Assalamualaikum. Nama saya Tyra (bukan nama sebenar). Saya nak berkongsi cerita tentang pasangan saya.
Saya berkenalan dengan dia dah lebih setahun. Keluarga pun dah berjumpa, dah lalui sesi merisik. Kami plan untuk berkahwin pada bulan 8 tahun ni. Dewan dah booked, hantaran dah beli, serba serbi sikit-sikit kami lengkapkan.
Maaf kalau mungkin perkara ini sedikit membuka aib. Kami berdua pernah terlanjur sebulan selepas kenal, dan saya hamil pertama kali.
Kami berdua decide untuk berjumpa orang tua saya bagi menyatakan hasrat untuk bernikah, tapi orang tua saya tak setuju kerana terlalu awal kenal terus nak nikah.
Kami tak sanggup ceritakan perkara sebenar, jadi saya ambil jalan pintas untuk tidak meneruskan kehamilan saya.
Kami berjanji akan jaga hubungan ni baik-baik, dan tidak ulangi lagi perkara yang dah terjadi.
Hubungan berjalan lancar, namun ada dia perlahan-lahan tunjuk perangainya. Dia mudah marah, mudah menjerit, cekik, hentam, dan memaki. Cuma pada saya je, bukan pada orang lain.
Pernah kepala saya benjol kena tolak ke cermin tingkap, mata lebam kena siku, dan semuanya terjadi tanpa keluarga saya tahu. Saya tak nak buka aib dia dan tak nak keruhkan lagi keadaan.
Sampailah satu ketika kami bergaduh, saya cakap “Kau jantan tak guna” dan oleh sebab itu dia beritahu aib kami yang kami simpan selama ni pada keluarga kami berdua.
Maka mula la ahli keluarga masuk campur, hubungan yang baik selama ni dah jadi tak berapa baik, ibu bapanya kenal saya disebabkan aib kami. Dia menyalahkan saya atas setiap apa pun yang terjadi.
Kalau bukan saya yang trigger dia, dia takkan buka aib kami. Tapi saya rasa seperti saya tak bersalah. Bukankah aib dan dosa itu tidak boleh diberitahu pada orang, apatah lagi perbuatan itu adalah atas persetujuan bersama?
Bermula la sesi perkenalan dengan keluarganya. Ibu ayahnya orang baik. Mereka layan saya baik. Walaupun mereka dah tahu saya pernah terlanjur dan gugurkan kandungan hasil dari perbuatan saya dan anak mereka, tapi mereka layan saya baik sekali.
Mereka nasihat, pesan, layan saya macam anak sendiri. Saya jadi malu dengan mereka. Mereka pun pesan jangan beritahu hal yang dah lepas pada keluarga. Cukup siapa yang dah tahu je. Jadi tuptuptup sampai ke tarikh merisik, alhamdulillah semua berjalan lancar.
Selepas merisik, saya ingatkan perangai dia akan berubah. Dia berjanji nak jadi lebih baik, nak jaga hubungan ni sampailah kahwin. Dia sebelum ni pernah bertunang tapi putus.
Dia kata dia terpaksa bertunang dengan perempuan tu sebab berhutang budi banyak, tapi sejauh mana kebenarannya wallahualam saya tak tahu. Pada saya, benda dah lepas jangan diungkit. Cukup kita jalani baik-baik hidup yang sekarang.
Namun selepas merisik, dia ada marah saya, katanya keluarga saya tak suka dia. Sedangkan saya sekeluarga takde cakap apa-apa,
Biasalah orang tua pesan dah merisik ni jaga batas, jangan selalu keluar berdua, jangan itu jangan ini. Itu semuanya normal pada saya, tapi bukan dia.
Perangai memaki dia semakin menjadi-jadi. Badan saya, muka saya dah berapa kali lebam sana sini. Selalu terjadi sebab dia overthinking fikir saya ada lelaki lain, saya curang, saya buat perkara tak baik belakang dia.
Sedangkan saya tak pernah curang pun, saya tak pernah cari lelaki lain walaupun perangai dia macam tu. Dia yang pernah curang, cari perempuan di Omi. Kantoi sebab saya ternampak ada orang mesej dia ajak VC.
Saya bukan jenis check phone pasangan, sebab saya terapkan trust dalam setiap hubungan. Dia pula akan check phone saya tiapkali jumpa.
Saya sendiri tak faham kenapa tapi saya biarkan sebab takde apa pun saya nak sorok.
Bulan 8 ni sepatutnya majlis kami. Tapi baru-baru ni dia memaki saya, dia kata saya perempuan sundal, cari jantan lain, dia fitnah saya bawa balik lelaki sedangkan saya duduk rumah tengok tv je.
Sebelum ni pun saya dah dipanggil macam2 nama, bila abang saya dapat tahu abang saya marah dia. Dia bila dengan keluarga dia tunjuk yang kami okay, takde masalah apa. Tapi bila dengan saya, semua makian keluar.
Bila dah berbaik, minta maaf, janji takkan buat lagi. Menangis, rasa bersalah. Tapi sampai bila?
Saya pilih dia untuk kahwin, jadi kenapa saya nak curang dengan orang yang saya sendiri pilih untuk hidup bersama?
Sekarang ni, jujur saya cakap, hati saya dah tak rasa apa dah. Terlalu buruk fitnah dia pada pasangan sendiri. Dia berulang kali kata dia bersalah pada bekas tunangnya, berhutang, kena bayar bulan-bulan.
Hutangnya 3k. Saya pula sanggup buat loan sebab nak kahwin dengan dia, habis untuk dia je almost 15k. Settle loan motor, saman dia, hutang bekas tunang, hutang tempat kerja lama, dan sebagainya.
Tak dinafikan itu salah satu kebodohan saya, mungkin sebab saya bodoh dan terlalu berfikir baik.
Moga Allah ampunkan dosa saya dan berikan saya jalan keluar dari segala permasalahan. Jauh disudut hati saya sayangkan dia, tapi saya masih berfikir mampukah dia jaga amanah ayah saya bila dia sudah jadi imam saya nanti.
– Tyra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit