn kalau strangers kenal aku ke ape sbb aku suka la kalau ramai follower ni. Lepas ni blh la aku buat duit kalau follower ramai. Haha. And ye, aku ni memang suka benda melawa2 ni. So aku pun seorang model jugak. Tp model muslimah la. Tapi aku jarang post gambar aku modelling. Aku just post gambar aku jalan2, and selfie aku dgn caption ape yg aku rasa pada hari tu.

Oh ye. Aku ni memang jenis byk thoughts dalam kepala. Terfikir itu ini. Aku tau orang lain pn ada je macam tu tp masalah aku, aku kena keluarkan thoughts aku dlm bentuk words and post kan benda tu baru aku rasa lega. Kalau tak aku rasa otak aku terkongkong. Aku tak tau la korang blh paham ke x haha.

Kalau orang kenal aku depan2, dia xkan tau thoughts aku ni sbb aku tak pandai express dlm bentuk suara tp more to words. Aku memang suka tulis menulis ni and bila ada orang baca walaupun aku tak kenal orang tu, aku rasa lega. Sbb tu aku banyak post and menulis kat social medias sbb tu cara aku express diri aku.

Dah bertahun2 aku asyik berperang dgn diri aku sendiri supaya tak payah nak jadi diri aku sgt. Macam mana kalau kawan2 batch aku x suka aku sbb tu? Tp sejak aku kawen dan suami aku mmg jenis x kisah aku jenis mcm ni, and dia support je asalkan aku happy. Sbb tu lepas aku kawen aku jadi diri aku sendiri. Aku post je apa yg aku rasa apa yg aku nk cerita that day. Dulu aku takut2 sbb aku takut org pk aku macam2 tp skrg aku xkisah. Maybe sbb aku dah ada suami yg syg aku the way I am.

Here comes the problem. Sejak dua menjak ni aku perasan bilangan follower aku berkurang. Kadang2 byk dlm sehari. So aku pn pasang la app unfollower detected tu. And few days afterwards aku terkejut to find out among those yg unfollow aku tu rupanya batchmate aku je, yg baik giler kat aku kalau depan2. Perempuan la I mean. Kalau lelaki aku mmg tak kisah. And aku tak kisah kalau strangers. Tp ni kawan2 aku yg aku kenal, yg pernah galakkan aku jadi model bagai.

Aku pn terfikir la. Adakah aku ni menyebabkan org menyampah dgn post2 aku? Almaklumlah aku jenis byk buat appreciation post, especially pasal suami aku. Aku tanya suami aku pasal tu. Post aku ni menyebabkan org menyampah ke? Kot2 selfie aku tu diorang nak muntah ke. Gambar suami aku tu menyebabkan diorg muntah tak sudah ke. Tapi suami aku cakap ok je. Dia baca je post2 aku. Suami tu memang jenis introvert gila. Dia ni memang confirm introvert, lain terus personaliti dia dgn aku. Mcm langit dgn bumi tp kitorg selesa je dgn masing2.

Aku terasa jugak dgn kawan2 aku bila diorg unfollow mcm tu. Kenapa unfollow? Tak suka aku ke camana. Ke menyampah tgk aku bahagia. And satu lg pasal aku ni. Aku ni memang payah giler nak jealous dgn orang lain. Aku mmg takde perasaan gitu sejak azali lagi. Oh ye. Aku jealous kalau dia pandai akademik je yg menybabkan aku nk study kuat lagi je. Tp dari segi lain aku tak jealous. Aku jenis hidup dlm dunia aku sendiri and cherish dgn apa yg aku ada.

Sorry la kalau korang rasa ni childish tp aku memang ada la terasa sikit dgn kawan2 yg unfollow aku tu. Aku just nk jadi diri sendiri. Tu diri aku. Kalau korang tak leh terima, tak pelah. Aku tak leh nak ubah diri aku dan jadi orang lain supaya orang lain suka aku. Aku memang macam ni. Ni lah diri aku. Aku pun tak leh expect semua org suka aku sbb aku pn ada tak suka orang kan.

Tu aje lah aku nk cerita. Saje nak lepas rasa dlm dada ni haa. Tp kalau korang nak bash ke ape, bash la lembut2 sikit sbb aku ni sensitif sikit orangnya haha. K lah. Sorry byk merepek. Assalam.

– just being myself

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *