Sampai hati kau dik

Assalam .

Aku tak tau nak mula dr mana . Da nak dekat 2 minggu aku pendam . Nak luah dekat kawan2 , ibarat membuka aib keluarga sendiri . Kalau tak luah , aku boleh jadi gila . Aku perlukan nasihat . aku perlu luahkan .

Okay cam ni , adik beradik aku ada 7 orang (6 perempuan dan sorang ja laki tu pun paling bongsu) . Adik aku keja KL dan kami sekeluarga tinggal kat salah satu negeri kat Malaysia (jauh dr KL) . nak dijadikan cerita , masa dok KL adik aku suka dengan sorang perempuan nih (aku bagi nama gelaran T) tapi lepas da lebih setahun berkawan baru dia habaq yang T tu janda . oh ya T tu tua 9 tahun dari adik aku . tapi kami sekeluarga terima jugak pilihan adik aku tu sebab kami da mula sayang dengan si T ni pasai adik aku pernah lah beberapa kali bawak balik T kat rumah kami. Rajin orangnya , manis , pandai ambil hati orang tua kami . okay . lepas beberapa bulan , adik aku habaq lagi satu kejutan , si T ni janda ada anak 1 (anak gadis dah besar remaja dah ) . kami terkejut lah tapi lama lama kami terima jugak . sebab kami percaya yang T ni wanita yang baik .

Nak dijadikan cerita , cukup satu tahun lepas kami sekeluarga p turun KL untuk risik + tunangkan adik kami dgn T . lepas tu bincang nak buat majlis bila . rancangnya hujung tahun ni . okay settled this part .

2 minggu lepas adik aku balik rumah dan beri satu kejutan besar yang benar2 meluruhkan jiwa kami sekeluarga . dia cakap sebenaqnya dia dgn T dah pon menikah tahun lepas (setahun lebih katanya) . aku sedih tapi aku lagi sedih bila tengok mak pak aku sedih . satu jaa anak laki yang dorang harapkan tapi buat macam ni . Sampai hati dia . dia nangis2 minta maaf kat mak pak aku . pastu bila nak balik , dia salam kakak2 dia tapi aku tak nak . aku marah dia kenapa buat macam ni kenapa ketepikan mak bapak dalam soal ni dan macam2 lagi. aku ingat die sedih aku buat macam tu tapi korang tau die marah aku , dari situ aku tau yang die bukan betul2 insaf dengan perbuatan dia . pastu dia terus blah .

Korang ingat da habis ke kejutan dia ? Ada lagiii .. Lepas beberapa minit dia kluar , dia whatsapp mak aku satu gambar . kau tau gambar apa ? Gambar baby boy dalam usia aku agak 7 ke 8 bulan . anak dia weyyy anak dia dgn T . masa tu kami sekeluarga dah tak dapat tahan air mata dah semua nangis macam gila . sampai hati dia kan buat kami lagu nih . sampai hati kau dik . lepas tu ja aku pesan dengan dia kau jangan balik rumah lagi . remuk hati kami sekeluarga .

Aku cuma berdoa dan berharap Allah bagi kekuatan kat mak pak aku dan semoga adik aku sedar apa yang dia buat salah sebab dah hancurkan hati mak pak aku . ang taknak hidup ang dapat redha mak pak kita ka dik .

Korang tolong doakan jugak ye. Terima kasih . semoga kami sekeluarga tabah dengan dugaan yang tak pernah kami duga akan menimpa kami sekeluarga . masih terasa seperti mimpi . :'(

– Sis terkilan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

51 Comments

  1. sekurangnya dy dh sahh menikah.. n anak tu anak yg sah tarafnya.. elok la dri xmenikah.. lgi stu xtau dy menikah lari kat siam ke ap.. mgkin wali ayah pmpuan tu yg nikahkan.. sbb llaki xperlukan wali.. pmpuan je prlukan wali.. msalah hnya adik awk mmbelakangkan mak ayh dn family je.. maafkanlah dy.. usah dipanjangkan lagi msalh.. tkot nnti lagi lama masa dibazirkan dgn bermasam muka.. bnda dh jd..

