Salahke aku nak berniqab?

Assalamualaikum. aku bukan student.dah habis belajar. sekarang kerja. kerja sales. banyak jumpa pelbagai bangsa and agama.

aku bukanlah niqabis tegar. aku jugak bukanlah geng geng tudung labuh yang sangat sangat sopan.

kehidupan aku.1st sekolah agama lepastu masuk matrik masuk uni aku culture shock. mak ayah ingat aku anak paling sempurna tapi aku memacam aku buat.

tapi Allah tu Arrahman Arrahim.
Maha pengasih Maha penyayang.
and doa mak tu mustajab.
Aku sentiasa dikelilingi sahabat2 baik yang geng geng surau tudung labuh ni.

tu zaman uni.
lepas uni, aku dapat kerja.
kerja yang banyak jumpa orang. banyak bangsa banyak agama.
aku tau sekarang orang banyak kecam orang yang berniqab. selfie lah. fesyen lah. tak jaga ikhtilat lah. pakai on off on off lah. buat pengetahuan semua, aku adalah niqabis yang pakai on off.pakai bila bukan waktu kerja, contoh shopping complex ke jenjalan ke beraya ke, tapi pegi kerja aku tak pakai. aku adalah niqabis yang bila makan, aku bukak je niqab aku. sebab pada aku. aku nak makan, bukan nak pandang orang sekeliling. dan aku tak pandai makan bawah niqab. aku dah cuba. tapi aku asyik bagi tudung yang makan, bukan mulut.

orang tanya aku kenapa aku pakai niqab?
terus terang aku jawab, sebab aku nak jadi Solehah. walaupun perangai macam hantu. aku nak jugak jadi Solehah. walaupun aku terpaksa merangkak pun.
mesti, korang cakap kalau tak pakai niqab pun boleh jadi solehah kan?
hmm, ni cara aku. sebab aku dulu seorang yang berkawan dengan ramai gila lelaki. aku macam macam bestfriend lelaki aku ada. aku perasan yang aku tak boleh terus macam ni. yelah, geng lepak, geng konfes, geng surau pun lelaki weyh.
sembang rancak, lepak lepak mamak 2 3 pagi, abang angkat, lecturer angkat. ah semua lelaki.
aku ada 2 orang bestfriend perempuan. dua dua jauh dari aku. dua dua tegur aku pasal berkawan dengan lelaki. ikhtilat aku. mulut diorang laser gila. tapi aku terima. lama2 aku pikir jugak.
sebab Allah hantar diorang untuk tegur aku.

jadi, aku saja pakai niqab 4 bulan yang lalu. on off. aku tak pandang lelaki ni hamba nafsu ke apa ke. aku pakai niqab sebab aku rasa aku boleh prevent diri aku. bila aku pakai niqab, aku dah tak lepak2 2 3 pagi kat mamak ngn geng geng lelaki. aku dah tak contact diorang. aku takda lagi luah masalah kat diorang. aku luah kat mak aku and paling penting aku luah kat Allah. aku tak delah pergi karaoke ngan niqab. tapi wayang tu adalah.
tulah cara merangkak aku jadi Solehah.
walaupun macam mana zaman sekarang ni orang berniqab dikecam, aku buat selamba tenuk, sebab aku pakai bukan lah sebab muka aku persis nora danish ke neelofa ke tapi iras iras emma watson tu adalah sikit.

aku pakai sebab aku tau niat aku. aku pendosa. tiap hari tiap minit. ada ja dosa. so, untuk kurangkan and prevent dari aku buat dosa mendatang, aku pun pakai dan Allah maha mengetahui sedangkan kita tak mengetahui.

kalau nak ikutkan hati, yelah. asyik kena kecam je. kita pun hati tisu jugak. sedara mara nak kecam kawan nak kecam stranger nak kecam. memang nak berhenti pakai. aku pun slow slow. kan aku dah cakap. aku merangkak. bukan berlari. jadi, aku sebenarnya tak faham kenapa orang sering kecam orang berniqab ke tak berniqab ke. sebab kecamlah diri kita sendiri. sebab diri kita berlambak menggununung dosa. bila niqabis buat salah, jangan lah terus kecam dia. doakan dia. doakan semua orang. abis kalau dah 40 orang cakap niqabis ni munafik ke pura2 je ke, takke itu jadi satu doa. sebab segala yang terkeluar dari mulut kita kan doa.

aku ni jenis tak pandang orang niqab tu teruk ke orang freehair tu teruk ke. pada aku, siapa aku nak judge orang sedangkan aku dosa paling banyak. hidayah tu milik Allah. boleh jadi orang yang free hair seksi gila maut tu esoknya jadi orang berniqab. tutup semua. dengan hati2 nya dia tutup kepada maksiat. boleh jadi.

aku terima segala nasihat, kritikan membina dari korang. doakan aku dapat kejar cita cita aku nak jadi Solehah. anak, isteri, ibu dan hamba yang Solehah.

Alfatihah kepada Nabi Muhammad saw, para nabi dan Rasul.

dan

kepada muslimin muslimat.

– pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. kalau rasa berniqab tu bole ubah diri hang kepada yg lebih baik .istiqamahla .. bg aku kalau nak cari redha allah bukan pada niqab ke tak .tp pd hati yg sungguh2 mahukan cinta Allah . pakaian bukan makanan diakhirat kelak .tp iman ,pahala adalah bekalan disana kelak .banyyakkan menghadiri majlis ilmu .smoga redha allah menjadi milikmu

  2. Betul.

    Saya faham perasaan awak. Tambah lagi, walaupun dah tutup aurat. Masih ada lelaki yang ajak lepak, jalan sekali semua. Sampai satu tahap, inilah cara untuk mengelak (untuk menjaga ikhtilat). Since, dah pakai niqab, orang tak kenal kan. Sebab, setiap orang ujiannya berbeza, begitu juga jalan keluar bagi ujian. Semuanya berbeza, namun tujuannya tetap sama. Ingin mencapai redha Allah.

    I feel you. By the way, semoga menjadi muslimah yang solehah. ♥

  3. Niqab is niqab.. akhlak is akhlak..kalau sis rasa dengan berniqab ni dapat menjaga ikhtilat,perangai sis,sis teruskan.. tak salah on off sbb kita belajar nak pakai kan?. Lama lama nanti sis selesa lah pakai.. niat tu yg penting.. kalau niat sis baik,Allah permudahkan ☺.. segalanya dengan izin Allah .semoga sis istiqomah dalam sesuatu perkara.

  4. I know how you feel. I wear the niqab on and off too. I can’t wear to work as I work in the oil and gas industry as a communications personnel. Do ignore what others say towards niqabis. We wear it for Allah. We wear it because we feel we’ll behave better when we are covered.

    May Allah ease everything for you and me. May He preserve us always.

  5. Yg penting niat kerana Allah SWT. Zaman sekarang ni memang kena cekal dalam berpakaian untuk menzahirkan keimanan sebagaimana manusia lain tak malu atau segan silu menzahirkan aurat dan kemaksiatan. Pedulik ape org ckp tp jaga la hati jgn smpi riak.

  6. lari tajuk sikit tapi ada kaitan sikit…bagi saya lah kan, niqabis kena kecam ni sebab orang tahu seseorang tu berniqab… kalau boleh jangan bagi orang tahu… contohnya, dalam semua social media semua gambar tak berniqab, orang akan ingat orang tu tak pakai niqab…. pastu kalau keluar pakailah…takde sape akan tahu siapa orang tu…orang pakai niqab ni bagi saya kena buat orang tak kenal tu siapa…kena undercover gitu… di alam maya mahupun alam realiti ni… saya tak berapa suka bila niqabis tonjolkan diri dalam alam maya… orang kecamlah, fitnahlah… mcm2… so boleh jadi pengajaran untuk niqabis di luar sana untuk jangan tonjolkan diri pakai niqab di social media…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *