masa aku kecil. aku selalu tengok mak dan ayah aku bergaduh depan aku dan adik adik. aku pernah dengar mak aku minta cerai dengan ayah aku. bila aku meningkat dewasa. aku ada pengalaman hampir dibunuh oleh seoarang lelaki. sampai sekarang kalau aku nampak pisau tajam aku akan rasa takut. dan bila aku dah besar. sepupu sepupu sedara sedara aku ramai yang bercerai. ada yang di madu kan. ada yang ditinggalkan tidak bertali.
dan semua perkara ini buat aku takut untuk dekat dengan lelaki. apatah lagi nak bercinta. kawan kawan aku semuanya perempuan. sampailah bila aku masuk uni. kawan sekelas aku ramai lelaki. dan nak tak nak aku kena biasakan diri dengan lelaki. tapi aku hanya boleh anggap lelaki sebagai seorang kawan. aku tak boleh nak anggap lebih pada itu.
nak dijadikan cerita. aku diperkenalkan dengan seorang lelaki ini melalui kawan sekelas aku. lelaki ini melamar aku sebagai isteri. tapi aku memang awal awal lagi tolak kerana aku tak boleh nak atasi perasaan takut aku pada lelaki. lagipun aku perlu fokus pada pelajaran. aku bersyukur sebab lelaki itu faham. sejak itu dia mendiamkan diri dan kami terputus hubungan.
namun setahun kemudian lelaki itu melamar aku sekali lagi. dan sekali lagi aku menolaknya dengan cara baik. alasan aku. aku belum bersedia untuk bergelar isteri ketika belajar. dan sekali lagi lelaki itu mendiamkan diri dan kami terputus hubungan.
dan ketika aku di tahun akhir pengajian. dia sekali lagi melamar aku. memandangkan ini lamaran dia kali ketiga. aku meminta dia untuk berjumpa dengan keluarga aku. tapi apa yang memeranjatkan aku. dia terus membawa keluarga untuk meminang aku. jadi aku anggap dia benar benar serius. hasil perbincangan kami akan bertunang dalam masa sebulan dan akan berkahwin selepas tiga bulan dari tarikh pertunangan.
aku sangka cerah sampai ke petang. rupanya ribut taufan di tengah hari. lagi dua minggu kami hampir nak bertunang. lelaki itu membatalkan pertunangan. tanpa alasan yang jelas. katanya belum bersedia. terkontang kanting aku ketika itu. air mata jadi peneman siang dan malas.
tujuh bulan selepas itu. aku dapat kad jemputan pernikahan dia. terpana aku. tiga tahun dia tunggu aku. tiga kali datang melamar. mudah mudah sahaja dia bagi alasan tidak bersedia. tup tup, dalam masa tujuh bulan dari kejadian dia bernikah dengan perempuan lain.
sejak itu. hati aku benar benar tawar. segala perkara yang berkaitan dengan cinta perasaan apatah lagi isu kahwin aku buang jauh jauh dari diari hidup aku. aku betul betul fokus pada kerjaya dan keluarga.
dan hari ini. bila usia aku menjejak tiga puluh han. aku penat lagi muak dengan soalan soalan "bila nak kahwin" dari orang sekeliling. aku hanya mampu untuk senyum. walaupun dalam hati aku menjerit. mahu sahaja aku mahu beritahu pada orang sekeliling aku. betapa "trauma" nya aku dengan kisah silam aku.
adakah salah aku untuk rasa takut berkahwin? aku tidak menidakkan suruhan agama suruh berkahwin. tetapi aku tidak dapat melupakan segala apa yang sudah aku lalui sepanjang tiga puluh lima tahun hidup. aku belum bersedia untuk buka hati aku.
masa sekarang aku sudah cukup bahagia dengan ibu bapa keluarga kawan kawan kerjaya yang aku ada. lagi sekali. salahkah andartu?
– unknown
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Sekurang-kurangnya kamu tidak menyalahkan terkena ‘sihir’ atau ‘saka’ macam sesetengah individu yang tak boleh terima kenyataan.
Berbalik kepada cerita kamu. Nasihat yang baik ialah, jika kamu inginkan sesuatu usahakan ke arahnya. Jika ingin punyai keluarga yang baik dan tidak tunggang-langgang, usaha ke arahnya. Jika tidak mahu hidup berkeluarga, terpulang.
Kegagalan dalam hidup hanya berlaku apabila kita berputus asa
Wat lek wat peace.
Hi 5k mmr :3
???
Tak salah pun klu dah terasa xnak kawin biar je lah. Kahwin tu sunat je jgn fikir lebih2 sangat. Follow your heart.
Berdoa lah…hanya Dia yg tau apa yg kamu PERLUKAN
Biar bmadu jgn bcerai berai..kawin jela..ikotkn fobia rmi lg yg ade kisah lg tragis n sedih..tp putaran hidup kne truskn jgk..jgn nnt dh nk expired bru mgelabah nk carik laki..
yang penting jangan ukur semua sama.. berdoalah.. Dekatkan diri dengan Allah sentiasa..mohonlah bantuan Allah.. Wallahu a’lam..