Salahkah Aku?

Hi, saya wanita bujang yang mencecah 34 tahun, bekerja dalam bidang professional. Saya cuma nak minta pendapat kerana dibelengu rasa bersalah tapi dalam masa yang sama saya tak rasa saya bersalah. Huhu..

So, dipendekkan cerita saya berkenalan dengan seorang lelaki yang usianya tua 5 tahun dari saya yang saya namakan Iskandar.

Kami berkenalan pada usia saya 29 tahun dengan tujuan mendirikan rumah tangga. Iskandar seorang penjawat awam Gred 44 yang mempunyai kerja yang stabil.

Masuk tahun ke-2 perkenalan kami, beliau sudah pun membeli rumah tanpa bertanyakan saya dahulu. Agak terasa hati disitu, tapi saya hanya pendamkan sebab fikir yang kami masih belum mempunyai apa-apa ikatan.

Disebabkan perasaan tidak senang, saya mula persoalkan tentang hubungan kami. Saya mula minta dia datang rumah untuk berkenalan dengan ibu bapa, namun hampa.

Setiap kali saya timbulkan isu perkahwinan, dia pasti mengelak. Dah berkali juga saya tanya apa yang halangan untuk kami berkahwin, tapi tiada jawapan.

Saya semakin ‘anxious’ memandang usia dah semakin lanjut. Lelaki mungkin tiada masalah untuk berkahwin lambat, tapi suka atau tidak wanita ada ‘expiration date’.

Masuk tahun ke-5 (last year), saya bertanya lagi soal perkahwinan. Alhamdulillah, dia cakap next year (2025). Saya kata, tunggu saya balik bercuti dari Osaka pada awal Disember 2024 then kita bincang.

Balik trip, saya send video Checklist Pertunangan dengan harapan dia akan buka topik ni. Sebab saya dah malu nak tanya banyak2 kali, macam memaksa pulak.

Tapi as expected, hambar. At this moment, hati saya dah tawar-setawarnya. Ibu ayah pun dah nampak macam tak restu.

One fine day, ada someone DM di Instagram ingin berkenalan. Disebabkan dia orang dekat dan ada kenalan saya yang kenal dengannya, saya bersetuju untuk berjumpa walaupun baru seminggu berkenalan.

First time berjumpa, saya mendapat princess treatment dari dia. Very respectful, decisive dan full of humour. That time, saya tersedar yang selama 5 tahun saya berada dalam toxic relationship.

This new guy hadiahkan seutas gelang tangan (bukan yang mahal, just yang biasa beli di kiosk kecil dalam mall). I almost cried. Seriously.

Secara jujurnya, dalam 5 tahun perkenalan saya tak pernah dapat apa-apa hadiah. So, enough is enough.

Balik, saya terus mesej Iskandar yang saya nak end our relationship.

Iskandar menyalahkan saya, dia kata kami dah berjanji nak kahwin this year. Sampai hati saya katanya. Terus saya rasa bersalah. Huhuhu..

Am I guilty for choosing my own happiness?

– Miss Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. nope you good … you have done well. Tp jgn lupa istikarah. Apa2 keputusan istikarah (2 rakaat jer).

  2. Daisy, awak dah beri peluang selama 5 tahun pada Is. tapi dia yang tidak ambil serius. awak tak bersalah dan tak perlu dibelenggu rasa bersalah. Lupakan terus dia, Jalan terus ke depan mencipta masa depan yang lebih gemilang.

  3. yess u tak perlu bersalah. mostly lelaki kalau betul nak kit, takde nya lelama nak bercinta. just choose ur happiness. 5 tahun tetiba nak end relay dia cakap psal kahwin ek. hahaha

  4. Jika serious suruh hantar tanda. Itulah yg lebih baik. Kamu berhak memilih lelaki yg baik sebagai pasangan, teliti latar belakang juga

  5. Awk baru 5 thn diperam.
    Kwn sy ni bercinta dr sekolah smpailah 9 thn lamanya.Si lelaki lnsg x pnh htr cincin tnda.Selalu kwn sy ngadu kt kwn2 ofis mtk pendapat.Ada 1 kakak ni ckp..lelaki kalau dia serius nk kita dia akan ikat cincin jmpa famili kita..dan tmpoh tunang plak ada masanya pula bkn bertahun2

    Kwn i derita bertanyakan hal kahwin dkt laki ni tp mcm biasa mcm2 alasan..entah apa yg dia nak.

    End up dorg pts sebab kwn i dah kwn dgn org lain.Dan lelaki ni x smpai setahun tiba2 knl dgn kwn sekerja dia trs kwen…awk rasa??dia dh habiskan masa kwn sy setia dgn dia 9 thn…agaknya mmg dia xnk cuma x berani nk mtk pts..walahualam.X berani nk komen ht manusia kan

    Mcm kes awk ni..berhati2 juga dgn lelaki yg br awk temui ni.Takut kena love bombing.Awk google apa tu love bombing.Awl2 dia buat mcm2 utk menangi ht awk..tiba2 dia akn menghilang lps dh dpt apa dia nk..sy dh kena..ht2 la awk..lelaki zmn skrg sgt2 rumit utk difahami.
    Buatlah istikorah mtk petunjuk dr Allah dan belajarlah lebih dlm ilmu ttg psikology seorg lelaki berdsarkn sikap dia

  6. Salam Dik. Satu je la nak cakap. Lelaki kalau dia betul-betul nak dan fall in love, tak ada maknanya kami nak hold bertahun-tahun. Kami kalau boleh lagi cepat nikah lagi bagus. Tak ada la nak menanggung dosa lama-lama bercinta.

    Untuk lelaki kedua tu, adik buatlah solat istikharah. Minta petunjuk Allah. Risau love bombing or saja nak test market. Lagi2 adik dah umo 30 an. Ada ya geng2 laki saje nak game perempuan 30an nak dptkn duit, body etc sbb mereka dah stabil dari segi kewangan. Hati2 dan banykkan berdoa.

    • Setuju dgn abg ibrahim.Kebanyakan perempuan umo 30an dorg akan mula terdesak nak cr psgn kdg sampai sanggup korban segalanya duit..body sebab percayakan lelaki tu..pdhl…cuma digula gulakan

      Umur 30an pun masih boleh di grooming oleh lelaki jht ya…bg wanita yg naif x tahu apa2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *