Salah Ke Tiada Anak?

Hi, assaalamualaikum warga iium confession. Aku harap confesion aku kali ini dapat dipertimbangkan untuk disiarkan dan aku berharap sangat warga iium confession diluar sana dapat memberi sedikit pendapat anda yang aku rasa wajar untuk aku pertimbangkan.

2, 3 hari lepas emak aku tiba-tiba hantar whatapps pada aku berbunyi, “Tak datang tak pe, aku tak kisah!! kau anggaplah aku dah mati, kau kan dah ada mak mertua kau, jawablahh kenapa diam??!! ”

Aku betul2 terkejut dan terkedu dengan mesej tu, mak aku hantar dengan secara tiba-tiba padahal baru je seminggu lepas dia hadir pada jemputan raya dirumahku bersama abang aku. Aku langsung tidak membalas walau sepatah pun mesej tu. Aku betul-betul tersentak dengan kata-kata mak aku. Sengaja aku tidak membalas kerana sebagai tanda aku menghormati dia selaku ibu yang melahirkan aku.

Aku biarkan sahaja mesej tu tersimpan rapi dalam whatapps aku dan menunjukkannya pada suami, syukur suami memahami perasaan aku.. Persoalan aku sekarang aku tak tahu kat mana salah dan silap aku hingga tergamak dia menghantar mesej sebegitu rupa pada aku? kenapa tidak mesej pada anak-anak yang lain, kenapa pada aku seorang?

Biarlah aku jelaskan serba sedikit situasi, Aku ada 5 orang adik- beradik,dalam ramai-ramai hanya aku seorang je yang masih tak dikurniakan anak lagi, hampir 5 tahun jugak lah. Dan di antara mereka, aku lah yang selalu kerap tiap-tiap minggu datang ke rumah kedua ibubapa aku melawat mereka, tak pernah jemu aku datang walau berhabis duit aku untuk mereka. Tidak pernah berkira walau sedikit pon wang saku aku walau diketika aku susah sekalipun tetap wang aku diberi pada mereka.

Cuma bulan syawal hari tu aku tak berapa ada bajet sangat untuk diberi pada mak aku. Jadi aku beritahu beliau yang aku betul-betul kesempitan. Emak aku memang dimulut akan bercakap tidak kisah tapi bila sesekali aku susah dia tetap akan berkata perihal buruk aku.

Masa tulah dia bercakap dengan aku yang anak-anak yang lain tak pernah missed bagi duit kat mak. Dan masa itulah dia tiba-tiba bercerita tentang adik aku yang baru lepas belikan dia pelbagai keperluan rumah dengan harga RM ribuan ringgit. Malah membandingkan aku dengan yang lain. Aku hanya mampu terdiam terfikir di mana silap dan kurangnya aku??

Untuk pengetahuan tiap-tiap bulan aku bagi duit kat mak aku, jarang lah nak missed dan boleh dikira dengan jari, setakat 2, 3 kali lah kalau nak dikira missed tu. Tiap-tiap minggu aku datang melawat. Tiap kali dia sakit or kecemasan nak mintak tolong aku lah orang pertama yang dia cari.

Anak-anak yang lain?? Abang aku jauh kat Nilai, kakak-kakak katanya ada anak kecil (padahal suami kan ada boleh jaga, anak dorang pun tidak lah kecil sangat lingkungan 4, 5 tahun) adik & kakak lagi sorang pulak jenis susah sikit nak harap mintak tolong. Aku je yang senang dengan alasan dia, “aku tak ada anak” padahal dua2 nie lah yang selalu dipuji melangit bagai. Tapi bila bab mintak tolong?? fikirlah sendiri.

Aku tak kisah kalau nak mintak tolong apa-apa sekali pun tapi jangan sampai melabel aku macam tu. Bukankah doa namanya dari seorang ibu. Aku betul-betul terkilan dengan kata-kata mak aku, anak-anak yang lain cukup betul dia jaga perasaan mereka siap jaga hati pasangan mereka sekali (menantu) maklum lah mereka ada anak-anak a.k.a cucu pada mak aku. So nanti dorang kecik hati dah susah tak dapat main dengan cucu lagi dah. Begitu lah kata-kata mak aku yang konon nak jaga hati dorang tu.

Sekarang ni aku betul-betul nampak ketara sangat layanan mak pada aku, totally 360 berubah semenjak kakak aku dah beli kereta baru, adik aku beli kan dia macam-macam dengan harga ribuan bagai, dan semenjak dia dapat tahu ayah aku ada banyak duit. Dan mesej yang korang baca mula-mula itu lah mesej pertama yang aku dapat dari mak selama dalam hidup aku yang berumur genap 30 tahun kat dunia tahun ni. Entah apa lah salah aku pada dia sampai macam nie mesej selayaknya aku terima..

Lepas pada peristiwa tu aku ambil masa untuk tidak melawat dorang lagi dah, betul-betul terkesan sangat kat diri dan perasaan aku, siapa tak terasa hati bila dapat mesej macam tu dari mak sendiri. Aku dah berumah tangga takkan lah baru sekali aku tak datang dah nak bising dan hamun aku macam tu sekali.

Tanggungjawab aku pada suami. Takkan aku nak kena beritahu tiap kali aku tak datang jenguk dorang. Sedangkan ayah/suami aku pun tak pernah kisah, nak datang, datang jela, tak datang tak mengapa. Anak -anak yang lain bila tak dapat datang pun tak ada pun dorang nak beritahu kat mak aku buat senyap je pun. Siap mak aku tak kata apa-apa pun siap cakap, “biarlah dorang tu dah berlaki & ada anak-anak” tapi bila turn aku, Mak aku pulak yang berlebihan siap hamun aku bagai.

Dan aku dapat rasa dia buat aku dan layan aku macam ni sebabkan mungkin aku tak ada anak lagi. Adik-beradik yang lain tak ada pulak dia layan macam ni. Tang aku sikit-sikit ada je salah kat mata dia. Entahhlahhh sesungguhnya allah itu maha mengetahui. Aku anggap ini semua ujian aku. Semoga ada hikmah disebalik semua ini.

Andai korang ditempat aku apa perasaan korang? Apa akan korang buat? Salah ke aku?? seolah-olah tidak mempunyai anak dah jadi satu kesalahan besar pada dia, siapalah yang mintak perkahwinan tak dikurniakan zuriat? Orang gila je kot.

Ikutkan mahu bergenang air mata nie nak hadap segala tohmahan dan cacian sebab tak ada anak lagi ni. Setakat orang luar aku ok kan je lagi tapi adik n kakak aku dah pernah kata macam-macam kat aku sebabkan benda nie, dan sekarang mak aku pulak??

Allahhuakbar kuatnya ujianmu buatku kali ini.. Semoga disetiap ujian ini kau campakkan hikmah yang lebih baik buataku dan semua pasangan yang senasib dengan aku.

Sekian coretan aku…

– Norza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *