sama la kite..

kepada mystery man dan budak uitm

korang rilek rilek je.. same la kite.. aku pun kene bende same. yang buat lagi barai ialah aku straight A's , top 5 masa spm dekat sekolah (sekolah aku sekolah berprestasi tinngi)TAPI aku sambung local (upm) dan ambik pertanian. i repeat again, PERTANIAN. oh my god. masa tu tuhan je tau betapa sinis dan sarcastic and annoying nye semua orang. macam hina sangat je pertanian. eh hello, setakat ni aku tak penah lagi dengar engineer petronas makan petroleum, or doctors makan aspirin/paracetamol for lunch or dinner. aku tengok makan nasi je jugak. tapi korang condemn kitorang yang tolong nak tanam or majukan teknologi menanan makanan untuk depa tu macam kitorang ni tak layak wujud kat bumi. blerghh. aku rimas betul la dengan rakyat malaysia ni. skeptikal. tipikal. riak. poyo. anak muda melayu nak join sektor pertanian, dihina. sekali keluar isu ternakan ikan keli cina diberi makan najis babi, haaaa menggelabah kau. baru kau sibuk nak carik anak muda yang kau hina tadi.

and satu lagi, lecturer aku pernah tanya kitorang dalam kelas, negara maju mana yang abaikan pertanian?
haa cuba korang jawab. US? NZ? Jepun? korea? or jiran kita singapore?
jawapan dia, takde. semua negara maju tu teknologi pertanian dia sangat ohsem. singapura yang kecik cinonet tu pun gempak. ada teknologi vertical farming yang fuhh.. bergetar jiwa engineer mak nokss. power woi. kalau tak percaya pegi google.

so, aku tak paham kenapa nak dihina sangat pekerjaan yang ada dalam alquran ni. tu lah, busy sangat judge orang, quran pun lupe nak baca.

akhir kata, doakan aku dapat majukan teknologi pertanian and dapat buat vertical farm yang ohsemm macam singapore tu kat malaysia ye. mana tau dalam bulan ramadhan ni terbukak pintu langit, terangkat doa korang tu. assalamualaikum~

– engineer pokok jagung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

101 Comments

  1. Yg amik culinary pun sama hokkay kena hina dgn makcik2 tiap kali pi beraya. Siap tanya lepas grad keja apa nanti jual kuih ke. Tercekik aku nak makan ketupat pun terbantut

  2. biasala typical malaysian akan pandang course hebat mcm engineer doctor n so on. nanti bila da grade, sebok nak Tanya kerja Apa, gaji berapa, kenapa x dapat kerja? be single minded people n ignore others. tuh jee cara nak hidup. rezeki Allah yang bagi.

  3. Kesimpulannya simple je. Setiap apa benda yang kau belajar ialah fardhu kifayah. Kita melengkapi antara satu sama lain. Kau belajar engineering. Kau belajar medical. Aku belajar pertanian. Masing2 ada kepentingan masing2 terhadap bangsa agama dan negara.

    Xkan la nak semua org belajar engineering and medical? Habis siapa nak belajar pertanian?

    Xkan nak semua belajar pertanian? Habis siapa nak belajar engineering and pertanian.

    Org yang judge apa yg orang lain belajar, ialah orang yg belum terbuka pemikirannya. Sekiranya kita mula memandang rendah atas apa yang orang lain kerjakan. Maka makin rendah la tahap pemikiran kita. Bila kita nak maju kalau masih ada pemikiran macam ni. Come on, wake up gais.

  4. Kpd confessor, aku doakan smoga impian ko tcapai. Kpd yg bangga sgt dpt course hebat2 tu smpikn pandang rendah kt org lain, x semestinye lpas korg grad, korg dpt keje bidang yg korg blaja tu.
    Sekian, terima kasih

  5. sama la aku pon..lepas matriks aku dapat offer sambung deg course peruncitan kat klantan..semua yg tau semua pandang aku mcm ape je..hina sgt ke course tu? siap boleh tanye aku lepas deg nak bkk kedai runcit ke? nak keje ape nnty dan bla bla bla.. lg sadis yg ckp camtu adala sedara aku n bos aku sbb masa tu aku buat partime…so dye tau la ak dpt offer sambung deg tu…bukan nak sokong tp lagi merendahkan aku..aku punya la nampak course tu boleh buat aku senang akan dtg tapi dorang pandng mcm course yg takde keje..sedih? of course aku sedih gila..tapi tu la..nak sambung cemana pon kalau rezeki tak sampai lagi mmg tak boleh la..skrg ni aku kutip pengalaman jdi kuli…mana tau dari situ ada rezeki yg lebih lagi ALLAH nak bagi..sape tahu kann..huhu.. #tabah walaupun sedih

  6. Respect !

    Bangsa negara lain sangat memandang tinggi pada pertanian. Sebab pertanian adalah sumber hidup.

    Manakala orang kita, masih bermentaliti rendah. Masih tegar beranggapan bahawa ; hanya yang belajar kos profesional macam doktor engineer etc sahaja yang layak dipandang tinggi. Pertanian, tak ada apa2.

    Inilah sebab kenapa orang kita masih mundur. Miskin. Lembab.

    Mentaliti susah nak diubah. Padahal diri sendiri yang tak belajar tinggi. Tahu nak judge orang je.

    Lastly, bila miskin salahkan cina.

    This is ‘orang kita’.

  7. Salute gile anak muda sanggup berpanas nk majukn industri. Bukan semua sanggup. Tp pd yang jenis jenis cekal macam ni, semoga allah membuka pintu rezeki bt kalian.
    Jangan risau, yang ckp ckp mcm tu, yang mentaliti lama, tggu ank ank muda zaman ni jd org tua, baru perspektif tu sikit sikit blh diubah. Mental masih dijajah kita ni. Tp hati kena kuat. In sha allah

  8. nah gua bagi satu quote

    “If a man is called to be a street sweeper, he should sweep streets even as a Michaelangelo painted, or Beethoven composed music or Shakespeare wrote poetry. He should sweep streets so well that all the hosts of heaven and earth will pause to say, ‘Here lived a great street sweeper who did his job well.”

    apa pun yang kau buat, kerja apa pun yang kau lakukan
    tiada satu pun yang hina
    yang hina adalah apabila kau tidak buat sepenuh hati kau

    apa salahnya jadi tukang sapu sampah?
    jika kau sapu sampah, sama semangatnya seperti beethoven membuat lagu,
    jika hasil kerja kau adalah seperti lukisan Michaelangelo.

    kau akan menjadi insan yang mulia jika kau lakukan kerja kau sepenuh hati
    sehingga orang lain, dan Tuhan sendiri meredhai dan memuji kerja kau.

    Bilal bin Rabah dahulu tukang azan, namun azan nya didengari dan dipuji penduduk langit dan bumi.

    Kau jadilah ahli pertanian yang dilihat dan dihargai syurga dan dunia

    • i used to help him just to ggl a piece of his assignment. ya allah, it’s a tough course. serious talk. amek kos pertanian bukan semata mata korek tanah, letak biji benih, siram air then done. it’s not a simple as that. i used to have friend who have the perspective yang pandang rendah kos ni, pada dorang kos ni tak gempak mcm doctor mcm engineer, laywer all that. akhir kata, malas nak cakap banyak. mentality masyarakat malaysia ni susah nak ubah. dan nampak gayanya mmg lambatlah malaysia nak maju bcs of this mentality.
      sekian, awek si tukang kebun ???

    • apa soalan kau? pakcik kebun aku? siapa pakcik kebun aku? aku tahu encik petani aku je. i didn’t get what you mean. thanks.

  9. Ok jgk.. Org penah dengo.. Kos pertanian.. Cuba masuk group kebun bandar, korg g share ilmu kat sana. Nescayaaaa, korg di sanjung tggi..

    So, tips dia, Jln terussss.. Toksah lyn ckp2 negatip ni.. G bergelumang dgn insan2 yg tahu menghargai expertise kita (mcm ckp kat diri sendiri je ni.. Hahahahahaa)

    Ni yg haku ni, amek library mngmt..
    “Susun buku pon ada course ke?”
    Aku pon jwb.. “Haah.. Blajo dip, degree, master total 8tahun tuuuu.. Semua lect ajo susun buku je..”

    Krik3.. Kbai~

  10. Bila bab pertanian aku kagum dgn thailand..apa bonda makanan dia xeksport..dr beras sampai asam jawa n aloe vera..good luck bro..moga adanya graduan cemerlang akan meningkatkan industri pertanian di peringkat yg lebih baik

  11. Setiap bidang yg kita ambek kt U..berkait antara 1 sama lain..klu dh semua nk jdk Doc..sapelh pulak nk tanam sayur..ternak lembu kmbing dll. Dlm hal ni boleh jalanlh manusia2 yg suka membanding2kn..bukan kita mintak mkn kt mrk.Biasalh manusia ..rmi yg PERASAN HEBAT…

  12. FYI fakulti pertanian UPM di iktiraf antara U yang terbaik di asia dalam bidang pertanian. Tanya lah lepasan graduan Fakulti Pertanian UPM. Latihan Industri diorang dekat mana? Canada, Perth, Aussie, Luxembourg, Jepun, Korea.

  13. mentaliti org kita..biasala..aku pun grad kat upm course pertanian gak..bila keja dpt keja kilang y setaraf ngn course aku ni dgn gaji boleh tahan la..tapi org xpndang..siap dok kata aku ni keja kilang..xleh lawan ngn org keja nurse..

  14. Jagung sedap..kami suka jgung kukus buh susu pastu buh lada, garam..huhu..makanan sahur kami tiap2 hari..jgn hina pertanian..tanpa mkanan kami mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *