Salahkah Aku?

Assalamualaikum warga pembaca. Saya kenalkan diri saya sebagai M berumur dalam 20 an dan bekerja sebagai barista dia sebuah cafe area KL. Baru mendirikan rumah tangga setahun lebih.

Jarak umur suami saya dengan agak jauh. Suami berusia 30 an dan seorang business. Sebelum saya berkahwin dengan suami dia duda anak satu.

Anak dia lelaki. Masa tu anak dia berusia 2 tahun lebih. Sekarang dah berusia 4 tahun.

Isteri dia meninggal selepas tiga bulan melahirkan anak mereka sebab kanser.

Awal perkenalan kami bermula bila saya pm dia di facebook untuk bertanya kan pasal jualan dia. Lama kelamaan kami jadi kawan.

Bila kami keluar saya akan lebih bertanya kan anak dia berbanding pasal dia dan saya selalu minta dia bawa anak dia bila kami keluar.

Ye saya selesa dengan anak dia. Lagi keletah comel anak dia.

Lebih kurang setahun dia ajak saya berkahwin. Mula2 saya menolak tapi sebab kesian kan anak dia saya pun terima.

Awal perkahwinan kami semua nya baik2 saja. Biasa la awal perkahwinan semua nya akan indah kan.

Saya masih berkerja tapi bertukar kepada part time sebelah pagi saja sebab malam saya nak spend time dengan anak dan suami. Ye saya sayang anak dia macam anak saya.

Awal perkahwinan saya jarang tengok facebook. Masa tu masih lagi belajar jadi wife n ibu instan. Tapi dalam tempoh 3-4 bulan ni saya tergerak nak tengok Facebook suami.

Saya baca semua komen2 di Facebook dia. Mula2 saya okey saja tapi ada satu Komen perempuan ni yang bahasa kan diri suami saya “abang”.

Saya ignore saja tapi setiap kali suami saya post apa2 dia akan komen.

Dan ye suami saya pun turut komen di Facebook dia. Saya perhatikan je 1 bulan lebih.

Dan satu haritu suami saya post gambar kami pergi bercuti di Sabah. Tapi post gambar dia saja.

Memang suami tak pernah post gambar saya dan anak dia. Saya pulak sejenis tak pernah ambil pusing hal tu.

Perempuan tu komen di posting suami saya “nanti abang bawa A pergi sini pulak”.

Saya tanya kepada suami saya. Siapa perempuan ni? Kenapa kerap komen di semua posting you.

Yup dia marah saya. Dia cakap kenapa perlu issue kan benda ni.

Dia hanya seorang kawan. Dan dia warning Saya jangan campur urusan kerja dia. Saya diam.

Tapi hati isteri mana tak cemburu kan. Suami lebih banyak komen like dia Facebook perempuan lain berbanding wife dia sendiri.

Lama kelamaan perangai suami saya banyak berubah. Balik lewat malam. Saya persoalkan semua tu. Tapi akhirnya menjadi pergaduhan.

Saya minta maaf. Sebab mungkin saya yang overthinking. Tapi dua minggu lepas saya terbaca Whatsapp dia. Dan Whatsapp tu dari A.

Hati saya luluh baca setiap Whatsapp perempuan. Saya bertanya lagi dan akhirnya jadi pergaduhan.

Saya minta dia buat pilihan saya atau perempuan tu. Dia pilih perempuan tu alasan sebab saya selalu overthinking pasal dia. Dan dia serabut.

Ya saya memang overthinking sebab kami dulu pun dari seorang kawan. Dan saya berkahwin dengan dia sebab anak dia. Bukan sebab cinta.

Cinta tu datang selepas sebulan kami berkahwin.

Lepas dia buat pilihan tu saya minta izin untuk saya keluar diri rumah dia dan minta dia jangan pisahkan anak dia dengan saya sebab saya dah terlalu sayang kan anak dia.

Saya hanya dia bagi tarikh untuk ke mahkamah untuk proses cerai kami.

Memang ada dia minta maaf dan minta izin untuk dia jelaskan semuanya tapi entah lah. Hati saya dah hancur bila dia cakap dia lebih perempuan tu.

Saya mampu berdoa kalau ada jodoh kami mungkin kami bersama lagi.

Tapi salah ke saya sebagai isteri cemburu?

– Miss I.M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. semoga lelaki bodo macam ni takkan capai kebahagian dalam hidup dia and akan keep on kahwin cerai kahwin cerai.

  2. tak salah awak cemburu, memang tugas awak tahu aktiviti suami, apapun semoga Puan baik2 jer

  3. curious pula, A tu whatsapp apa dengan suami Puan? A tu tahu tak suami sis tu suami orang?
    apa apa pun dalam hal ni, saya salahkan suami Puan. Puan langsung taksalah. siap suruh bawa pergi situ sini… eii sus sangat.

  4. Lepaskan setan tu, sahih guna status duda ngorat sana sini dan conform yg pangei Abg tu tatau cite. Ko post je gambo ko anak beranak pastu tag laki ko bior org nmpk. Cerai tetap proceed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *