Assalamualaikum thank you admin sebab approve cerita aku.
Aku suka baca IIUM confessions ni, macam-macam cerita yang boleh dijadikan ibrah.
Aku dikategorikan sebagai perempuan yang tak la cantik mana, muka aku gelap, jerawat batu penuh di muka. Macam-macam gelaran aku dapat waktu zaman sekolah negro, hitam dan india. Kalau nampak jerawat batu aku dah makin membesar kat pipi, mulalah lelaki ataupun peremuan suka mengejek. Kalau pakai baju sekolah warna putih, digelarnya aku taik cicak. Tuhan saja tahu betapa sedihnya aku, dahla tak cantik, tak pandai pulak tu. Kalau dalam kelas, jarang sangat aku dapat top 20 mesti dapat nombor pun hampir nombor last.
Kadang-kadang aku tertanya juga, kenapa aku ni seorang je gelap dalam ahli keluarga aku, sedangkan adik beradik aku berkulit putih. Kenapa aku pun tak dikurniakan kulit yang putih macam orang lain, ataupun kulit yang bebas jerawat. Susah ke orang nak terima aku macam ni. Teruk sangat ke?. Ada suatu masa, aku bertekad aku taknak zuriat atau keturunan aku rasa apa yang aku rasa. Aku nak kahwin dengan orang putih, at least dapat la gene kulit putih (pemikiran waktu aku zaman remeja memang tak matang).
Sejak daripada tu, aku berazam untuk berjaya dalam pelajaran. Bagi aku, biarlah muka tak cantik, asal perangai dan akademik aku mantap. Bagi aku nak ubah fizikal ni memang sukar, jadi baiklah aku ubah apa yang aku mampu ubah. Aku berazam nak diamkan semua yang orang suka pandang rendah pada aku, dengan kejayaan aku dalam pelajaran.
Aku ingat bila dah besar sikit, dah masuk university, masalah jerawat aku makin berkurang tapi tak sama sekali. Dah bermacam product aku cuba, dah bermacam klinik kulit aku pergi semua kurang membuahkan hasil. Memang down, bila jerawat naik semua akan tanya. Semua akan pandang pelik sangat, waktu aku balik raya, budak kecil umur 4 tahu siap tanya kenapa ada banyak batu kat muka aku?. Memang down habis, sebab budak kecil pun perasan muka aku ni teruk. Tapi, aku mampu senyum sambil menangis dalam hati dan diamkan saja sebab tu budak kecil. Salah ke ada jerawat? Bukan aku yang mintak semua ni jadi, takde button jerawat pun kat muka, aku tak boleh nak control pun ketidakseimbangan hormone aku ni.
Pernah sekali aku menangis dan mengadu pada ibu aku, ibu aku cakap
“ Allah bagi jerawat ni sebagai ujian kecil ni pada awak. Mungkin awak tidak diberikan wajah yang cantik, tapi Allah bagi awak rezeki yang mencurah-curah kat tempat lain. Allah nak tengok awak sabar, sebab Allah nak bagi sesuatu yang sangat besar pada awak. Allah tarik sesuatu dari kita, tapi Allah bagi awak keluarga, pelajaran yang baik dan hidup yang tenang”. Memang aku menangis sebab waktu tu muka aku sangat la teruk, rasa nak pakai purdah je. Nak ambil gambar pun aku mengelak. Sebab obvious muka memang merah dengan jerawat. Aku terfikir, mesti tak de yang akan minat untuk berkahwin dengan aku, sebab muka aku tak cantik.
Dan apa yang dikatakan oleh ibu aku tu semua betul. Allah tak bagi aku rezeki pada kecantikan wajah. Tapi, Allah bagi aku rezeki tempat lain. Alhamdulilah, sekarang aku sedang menyambung pelajaran di sebuah university di benua eropah dengan tajaan biasiswa. Dan aku tak pernah sangka, aku akan dapat biasiswa ni dan berpeluang untuk menggapai cita-cita aku untuk belajar di sini. Tapi, tu semua takdir Allah. Kita hanya merancang Allah menentukan. Allah itu adil dan sesungguhnya rezeki di bumi Allah luas sangat. Walapun belum mencech pertengahan 20-an, alhamdulilah aku mampu untuk menolong keluarga aku. Aku sekarang masih lagi dalam fasa merawat jerawat, tapi keyakinan aku dah bertambah. Aku pasti suatu hari nanti muka aku akan okay jugak. Berkaitan dengan jodoh aku ketepikan dulu,mungkin bakal suami aku seorang yang ikhlas menerima aku bukan kerana rupa paras semata-mata.
Biarlah muka berjerawat asalkan hati tidak bejerawat. Yang diingati itu bukanlah rupa paras, tapi sumbangan dan budi yang baik itu akan dikenang hingga akhir hayat.
-Miss J-
– Miss J
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
heheehe … cuba kan jangan pakai produk apa2 …kalau jerawat naik jangan makan benda yg gatal2 (kot) atau benda yg menggalakkan jerawat naik . aku ni tak cerah jugak , tp orang selalu tanya pakai produk apa kulit bersih je . aku cakap produk jenama wudhu . hahaha . takde lah , aku tak pakai produk apa pun , cuci ngan air bersih je . takde nak tepek2 segala mak nenek pencuci ke sabun ke , plus aku pun tak bermekap . pakai bedak carrie junior anak aku je . huhu
Saya rasa kena jumpa pakar, gov pun ada dptkan nasihat doc. Kemudian awk cuba try jaga pemakanan dan faktor menyebabkan awk berjerawat,pastu bila da ok sikit cuba product2 yang ada dlm pasaran skrg. Insyallah bole putoh dan hilang jerawat. Aura men shake shake u all.
aku ada sorang kawan zaman sek dulu… dia pandai gila tp selalu cakap dia tak cantik (dia putih chubby sikit, bukan la hodoh pun).. then aku tanya kalau dia ada anak, dia nak anak cantik tp tak pandai ke anak yg kurang cantik tp pandai.. dia diam sblm ckp lbh baik yg pandai.. sbb at last cantik tu tak bawa ke mana (unless nk jd artis or model) Yg bawa dia terbang jauh adalah otak dia yg cerdik tu.. Dia dah jd doktor skrg graduate oversea. Dah kahwin, ada laki baik n ada anak comel. Aku yg dia kata comel ni kahwin pun blm kerja biasa2 je dr dia.
You are not alone sis. Your life story is pretty much like mine
Tahniah sis..besnye dpt smbg lua.. Very inspiring
Sedih oo bab2 ni. Main an muka ni. Sy msa lepas f5 berjerawat penuh satu muka tkda lgsg ruang kosong mlainkan pnuh an jerawat saja.
seminggu menangis meratapi nasib tkmau kluar blik tak lalu mkn tak bersemangat nk teruskan hidup. Berbulan2 takmau keluar umah. Rase stress nk marahh je.
Sampaikan arwah nenek bawak p jmpa sorg nenek ni berubat. Nenek ni mmg gifted la nmpk bnda yg kita tk nmpk. Allah bg even umo 90 semua rmbut dia berubah jd hitam semua. Berbalik pada muka td, Puncanya resdung terukk ulat2 berkerumunn dlm mukaa dia kata. Muka dia pon time tu mcm buat serius muka teduh dh la org kedah kata. Allahhu sedihnya time tu.
Mmg low konpiden laaa klo main bab2 ni.
Sokay sis. Saya pun ada jerawat batu besar tetengah dahi ni. Memang perasaan redha tu ada sebab nya time sujud tu sakit plus surrounding ada yang menganjing and not to forget yang support pun ada. Its okay sis just keep reciting prayers and may Allah reward u with something better
Sis, boleh PM saya.
Saya nak hadiahkan sabun habbatus sauda’. Alhamdulillah stakat nie rmai bagi testimoni positif.