sama la kite..

kepada mystery man dan budak uitm

korang rilek rilek je.. same la kite.. aku pun kene bende same. yang buat lagi barai ialah aku straight A's , top 5 masa spm dekat sekolah (sekolah aku sekolah berprestasi tinngi)TAPI aku sambung local (upm) dan ambik pertanian. i repeat again, PERTANIAN. oh my god. masa tu tuhan je tau betapa sinis dan sarcastic and annoying nye semua orang. macam hina sangat je pertanian. eh hello, setakat ni aku tak penah lagi dengar engineer petronas makan petroleum, or doctors makan aspirin/paracetamol for lunch or dinner. aku tengok makan nasi je jugak. tapi korang condemn kitorang yang tolong nak tanam or majukan teknologi menanan makanan untuk depa tu macam kitorang ni tak layak wujud kat bumi. blerghh. aku rimas betul la dengan rakyat malaysia ni. skeptikal. tipikal. riak. poyo. anak muda melayu nak join sektor pertanian, dihina. sekali keluar isu ternakan ikan keli cina diberi makan najis babi, haaaa menggelabah kau. baru kau sibuk nak carik anak muda yang kau hina tadi.

and satu lagi, lecturer aku pernah tanya kitorang dalam kelas, negara maju mana yang abaikan pertanian?
haa cuba korang jawab. US? NZ? Jepun? korea? or jiran kita singapore?
jawapan dia, takde. semua negara maju tu teknologi pertanian dia sangat ohsem. singapura yang kecik cinonet tu pun gempak. ada teknologi vertical farming yang fuhh.. bergetar jiwa engineer mak nokss. power woi. kalau tak percaya pegi google.

so, aku tak paham kenapa nak dihina sangat pekerjaan yang ada dalam alquran ni. tu lah, busy sangat judge orang, quran pun lupe nak baca.

akhir kata, doakan aku dapat majukan teknologi pertanian and dapat buat vertical farm yang ohsemm macam singapore tu kat malaysia ye. mana tau dalam bulan ramadhan ni terbukak pintu langit, terangkat doa korang tu. assalamualaikum~

– engineer pokok jagung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

101 Comments

  1. Typical makcik2… hello!!! Anak2 hang aku tgk xdak pun jd doktor ka..engineer ka… elok lagi ank2 org yg hang dok cbok2 nak perli, kutuk, hina bagai tu… apa punya org daaa… cbok jg tepi kain org, kain sendri koyak x berjahit…

  2. Untung la ko dpt bljr ipta. Aku ni bljr ipts, org lagi pndg rendah. Tapi bagi aku ilmu yg aku dapat tu yg pntg. Lntakla kata2 manusia sebegitu.

  3. Sama lah….Bila dapat tahu blh ipta (bkn u) kawan macam pandang serong kat aq….Huhu dapt tu pon dah ok….Aq punya lah bersemaangat utk belajar ….x kesalah blh from 6 @ ipta ….Rezeki allah ad di mana2 just doa jee….Ok i hope you succes ni your job’s ..Jgn hina rezeki ore sbb kita x tahu macam mana rezeki kita yg akan datang….Spot kawan jangan jatuh kan kawan sendiri….

  4. Semua orang saling memerlukn antara satu sama lain tak kisah lah kerja apa sekalipun. Cth kau seorang doktor,engineer,arkitek tetap memerlukan khidmat seorang petani dan nelayan utk dptkn keperluan asas spt ikan dan beras kan. Takkn lah kau nak pi tangkap ikan sendiri dan tanam padi sendiri. Begitu juga sebaliknya,,seorg nelayan juga memerlukan khidmat doktor utk merawat ketika dia sakit. Kira fair lah semua. Kita sama2 dpt serve the ummah.
    #pandangansahaja

  5. Ni budak ni kalau bwk pegi cermah hala tuju mase dpn dlm bidang pertanian msti yng mula2 berangan nk ambik medik boleh tukar nk jd petani pulak lps dgr talk die nihh..

  6. Aku ada degree biomedical science pas abis degree aku tak sambung master sebaliknya masuk belajar amik diploma in automotive sebab minat…pastu sekarang ni sambung plak buat master biotech in food technology…abis konpius makcik2 dan pakcik2 aku,termasuk parents dan parents in law aku…hahahaha…bila tanya esok dah abis Belajar nak buat apa?aku jawab jadi Entrepreneur…alhamdulillah ada la skit bisnes kecik2…takde untung sampai billion2 pun tapi cukup la utk makan anak bini…apapun degree semua ni bukannya penentu kejayaan anda…apa anda buat dengan ilmu tu yg akan menjadi aset di masa hadapan…kipidap petani muda…orang yg tak reti hargai ilmu je akan rasa rugi sebab depa tak reti nak guna ilmu itu untuk kebaikan sejagat…

  7. Haha, sama la. Masa mula2 masuk. Kawan n family ada yang tanya berulang kali. Pertanian?? .. Masa tu senyum jela, dah masuk course ni.. Pegi ladang tiap lepas subuh, balik kena siap2 p kelas 8 pg. Ptg balik kelas fkir nk p ladang lagi. Kadang masa cuti kene korbankan utk tanaman n ternakan..belajar banyak benda baru.. Em.. Baru tahu, bukan senang ..

  8. #fromAnotherlocalUniversity

    Saya pun mcm awak gak.tapi kat degree ambik engineering ni hah.tapi tau tak?passion saya sebenarnya bukan yg ni.saya lebih kepada poem,art,culinary and kat hometown berkebun berbisness bantu parents..tau tak nape saya ambik degree ni jugak?sebab saya nak buat lain dari apa yg selalu buat.nak cabar diri saya.selalu orang rebel kat parents.tapi saya rebel kat diri sendiri.curiosity terhadap sesuatu perkara level melampau.memang orang akan cakap ni semua benda gila.dan ianya memang entahlah..cuma saya tau Allah yg mengatur semuanya dan Dia lebih tahu apa yg tersirat..so be strong..dont give up. and smile :)

  9. Ha.. Ha mcm tak confident aje .. Minat membuahkan hasil .. Tak de org pandang rendah pada jurusan pertanian .. Tapi kena buat sesuatu innovasi berbeza dari org lain ..

  10. Betul tu dik. I pun upm. Masa tu maih ‘universiti pertanian malaysia’. Bila org dengar je semua assume kita ambik bidang pertanian. Annoying giler! Annoyed bukan sbb org kata kita ni ambik pertanian tapi annoyed sbb persepsi masyarakat. Upm offer banyak course besides course pertanian yg masa tu universiti lain belum ada. Yup! Mmg annoying.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *