Salahkah Seorang Ibu

Assalamualaikum. Saya mempunyai 5 adik beradik semua dah berkahwin dan mempunyai anak. Semua bahagia dengan kehidupan masing2 sebelum ni tapi setelah berkahwin setiap antara kami mempunyai jurang disebabkan oleh perangai pasangan masing2.

Saya mulakan dengan perangai adik2 yang sangat mudah percayakan isteri melebihi dari Ibu sendiri. Awal perkahwinan masing2 menunjukkan belang dengan mencari kekurangan rumah kami berbanding dengan rumah masing2 sedangkan saya dan kakak saya berkahwin dengan orang kampung dan rumah mertua kami hanyalah rumah papan tapi kami tak pernah merungut dan membandingkan rumah mertua masing2.

Sampailah satu tahap kemarahan Ibu bermula. Salah seorang adik saya isterinya mengandung anak ketiga dan akan berpantang di rumah emaknya yang tak berapa jauh dari rumah Ibu. Ibu sering bertanya khabar n ambil berat tentang anak pertama dan keduanya dan akan ambil untul bawa dia berjalan2 dan satu hari anak2nya tertidur di rumah Ibu.

Jadi Ibu biarkan dia tidur dan tak hantar ke rumah sehinggalah malam, Ibu ingat maknya tak kisah sebab ni pun rumah opahnya dan umah orang yang melahirkan suaminya tapi Ibu silap rupanya mereka sekeluarga bukan betfikiran seperti kami. Anak dan cucu mereka bukanlah boleh dikongsi walaupun Ibu ni waris terdekat. Ibu dimarah mertua adikku atas alasan tak hantar cucu tu pulang ke rumahnya.

Ibu memang sedih dan janji akan hantar pagi esoknya. Paginya Ibu bersiap dan bagi cucunya makan sebelum dihantar pulang tapi belum sempat keluar rumah, mertua, isteri adikku dan adik iparnya datang meluru dan memarahi Ibu. Emaknya dengan lantang mengatakan semua kesalahan Ibu n Ayah.

Ayah ketika itu hanya mampu berdiam diri dengan tindakan seorang perempuan yang bergelar emak dan isteri orang tapi mampu memarahi suami orang lain atas kesalahan yang kecil. Kalau ikut lelaki lain memang kena lempang muka mak mertua adik saya tu kata Ayah. tak hormat perasaan orang.

Mereka pulang dengan rasa kemenangan. Saya bukan kesalkan sebab tu tapi saya kesal dengan sikap adik saya yang menghalalkan setiap perbuatan mereka dan langsung tak menyebelahi apa yang Ibu n Ayah lakukan terhadap anak dia.

Dan adik saya tak pernah ambil tahu pun perkataan2 yang keluar dari keluarga tu yang melukai hati Ibu n Ayah sehingga kini sedangkan setiap perkataan yang keluar dari mulut Ibu n Ayah saya yang diceritakan bulat2 dari isterinya diterima bulat2 tanpa bantah. Untuk makluman pembaca masa kejadian adik saya takde di sini disebakn bertugas jauh.

Dari saat itu, Ibu jadi tawar hati dan adik iparsaya pun tawar hati. Dua2 menyalahkan masing2. Sehinggalah tarikh bersalin hampir tiba Ibu ajak juga Ayah ke hospital untuk melawat. Adik saya ada ketika tu tapi bila Ibu sampai matanya buat2 tak nampak kehadiran mereka menapakla Ibu n Ayah ke katil adik ipar saya barulah adik saya sambut n salam sedangkan dari jauh dia dah nampak kami datang.

Saya ingat saya je yang perasan rupanya Ibu pun perasan terluka lagila hati seorang Ibu. Ibu ingat dengan datangnya kami hilanglah ego isterinya tapi Ibu silap lagi. Dendam tetap ada. Lepas pantang Ibu ada juga pelawa untuk dia datang ke rumah kami tapi berbagai alasan diberi anak yang tak sakit dikatakan sakit untuk tidak memberi peluang kepada kami untuk ambil anaknya.

Dan kami tahu setiap perbuatan kami diceritakan kepada suaminya dengan perasaan yang amat benci terhadap kami. Kami dikatakan tidak datang melawat tgk anak ketiganya, kami dikatakan tak ambil tahu apa yang jadi pada dia dan anak2nya sedangkan kalau kami terlebih ambil tahu kami juga dipersalahkan.

Lepas apa yang jadi, Ibu masih mampu meminta maaf pada isterinya tapi tetap disalah erti kan. Dikatakan memainkan perasaan padahal meminta maaf adalah cara untuk Ibu tenangkan hatinya. Lebih baik meminta maaf dari datang menyerang dan membenci tapi langsung tak pernah minta maaf.

Sampai ke hari ini kami masih mampu tersenyum dan berjumpa dengan ahli keluarganya sedangkan ahli keluarganya nampak kami seolah2 kami halimunan dan kadang2 melarikan diri tapi bila diperkatakan kami dikatakan hanya pemerhatian kami saja padahal keluarga dia ok je. Sedangkan pandang muka kami pun xnak. Hina sangat keluarga kami terhadap mereka.

Kepada pembaca saya nak tanya salahkan seorang Opah, Ibu n Ibu mertua terlalu mengambil berat.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *