Sampai hati kau..

Assalamu'alaikum.. Just nak share pengalaman hidup aku. Setahun yg lepas, aku terpilih untuk sambung belajar di sebuah universiti, jauh dari keluarga aku. Aku memang tak kenal sape-sape pun masa mula-mula masuk situ. Aku happy sangat-sangat dan dengan harapan menggunung, aku berazam untuk buat yang terbaik. Namun kisah bermula apabila..

Aku ditakdirkan sebilik dengan seorang perempuan yang juga berasal dari negeri yg sama dengan aku. Kitorang jugak satu kuliah. Memang sejak Dari awal perkenalan, dia memang layan nak tak nak je dengan aku ni. Aku tak ambil hati la sebab aku fikir maybe lama-lama kitorang okey la kot.

Namun, sangkaan aku meleset sama sekali. Layanan dia terhadap aku take pernah berubah even aku try untuk berbaik ngan dia, buat lawak semua tu. Dia pernah tengking aku sebab satu kesalahnlan yg kecik je. Time tu dia mintak aku pegangkan dia plastik makanan and aku silap pegang macam mana tah. Dia mesti akan cakap kasar-kasar dengan aku setiap kali kitorang bercakap. Kalau aku tanya ape-ape, mesti dia akan jawab dengan muka masam dan tanpa pandang aku. Pernah skali tu aku solat lambat then dia sound aku " Baru nak solat ke?" Dengan muka masam dia tu. Aku terasa, tapi aku biar je sebab tak nak gaduh. Aku selalu rasa tak selesa bila dia ada kat bilik sebab dia jenis yang bila-bila masa je boleh marah aku. Sepanjang setahun kitorang kenal, aku rasa 3 or 4 kali je kot dia senyum kat aku. Dengan orang lain dia layan elok-elok pulak. Lebih-lebih lagi ahli usrah dia.

Maybe korang rasa benda tu macam masalah kecik je. Tapi, benda tu buat aku jadi depress. Setiap Kali aku nak study bagai, mesti aku akan teringat segala benda yang dia pernah buat kat aku. Jujur, aku xleh fokus pun study sepanjang setahun tu even aku dah try. Dan kesannya, pointer aku memamg drop giler and segala impian aku nak sambung kos gempak-gempak memamg dah tak ada harapan. Dah la aku datang dari keluarga susah. Hmmm

Actually aku boleh lagi terima kalau orang yg layan aku camtu tu jenis yg lagha dan tak tutup aurat ngan sempurna bagai tu. Tapi aku macam tak boleh terima kenyataan orang yg buat aku camtu adalah budak usrah yang tutup aurat sempurna bagai, pastu pegang Quran x lepas-lepas, pergi usrah x pernah tinggal. Kawan-kawan dia yg sama usrah ngan dia semua layan aku baik-baik. Dia sorang je and aku tak faham kenapa.

Aku yang dulunya baru nak berubah jadi baik, tapi lepas jumpa dia aku tiba-tiba rasa menyampah dengan orang yg pakai tudung labuh and stokin bagai sebab teringat kat dia. Aku sedih giler kot sebab aku rasa macam aku dah hilang diri aku. Sebab dulu aku suka usrah, suka tengok orang pakai tudung labuh bagai. Tapi sekarang macam dah tak dan semua sebab teringat kat dia.

Aku just sedih giler sebab orang yg bust aku camtu ialah orang yang senegeri dengan aku dan orang yang banyak ilmu agama. Takkan dia tak tahu kot yang berdosa buat orang camtu. Takkan murobbiah dia tak pernah gitau. Dah tu hari-hari belajar Quran n sirah bagai, takkan benda remeh camni pun tak tahu hukum? Tak pernah lagi seumur hidup aku jumpa orang camtu. Mana hamanity kau? Kau layan aku seolah olah aku ni orang yang tak ada perasaan. Sekarang ni aku tak tahu LA dapat sambung course apa nanti degree dengan result aku tu. Aku cuma harap korang mendoakan yang terbaik je untuk aku.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *