Nama aku Nadhir (bukan nama sebenar), umur aku belum menjangkau 30 tahun lagi. Aku lahir di salah sebuah negeri utara tanah air.
Aku dah berkahwin, isteri aku orang pantai timur umur dia dah pun masuk 30 tahun. Jadi maknanya isteri aku lebih tua dari aku la, tapi korang orang tetap cakap aku lebih tua dari dia sebab dia rendah.
Untuk pengetahuan korang isteri aku OKU (orang kelainan upaya) (fizikal) Kami ada anak sorang umur 4 tahun perempuan. Aku sayang anak bini aku.
Pada tahun pertama perkahwinan aku terlibat dalam kemalangan jalan raya, kecederaan di bahagian kepala, seminggu juga la aku koma.
Berdasarkan orang cerita sebulan jugak la aku berperangai macam budak-budak, kawan aku cerita isteri aku la yang jaga aku, siapa lagi kan. Walaupun banyak kali dah aku tolak dia, aku marah2 dia dan Macam2 la aku buat, tapi dia tetap sabar.
Tambah plak dalam aku keadaan koma ada collector datang mintak bayar hutang kat isteri aku. Sebelum aku kemalangan aku ada buat pinjaman wang berlesen, aku tak bagitahu pun aku buat pinjaman.
Kawan aku cakap dia kesian tengok bini aku… gaji aku semua bini aku bayar hutang collector tu. Plus tekanan dari parents dia dan aku.
Adik beradik aku lagi push dia jadi macam dorang hatta mandikan Anak pun kena ikut cara adik beradik perempuan aku makna kata kakak2 aku la. Nak layan aku yang waktu tu tak berapa nak betul lagi pemikiran.
Bila aku dah sembuh, ayah aku uruskan duit pampasan aku. Salah seorang kakak aku cakap
“Haaa duit pampasan tu nanti bagi la sikit kat kami, jaga kau waktu kau sakit dengan perangai hauk kau lagi”
“Bini kau boleh cari yang lain, keluarga kau tak boleh cari yang lain “
Dorang tak puas hati dekat bini aku, sebab bini aku tak ngam dengan Dorang dari segala aspek la. Aku kesian dekat bini aku dari mula kawin sampai la sekarang.
Bini aku orang kampung, dia nie macam lurus sikit, tapi korang tak tahu dia nie ada ijazah. Tapi yea la dia tak dapat la kerja berdasarkan ijazah dia. Dia sebelum nie sales marketing. Tapi sebab company dia kerja tu bankrap dia diberhentikan kerja. Aku la yang kerja sorang.
Sebelum aku terlibat dalam kemalangan aku pernah jumpa surat tawaran untuk dia sambung master di UKM, aku tanya dia nak pergi ke dia jawab
“Nanti anak siapa yang nak jaga”
Tapi aku tahu kenapa, sebab pekerjaan aku yang gaji cukup makan, dia nak kerja semua dia dah mohon termasuk la kerja kedai makan lorong rumah sewa kami NIE ha.. tapi orang tak nak ambil risiko ambik dia kerja.
Berbalik cerita pasal keluarga aku, selepas 6 bulan aku tak kerja sebab kemalangan aku dah start kerja. Dalam sebulan aku kerja aku nak bina balik hidup kami anak beranak, mak aku ditakdirkan sakit.
Nak cari rumah sewa balik faham2 je la kalau dah sampai 6 bulan tak kerja siapa nak bagi duduk free. Tuan rumah tu cakap elok-elok kat bini aku tu yang penting. Kepantangan aku, aku tak boleh dengar orang marah bini aku, aku cepat panas.
Kakak aku jaga mak aku, itu pun mak aku yang mintak sebab mak aku segan dengan bini aku, ye la dah jaga aku 6 bulan, lepastu nak jaga plak dia. Itu pun jadi isu, lama2 mak aku plak yang macam tak suka kat bini aku.
Ye la sebab bini aku lepas dia masak2, kemas rumah dia akan duduk je dalam bilik. Bini aku cakap dia panas nak buka tudung, ada plak suami kakak aku yang duduk sekali, kalau masa ipar aku kerja bini aku duduk la luar macam tu la sebaliknya.
Dorang cakap bini aku, tak pandai bergaul dengan dorang, duduk je dalam bilik, masak tak sedap kemas rumah tak pandai. Kebetulan anak sedara aku dapat straight “A”.
