Assalamualaikum pembaca,
Kenal kan aku, Na, lewat 20an, Na tak sama macam orang lain, yang lewat 20an ada kerjaya, ada kerja, ada duit, boleh memandu.
Na hidup menumpang dirumah ibu, Na perempuan yang kena hadap kerja rumah dan caci maki.
Na pernah bekerja, sambung belajar, hidup jauh dari ibu, Na bahagia masa tu, walaupun Na bawa penyakit Na, Lepas Na kena potong kaki, semua kesakitan Na tanggung.
Sakit dengan takdir, sakit dengan makian, sakit dengan emosi, bayangkan Na budak lincah, cantik, tiba2 jadi OKU. Jadi sini la start Na derita sampai hadap anxiety.
Na balik kampung, duduk rumah ibu, segala makan minum ditanggung,
Tapi Na walaupun tak ada kaki Na tetap kena buat kerja, masak, sidai baju, sapu rumah, tapi ibu ada satu perangai, dia kata Na tak buat apa apa dirumah.
Ada satu hari tu kawan na datang, dan dia tolong Na cuci pinggan, ibu nampak dan ibu kata, tinggal la, nanti Na buat, kawan cakap kesian kat Na, ibu boleh balas, Na selama ni tak buat apa apa pun.
Lagi satu Na sedih, bila adik beradik balik, Ibu akan layan diorang, burukan Na, dan mula tak bertegur dengan Na.
Na bagi duit jugak kat ibu, tapi tak banyak, sebab duit elaun, Na nak guna untuk beli ubat.
Tapi kalau Na teringin nak makan apa apa, Na akan sama sama makan. Tapi ibu tak nampak, yang dia nampak Na habiskan makanan dia sahaja.
Tadi pagi, saudara Na ada balik, Na cakap la dengan ibu, tiba2 ada bahagian yang ibu tak boleh terima dan dia maki Na dengan gelaran anak haram. Na menaip pun sambil menitik air mata. Sampai hati.
Na tak minta pun nak hidup macam ni, hidup susah, hidup dibezakan, Na cuma nak kasih sayang sama rata, Na cacat, waktu hari raya Na macam hamba Na buat kerja, masak, kemas, sampai datang kecederaan lain pada Na.
Ibu tak sayang Na sebab Na cacat ke? ke sebab Na tak boleh bagi duit kat ibu? sebab Na tak cantik? Na hodoh?
Akhirnya Na cuma fikir, kalau hati manusia tidak pada kita walaupun ibu, bapa, adik beradik, kita bagi dunia dan segala isinya pun belum lagi dia mahu sayang kita.
Atau Na salah? Rasa disayangi tu macam mana?
Bagitahu Na.
– Anak Berharap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit