Tumpang confess kat IIUM Confessions. Saya lepasan IPTS dan sedang mencari kerja. Currently doing part time at MY uncle's office. Tukang bancuh kopi dan malam part timer tutor. Bancuh kopi, fotostet dokumen apalah sangat kan, so banyak waktu free. Bila free, saya online la. Bila selalu online ni, terjumpa la IIUM Confession ni. Dua hari juga saya scroll cerita-cerita dalam IIUM Confessions sabtu ahad lepas Wow! Mata terbuka sikit. Mulut ternganga baca kisah-kisah ni. Walaupun agak membazir masa saya, tapi saya yakin, ada sebab kenapa saya ditemukan dengan page ni. Part paling best adalah comment supportive daripada semua commentors. Salute.
Ini lah agaknya UIA kan. Walaupun bukan semua UIA yang komen dan post. Tapi, I feel you. Haha. Okay, back to the topic. Salahkah untuk saya independent?
I am a single woman, looking for job, used to be so independent during my study and never have steady boyfriend, love to travel, always travel with girlfriends, love sports and have a lovely & religious family. I don't think I'm pretty, but people like to call me by that and I am friendly.
Except still looking for a permanent job, am I sound perfect? Haha. Tak pun. Rasa kosong dalam hati ni selalu datang bila tengok kawan2 lain bahagia dengan pasangan. Sekarang duduk dgn uncle & his family sbb nak cari kerja permanent kat KL, cuma jobscope as part timer memang lari bidang sangat2 lah. Gaji pun ciput, sebab tu menyahut seruan Maslan buat #duakerja. Beruntung saya duduk KL dengan keluarga, so makan minum tempat tinggal free. Parent kat kampung dgn adik-beradik lain(diorang kerja kat area rumah). okay, da cukup belum nak cerita details sblm saya start dgn topic? Oh, I'm 27. Belajar dip lepas tu baru ambil ijazah. It took me long to get a degree can't you see? Haha.
Sebab lama sangat belajar, dan saya pulak jenis suka involve dengan society dalam IPT saya, dan interact dgn classmate muda remaja berbanding saya(muda la dua tiga tahun), travel sana sini, selalu buat gap ngan lelaki(sebab depa ni muda pada saya) etc saya dilihat sebagai seorang wanita yang independent.
Ye la, nama pun tua, mestilah lebih matang sikit & adalah seberapa kelumit pengalaman berbanding my colleagues. So, automatically, lebih diharap dan lebih menampakkan ketidak bergantungan kepada orang lain. Haha. Saya okay je dengan semua ni sebenarnya. Sampailah satu masa dalam tahun 2016 ni jugak, mak ayah tegur pasal tak mau kawin lagi ke, sebab adik saya yang muda 3 tahun pada saya dah nak kahwin hujung tahun ni. Kalau boleh, biar lah boleh langsung sekali. Tapi kalau tak dapat pun tak apa. Itu dari family la. Mereka tak paksa, just concern. Takpe. I know they love me. Mak mana tak dapat baca isi hati anak.
Okay, Pastu, dengan tekadnya, saya pi la confess kat kawan sekolah ni haa. Tak ada lah suka sangat2 pun, tapi macam hati ni memang nak dia. haha(tak reti saya nak explain). Berdasarkan pemerhatian dan persekitaran beliau menyebabkan, saya confess. Dia tak bagi jawapan positive. So I take it as no. Dan saya tak rasa pape pun. Sebab da janji dengan diri sendiri, sama ada positive or negative, saya serahkan pada Allah sebab Allah lagi tahu yang terbaik buat saya. Dah buat istikharah lama dah sebelum pergi confess tu. Dah tanya mak ayah jugak. So, bila jadi macam tu, saya cuma teruskan hidup saya macam biasa. Ye la, dia pun bukan lah sesiapa dalam hidup saya pun sebelum n kan. So, perlu ke sedih? Walaupun mak keep tanya, "DikMe okay?" setiap kali call atau balik rumah. Haha. Entahlah. Okay je rasa. Ke tak okay? haha. Mak cakap, kalau tak okay, luahkan kat mak. Tapi saya cerita luahkan kat mak, gelak2 lagi ada. Sebab sebenarnya macam lawak juga pi confess tanpa bagi salam etc kat dia. Haha. Dan saya bagi kata putus kat mak, carikan untuk saya. with T&C laa.
Saya cerita psl kisah atas ni sebab nak bagitau sikap saya yang jenis jujur kalau suka, dan mudah menerima keputusan orang lain.
Itu satu, lepas tu bebrapa minggu ni, asyik dapat nasihat dari kawan2 utk jadi lebih approachable dgn lelaki dan jgn tunjuk sangat yang diri tu independent. Hmm. Dan saya masih fikir dan terus berfikir sampai saat ini. Adakah lelaki tak mendekati saya sebab saya terlalu independent? Salahkan untuk jadi independent?
Saya ada keluarga yang menyayangi saya. Kasih sayang alhamdulillah cukup. Saya berdikari sekarang bukan bermakna saya tak perlukan lelaki dalam hidup. Tapi, sementara x ada suami ni, perlulah berdikari kan. Nak tolong mak ayah semua. Saya tegas bila deal ngan lelaki bukan bermaksud saya x perlukan lelaki dalam hidup, cuma saya rasa saya nak simpan sweet, lembut, manis saya depan suami je. Saya tak kisah orang fikir pasal saya bukan sebab saya anti-social, tapi sebab saya tahu, kita akan penat kalau kita letakkan pandangan orang lebih utama mengatasi pandangan Allah pada kita.
Saya masih perempuan normal, yang sudah menghampiri umur andartu, itu saya tahu. Mungkin boleh dapat pandangan dari commentor2 IIUM Confesssions. Salahkah saya independent? Kalau tak salah, tolong explain details kenapa. Kalau salah, tolong bagi reason kenapa juga.
Terima kasih luang masa baca,. Moga Allah berkati masa kalian.
– Me
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Semoga Allah permudahkan urusan jodoh sis. Aameen
I feel u..was in similar shoes in term of being independent. Allahumma yassir.moga u cepat dpt jodoh yg baik2..amiin
Hurm aku suka perempuan yg independent. Tp maybe betol kn perempuan cmtu susah nk approach.
This is a chance. Pls approach haha
Confessor pon xtaw sapa. Haha
Hahaha confessor pls pm.
Apa yg awak buat ni da betul da. Cuma kalau nak fikirkan psl another stage of life tu awk kena bukak peluang kpd org lain utk org lain sng nak approach awk. Ikhtilat da mantap awak mintak mak ayah awak carikan. Mesti diorg ramai member yg ada anak tu. Cara lain pun, awak pi register dkt baitulmuslim.com , diorg akan carikan utk awak. Itu paling mudah yg sy syorkan. Tapi kalau awk nak cari yg ikut taste awak,awak kena usaha sikit.. awak boleh rapat2kan kembali ikatan-2 yg lama terputus. Eh?
saya pun independent maybe sebab anak atas…byk adik2 lg membuatkan seorg perempuan tu independent.. as long as akak byk berdoa, usaha dan letakkan pengharapan yg tggi kpd ALLAH..everything must be fine…cuma cepat @ lambat je..setiap orang Allah dah tentukan perjalanan hidup kita masing2 sblum kita lahir lg.. maybe ade sb Allah xbg skrg, but later akak akn dpt the best from Allah..sabarlah and keep strong :)
1. everything happen for a reason .
2. kdg mmg ade lelaki yg jnis tk suke pompuan indi. mgkin yg awk jmpe b4 this mcm tu .
3. yg terbaik selalu dtg lmbt. keep praying dan usaha .
Aku mcm confessor 98%..betul dah kau buat tu …kau kne tgok bab lain juga..attitude ke .?
Baru umo 27 dah nak menghampiri andartu ek.? Hahaha
org perempuan kn.. lau org laki pggl pe ye?
Naikhantu
Mungkinlah..aku punye pemikiran pon lebih kurang macam ko..da terbiasa berdikari..da sebati dgn diri..aku pulak da 28 thn ni..masih sendiri..tp kalau betol la berat jodoh ni sbb independent sgt,cmne nak tuka jd dependent?xperlulah..Allah jaga diri adik drpd lelaki2 yg xpatut..so,dunworry eh..fokus untuk upgrade iman n hubungan dgn Allah..the rest Allah akan tlg aturkan utk adik..hati manusia Allah yg pegang..doa byk2 eh..goodluck to us!