  2. Apa alasan adik tu buat benda yg tak logik mcm tu ya? (Kahwin sorok siap ada anak lg). Ke dia takut mak ayah bantah kalau minta izin terlebih dulu?

  3. Adik kau dh mengaku. Terima je la. Semua org pernah buat salah. Jgb pulak kau halau adik kau. Kau dh buat mak kau lg rindu kat adik kau. Seksa jiwa mak kau nnti rindu adik kau. Pggl adik kau dgn bini and anak dia. Terima je la. Layan mcm biasa. Kisah lama tu biarlah.

    • Betul.. dia dah kawen.. benda dah jadi.. kalau marah pun, tak kemana.. sekurang-kurangnya dia tak buat benda terlarang, dan tinggalkan ppuan tu cmtu je.. pada sy la…

    • Dia buat menda baik. Tak dilarang agama. Dia x perlu wali utk menikah. Cuma cara dia x beradab laa….. Sbgi Kakak, u patut rasional. Jgn dok hasut n jadi bara api…. U ptt pujuk mak ayah terima…. If u hasut, makin menjauh la depa…. Buat la yg baik, yg baik juga dapat…

  4. akaknya bukan sedih dia kawin, nikah, ada anak semua..tapi pointnya, kenapa dia belakangkan ibu bapa, ikut cerita, xde la mak bapaknya bantah ke hape….sedih sebab dibelakangkan..mesti la terkejut tibe2 bagitahu dah kawin, siap ada anak lagi..siapa yg x terperanjat..dan reaksi pertama mestilah marah..x kan tetibe hepi..huhu..

  5. Bertabahlah kak. Biasalah laki sorang ni mcm-mcm perangai. Jgn dibuang pulak adik tu. Dia je nnti harapan keluarga nak jaga mak ayah akak sbb dia anak lelaki. Syurga dia kat mak ayah. Tapi dah kire okay lah, dia dtg mntk ampun. Akak jgn lah buat dia stress, ungkit knp buat macamtu kat mak ayah akak. Cuba ckp elok-elok. Lelaki ni kan ada egonya. Dari cerita akak, isteri dia mmg boleh diharap. Takde masalah. Lainlah kalau dia kawin senyap pastu bini perangai teruk, tak boleh diharapkan. Tu lagi sedih dibuatnya

  6. Dah kawen dah kan dah ada anak.. lgpun dia tak mnyusahkan kan? Takde nak mintak duit bagai, terima je dia seadanya, bukan dia pi rompak kedai, buat benda halal, nikah. Yg sudah tu sudah la…. adik beradik jgn nak putuskan silahturahim plaks…

  7. Emm mcm takda masalah kot dia sah kahwin, anak sah, korg suka kat T tuu dah. cuma tu la sorok dri family. Benda dah sudah. Sudah la. Huhu again. Outsider mampu bercakap je. Buat la wise decision.

  8. errr saya mintak maaf siap2, tapi saya x nampak kat mana silapnye dlm kes ni…. bunyi kakak dia ni cerita macam adik dia tu dah berzina lama dengan janda tu, hakikatnye mereka dah pun sah suami isteri, anak pun hasil yang halal, so kat mana silapnye tu? fine diorg kawin senyap2 tak bagitahu, memang salah tapi saya rasa tak patut la diperbesarkan masalah ni, agaknye sebab tu la kut bila awak cakap mcm tu, dia tetiba marah, bukan sebab tak insaf lagi, tapi sebab kakak2 dia ni melenting teruk sangat sampai naik rimas dia…. whatever it is, maafkanlah adik tu, walaupun ntah2 sebelum kawin tu dah terlanjur ke camne so taknak malu terus kawin, sekurang2nye dia dah bertanggungjawab and dia tetap bagtahu jgk kat parents dia…

  9. moral dia.. yang tukang baca semua beringat sampai mampoihhh.. jodoh hak individu.. jangan menghalang.. tu la kejadian manusia zaman sekarang.. kita suka keluarga x suka.. simpan ja sakit hati tu dulu.. bagi jadi ja depa tu menikah.. tidak jadi macam kisah nie la.. aku x kata orang.. kat adek aku pun aku cerita.. anak dia ang suka.. kami suka ja.. bakal mak mentua ang x sekufu ngan mak kita.. darjat tinggi.. pandai pandai la bawa diri.. kami semua x halang.. kami semua raikan ang.. cuma orang panggil.. bagi freindly warning.. kita support dari sudut idea dulu ke dia.. lain tu.. dia kembangkan idea tu kelak..

  10. Sy phm perasaan confessor. The only one anak lelaki dlm family. Msti mak ayah nk raikan betul2 kawen dia. Tup2 dpt tau da kwen n da ada anak. Pedih jgk ulu hati tu nk tanggung. X smudah 2 kot nk forgive n forget. Takes time jgk n tgk effort adik tu nk dpt kn redha dan ampun mak ayah mcm mana.
    Family sy pn abg sorg je anak lelaki. Dlu2 ms dia keje jauh ktorg slalu pesan jgn kawen senyap2. Sbb nnti mak ayah sedih. Alhamdulillah dia bru je kawen, buat majlis panggil org rmai. Mak ayah pun happy wpn penat. 2 la kot perasaan family confessor.
    Sabarla awk. Ambil masa utk tenangkn hati awk dan family. Dlm keadaan emosi, mmg xbleh nk buat kptusan waras.

    • X mendoakn pon… Kalo derhaka kt ibubapa, dkt dunia lagi Allah akan tunjuk.. Ko rasa buat makayah sedih sampai cmtu skali ibgat apa? Kalo setakat curi duit mak 20 sen rasa mak pon xmarah…. Byk dah contoh contoh…

  11. Haih adik laki dy ni pon satu. Buat lagu tu sbab takut family dy x terima la kot.

    Adik laki dy ni siyesly kena zahirkan KEMAAFAN IKHLAS dari hati. Dah kawen senyap2 siap ada anak. Then dy pulak nak marah kakak sbab marah tindakan dy. Adoyai zaman skrg.

  12. Bende dah jadi..terkilan ye memang terkilan tapi dari kita putus silaturahim baik kita hubungkan..lagipun adik dah kawen..sebagai kakak sepatutnya akak pujuk mak ayah..Alhamdulillah dia kawen bukan dia buat bende bukan2..bulan syawal nih marilah kita rapatkan saf dan eratkan ukhwah..

  13. Off koz la sedih..satu satu kejutan diberi…mmg ank laki blh kawin bila masa ja..sbb x perlu wali..tp dia still ada parents…mmg elok sia kwin..dr buat maksiat..tp kna la dahulukn ibubapa

  14. Jarang aku komen kat sini. Bagi aku mcm takde masalah dri segi agama. Cuma adab dgn mak ayah la. Tpi bende dah jadi. Dengan masalah yg ada,

    1. Jgn tambah masalah lain seperti buang adik tu.
    2. Jgn fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian. bincang perancangan mcm mana nak berbaik semula.
    3. Lihat kelebihan yang boleh dpt dari masalah tu. Contoh family kau akan berkembang, dpt anak buah comel dan mcm2 lgi positive thing

    Sedangkan aku yg ‘berpisah bergaduh’ dgn keluarga sekejap pon dah terumbang ambing hidup . Inikan pulak kau halau dia . Manusia mana tak buat salah~ ✌

    • Betul. Manusia byk salah langkah. Kalau beginilah cara kita respon dgn kesilapan org, layak ke kita dpt pengampunan Allah swt bila kita yg salah langkah?

  15. Hat yg adik ni pun kan senang kalau dari awal bagitaw dah nikah dah ada anak ngan T tu. Ni dak aihhh berkali-kali hang pi wat seprais kat family hang. Seb baik depa takde sakit jantung. Semoga anak hang membesar jadi anak yg soleh, dan takde la nak buat seprais camni kat hang laki bini bila dah besar nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *