Solat

Hi, nama aku Siti berumur 30an dah masih belum berkahwin. Tapi ini bukan confession mengenai pencarian jodoh aku ye.. Ini berkaitan dengan rukun islam kita yang ke-2 mengenai solat.

Baru2 ni ada la berbual kosong dengan kawan aku Mai yang juga berusia 30an dah juga masih belum dikurniakan jodoh. Mai tanya, mana satu pilihan aku, lelaki yang solat tapi malas bekerja, atau yang tak solat tapi rajin bekerja.

Aku tanya dia balik soalan yang sama. Kata Mai, dia akan pilih lelaki yang tidak solat tapi rajin bekerja kerana dia tidak suka lelaki yang malas, dan selepas kahwin dia akan cuba ajak suami dia berubah jadi rajin solat.

Jawapan aku pulak, jika terpaksa pilih aku akan pilih yang solat tapi tidak rajin bekerja. Ini kalau terpaksa pilih ye, sebab kalau nak ikutkan.. kedua2nya pun aku tak akan pilih. Hahaha..

Berbalik kepada persoalan dan jawapan tersebut, kenapa jawapan aku dan mai berbeza. Mai dilahirkan dalam family yang semuanya solat & menjaga agama. Aku kenal Mai sejak dari umur 18 tahun, jadi aku memang kenal family dia.

Family Mai tidak la terlalu warak, tapi secara keseluruhan family dia, mak ayah, tok nenek, pakcik makcik, sepupu sepapat & adik beradik semuanya menjaga solat.

Jadi boleh dikatakan Mai ni tak pernah tahu macam mana keadaanya bila sesuatu family tu tak menjaga solat.

Mai tak tahu, apa akan jadi kalau ketua sesuatu keluarga tu tak solat atau pun tidak menjga solat. Dan bagi aku Mai sangat beruntung dilahirkan didalam keluarga yang menjaga solat.

Berbeza dengan aku. Ini bukan membuka aib ye.. sekadar perkongsian untuk kita sama2 jadikan pengajaran. Aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak menjaga solat. Waktu kecil seingat aku mak abah jarang bersolat.

Alhamdulillah, sekarang mak dan abah dah solat penuh, tapi kesan kepada adik beradik aku sangatlah besar. Kami tidak dididik dengan solat, masa remaja aku hanya cukup solat bila mana aku di asrama.

Bila balik kerumah aku tak solat, abang dan adik2 aku pun sama. Btw, adik beradik aku semua lelaki. Mak kadang2 ada tegur, tapi abah tak pernah tegur. Jadinye semakin kami membesar, semakin kami hanyut.

Sekarang masing2 dan besar, kebanyakkan dah berkahwin dan ada family sendiri. Walaupun aku tengok mana yang dah berkahwin tu dah ada effort untuk solat. Tapi jarang sangat aku tengok dorang solat penuh.

Tinggal solat tu macam suatu yang sangat mudah sebab itu dah jadi kebiasaan family aku.

Anak2 buah aku pun tidak dibiasakan dengan solat. Yela, dah ayah tak solat, macam mana anak nak solat kan? Aku pernah suruh anak buah aku solat, tapi dia cakap papa dia tak suruh pun.. huhu.

Yang belum berkahwin solat hanya bila mak aku tegur. Ya, mak aku rajin tegur sekarang, sedar kesilapan dia dulu tak menitik beratkan tentang kewajipan solat..

Tapi bila sesuatu dah jadi kebiasaan dalam diri, memang susah nak ubah. Masing2 pun dah tua, kalau nk berubah kena atas usaha sendiri & atas kesedaran sendiri.

Aku Alhamdulillah, diberikan kekuatan untuk berubah. Solat sudah cukup dan sedang cuba qada’ balik solat2 yang aku dah tinggal dulu.

Susah, sangat susah masa aku mula2 nk cukupkan solat. Yela, dah kebiasaan untuk tinggal solat, jadi bila nak mula cukupkan solat tu memang berat sangat rasa. Tambah2 aku dikelilingi oleh family yang tidak menjaga solat. Sangat lah susah..

Tapi Alhamdulillah, slow2 aku berubah. Aku cuba juga untuk nasihat abang n adik2 aku… tapi macam tu je la.. kadang dorang dengar, tapi selalunya nasihat aku seperti angin yang lalu je untuk dorang.

Sekarang ni aku hanya mampu berdoa. Semoga family aku nanti semua menunaikan solat sepenuhnya dan dapat berkumpul bersama2 di syurga.

Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil dari kisah aku ni.. tolonglah… tolonglah jaga solat.

Kerana jika ketua sesuatu keluarga tu tak menjaga solat, besar kemungkinan perkara tersebut akan berlarutan sehingga kepada keturunan kita yang seterusnya. Sangat besar kesannya.

Bila kita dah tua dan baru nak nasihat anak cucu kita untuk solat, susah ye. Sangat susah. Contoh mak dan abah aku sekarang. Aku tahu dorang sedih tengok anak cucu tidak menjaga solat.

Mak pernah cakap salah dia tak didik kami betul2 masa kami kecil dulu, sekarang bila dah besar, mak nasihat pun tak lekat dekat hati disebabkan meringgankan kewajipan solat dah menjadi kebiasaan bagi family kami.

Mohon doa dari semua pembaca agar doakan kami. Doakan family aku dapat berubah dan menjadi muslim yang lebih baik.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *