Sampai bila

Salam semua. First sekali aku bukan student uia and thanx admin sudi publishkn(kalau dipublish) confession ni.

Menulisnya aku disini bukan untuk minta simpati. Cuma aku nak minta pendapat engkorang kalau engkorang berada dalam situasi yg akan aku ceritakn ni.

Okay, memula sekali aku ni masih ada mak ayah alhamdulillah. Keduanya pun dah berusia lebih 50-an. Keduanya berkahwin pada usia lewat 20-an.

Storynya cenggini. Setiap kali kami sekeluarga balik ke kampung belah ayah di selatan tanah air, mak aku lah yg akan jadi chefnya kat rumah tuu. Tak kesah lah time raya ke tak raya ke. Semua bab nak suap ke mulut penghuni2 rumah tuu mak aku lah yg brtanggungjwb.

Okay penghuni kat rumah tuu ada nenek, kakak ayah aku and suaminya serta 3 orang anak mereka bersama menantu2(2 lelaki, 1 perempuan) dan anak2 mereka. Arwah atuk dh lama meninggal. Mereka semua penghuni tetap rumah tuu daripada aku lahir sampai lah dh tua ni.

Yg jd masalahnya, sorang pun dalam rumah tuu tak reti nak memasak. Bayangkn masak gulai pun blh tawar tp aku tengok dorang selamber jgk melahap. Maybe dh biasa kot. Aku mmg tak blh la kalau tak pedas.

Asal bila kami sekeluarga balik jela baru dpt makan sedap sikit sbb mak aku yg masak. Mak aku ni pulak jenis mengikut je sbb tak mahu nak timbulkn rasa tak best antara kami(keluarga aku and keluarga kakak ayah aku). Walaupun kadang2 dia mengeluh kat aku yg dia penat daripada start kahwin sampailah sekarang ni asyik dia je yg masak. Tp tetap jgk dia buat. Yg ayah aku pulak diam je x ckp pape. Dia pn jenis tak minat nak balik kampung tp sbbkn mak dia. dia kena jgk balik.

Kalau dah makcik aku tuu masak gulai pun tawar padahal tak pernah keluar daripada negeri asal dia sendiri, kau bygkn lah pulak anak2 perempuan dia mcm mana?? Lg haru tak reti masak. Yg menantu2 dia elok duduk dlm bilik 24 jam main dgn anak masing2. Masuk dapur HARAAMMM tak pernah. Makcik aku ni syg menantu lebih. Tak benarkn menantu buat kerja berat2. Jaga cucu2 dia dh cukup. Acik betull..

Hm aku bukan apa. Aku kesiankn mak aku. Dia dh tua. Umur dh 50 lebih. Kaki dia ada penyakit yg buatkn dia kdg2 susah nak bergerak. Tuu pun disuruh lg memasak utk isi perut2 buntal kat rumah tuu.

Pernah sekali aku terdengar nenek aku cakap kat mak aku bila kitaorang baru je sampai, “F, masak sedap2 eh harini”. What the weh kami baru sampai kot. Pulak tuu bukan er nak kata bahan2 ada ke tak ke. Kalau takde, aku ni atau abg aku yg kena kedai.

Woi nenek! Anak cucu menantu kau buat apa je?? Jadi kain buruk melangok je kat rumah?? Tak reti buat kerja langsung.

Hm so apa engkorang rasa pasal ni. Aku jst kesian mak aku je. Sakit2 tetap disuruh masak. Yg sihat2 buntal kat rumah tuu menunggu je makanan utk disumbat dalam mulut. Haihhh…

– Mark Filler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit