Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau aprove.. Saje nak luahkan isi hati. Saya ada kakak ada abang ada adik. Semua dah habis belajar, dah kerja dan dah kahwin. Tapi salah sorang kakak saya suaminya dah meninggal. Sekarang dia tinggal dengan mak ayah kami, anak anak lelaki dia dan sorang anak perempuan tunggal.
Kisah ni pasal anak perempuan dia. Bagi saya tak kesah la kalau dia jenis lambat nak proses maklumat. Masaalah kat sini dia sangat sangat lah malas buat kerja, malas nak bantu orang lain dan berlagak macam bagus sangat. Mak saya selalu sangat bising pasal anak buah saya yang sorang ni. Tolong masak tak nak, basuh baju kutip baju xnak, basuh pinggan cawan bekas kuali pon xnak. Penat kitorang makcik makcik ni nasihat, peringatan, amaran n sokongan moral. Mula mula dia ikut lama lama buat balik perangai. Setiap kerja dia perlu disuruh berkali kali. Dan dia akan buat sambil membentak marah marah. Bayangkan lah mak saya suruh mengaji pon dia boleh baca sambil jerit jerit. Mau tak sakit hati. Umur dah akil bhaliq, tak lama lagi habis sekolah tapi baca alQuran masih merangkak.
Saya pernah bincang pasal hal dia ni dekat mak dia. Apa yang saya dapat maknya back up dia dan salahkan bekas mak mertuanya yang selalu menangkan anak dia bila kena tegur. Bagi saya lah kakak saya ni perlu lebih tegas dan bukan ikutkan saje kehendak anaknya tu. Saya bukan apa cuma kesiankan budak ni nanti akan datang macam mana. Kalau dia xnak berubah sekarang nanti dia duduk jauh (sambung belajar) dengan keluarga macam mana. Mau kena buli dengan kawan2. Atau kalau umur mak ye x panjang. Sape nak jaga dia? Mak saya dah tua. Tak larat nak ikut kehendak dia.
Dan saya juga penah tegur kesalahan budak ni depan maknya. Sampai sekarang maknya dengan saya tak bercakap.. Huhuhu.. Sedih betul saya rasa.. Salah ke saya perihatin tentang anak sedara sendiri. Saya nak dia boleh survive nanti akan datang kalau jadi apa apa kat family dia. Harta peninggalan arwah ayahnya pon xbanyak mane, pastu dah diambil dengan nenek dia belah sana. Nak suh saya jaga memang tak la sbb saya pon ada family sendiri. Bak kata maknye, anak dia bukan anak saya.. Whattt deeee…… Hemmm.. Harap lepas confess ni saya akan istiqamah xkan amik peduli lagi pasal dia. Boleh x gitu?
– Namii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tak payah peduli pasal budak tu. Fokus pada hidup sendiri. Lagipun bukan tanggungjawab kau yg kena bagi nafkah. Biarkan ajo. Fokus matlamat hidup sendiri!!!!!
Imaan Syaqiereen