Dorang sindir mak cik tak pandai nak bagi penghargaan kat anak buah. Depan bini aku plak tu, kejadian ni masa aku pergi kerja. Bini aku jawab
“Anak kakak saya ujian UPKK pun straight A, saya tak bagi apa2 pun, kakak saya tak marah pun, anak buah saya tetap Sayang kan saya”
Kakak aku menyirap sebab dia memang tak suka kalau orang lawan cakap dia, bagi dia apa yang keluar dari mulut dia tu semua betul.
Start pada kejadian tersebut isteri aku di pulau kan, sebab selama NIE dia diam, dia menjawab sekali orang tak terima.
Orang mesti tertanya kan apa yang dia buat dalam bilik, meh sini aku nak cerita. Kan aku cakap bini aku ada degree, so dia buat blog… Cerita cerpen la. Dapat LA income sikit kat situ.
Itu pun kakak2 aku sindir bini aku, kerja tak menentu sampai panggil bini aku tu “anak tak guna”.
Pada suatu hari, perangai isteri aku berubah perangai dia banyak diam dari bercerita, aku balik dari kerja dia akan keluar bilik hidangkan makan aku. Aku dah start tak sedap hati ye la kadang kadang aku dengar dia nangis, tapi bila aku tanya dia cakap dia teringat arwah mak dia.
Aku dah mula risau, sebab dia macam nak mengelak je dari aku, dan korang tahu dia tak pernah minta duit kat aku. Susu Pampers anak tu dia guna duit simpanan dia. Aku tengok dia pun dah makin susut dah badan.
Satu hari aku jumpa plastik maggie dalam almari baju, aku tanya isteri aku
“Sayang makan dalam bilik ke” dia angguk je
Sumpah aku rasa pelik, selepas tu aku nak ambil telefon aku tengah cas, kebetulan plak telefon dia pun dia cas, dia gelabah macam aku nak ambil fon dia. Aku dah rasa macam lagi pelik. Tapi aku diam je.
Suatu malam aku tengok isteri aku dah tidur nyenyak, aku diam2 ambik telefon dia, apa rahsia terbesar sangat.
Aku cek whatsapp dia, baru aku tahu kenapa dia berubah perangai, family aku serang dia, cakap bini aku tak layak satu sen pun duit pampasan aku.
Siap ugut kalau bini aku mintak duit kat aku, sampai dorang tak dapat hak dalam duit pampasan Dorang akan hantar bini aku balik rumah ayah dia dah anak Dorang akan jaga plus Dorang tak bagi jumpa anak dengan bini aku.
Patutlah setiap malam dia menangis, patut la setiap kali aku bagi duit kat dia, dia tolak. Aku peluk bini aku dalam tidur.
Esoknya aku jumpa kawan aku, aku nak mintak tolong dia carikan rumah sewa untuk kami anak beranak dengan segera. Dalam masa dua hari aku dah dapat rumah jauh dari rumah parents aku. Aku bagi tau family aku, aku nak pindah
Mak aku tanya “bila nak pindah “
Aku jawab “sekarang”
“Lah mak tak dapat la main dengan cucu mak”
Korang tahu sepanjang tempoh dua hari aku nak pindah, dia lagi pendiam dan bila malam aku bawak anak bini aku keluar makan, dia akan makan macam orang kelaparan. Percaya tak lepas dia makan nasi dia minta plak Burger kat aku. Tapi aku layankan sebab tu bini aku.
Bila aku dah pindah, aku cek balik fon bini aku. Aku block kan segala akses whatsapp ke, ig ke dan FB supaya Dorang tak contact bini aku.
Alhamdulillah baru aku dapat bini aku yang dulu, yang ceria dan sentiasa senyum.
Sebelum aku pindah, aku jumpa parents aku dan kakak aku. Aku bagi Amaran kat kakak aku,
“Kau jangan cakap yang bukan-bukan pasal bini aku, kau tak layak,
Kakak aku jawab,
“Kau sayang ye kat si cacat tu, hidup menyusahkan orang, kau dapat yang lebih layak lagi”
Aku senyum,
“Kenapa kau jeles, laki kau tak sayang kau ke, bini aku tetap manusia”…
Maaf mak orang terpaksa cakap kasar dengan anak kesayangan mak…
Salah kah aku jauh bini aku dengan family aku. Tolong la kalian jawab.
– Nadhir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
u do the right thing.
kalau bukan suami yg pertahankan isteri, siape lagi?
oku or not, letak tepi, she’s your wife.
yg confessor ckp pada mak dan kakak pon betul,
mereka tak boleh masuk campur urusan keluarga confessor.