Sampai mati takkan aku maafkan dan halalkan

Thanks sebab siarkan cerita aku n aku merayu,pada yg belum kahwin bacala kisah hidup aku…
Aku sekarang berumur 27 tahun dan baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatiku..alhamdulillah..rumah tangga kami tak ada masalah…kisah ini bukan berkisar tentang aku dan suami..tapi tentang aku,umi,abah dan keluarga sebelah abahku…
Aku dilahirkan dalam keluarga yg porak peranda..dibesarkan dengan perasaan benci,penghinaan,kata-kata caci maki..itulah makanan aku sejak kecil sampai aku besar..Puncanya family sebelah abah aku tak suka umi aku..sebab umi aku bukan la dari kalangan orang berada.cuma orang kampung..tak macam menantu lain..ada kerjaya masing2..
Keadaan bertambah buruk bila abah aku sahaja anak lelaki dan tinggal sebumbung dengan si puaka (mak kepada abah aku,aku x boleh gelar dia nenek sebab terlalu benci).setiap hari aku saksikan pertengkaran,makian dari si puaka..umi aku memang jenis tak melawan..si puaka ni panggil umi aku betina jalang,betina tak sedar diri..bayangkan masa tu aku baru bersekolah rendah..setiap kali bertengkar dengan abah aku sebab dia nak abah aku ceraikan umi aku.sampai satu tahap,dia pergi sendiri meminang gadis dekat kampung aku untuk abah aku..betapa dia membenci umi aku tanpa sebab yg munasabah.dan setiap kali bertengkar,tak cukup dengan kata makian,sumpah seranah seorang ibu kepada anak jugak dilemparkan..sampai hari ni aku ingat,abah aku disumpah akan hidup susah sepanjang hidupnya..tak akan senang dengan hidupnya..betul kata orang,doa dan kata kata seorang ibu walaupun tidak baik akan dimakbulkan Allah..keluarga aku hidup susah..abah aku muflis..keluarga aku ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..susah..susah yg teramat susah..kebetulan aku dapat melanjutkan pelajaran disekolah berasrama penuh..aku dapat tumpukan perhatian pada pelajaran..
Tapi penderitaan umi dan abah aku masih berterusan.bukan sahaja si puaka,adik2 abah aku pun tak kurang hebatnya..semua tuduh umi aku bomohkan abah aku.ada yg pergi jumpa bomoh,nak umi abah aku bercerai..sepupu sepupu aku tak dibenarkan makan makanan yg umi aku masak.takut dibomohkan..adik2 abah aku tak bagi anak2 diaorg berkawan dgn aku bila balik kampung..
Penah 1 hari,aku bergaduh dengan si puaka tu,dan aku masih ingat lagi ayat yg diungkapkan..kalau mak ayah aku mati,jgn harap dia nak bela aku..sampai ke hari ini aku masih ingat.banyak yg si puaka dan adik2 abah aku buat dekat family aku.byk..sangat2 banyak..
Sejak aku dari kecil,aku menjadi pendendam..apa yg diaorg buat dekat aku,dekat family aku,xkan aku maafkan..segala penghinaan,takkan penah aku lupakan..alhamdulillah..aku sekarang dah berjaya..boleh tolong umi abah aku..keluarga kami makin senang..lepas arwah atuk aku meninggal,harta2 dibahagi..rumah yg umi abah duduk sekarang jadi hak abah..kebetulan umi dapat pembahagian harta dari penjualan rumah adik beradik umi..umi ubahsuai rumah,bagi selesa untuk dia dgn abah..tapi tak sangka,bila rumah dh selesa,kami dah senang,adik abah dengan xtahu malu tiap kali balik kampung menumpang rumah umi..yg dulunya cakap umi pengotor,bomoh2 kan dalam makanan,sekarang dengan takde perasaan bersalah atau malu,menumpang dekat rumah umi setiap kali balik kampung.abah aku tak kerja..so umi abah harapkan baki duit umi aku dan duit bulanan yg aku bagi untuk berbelanja..aku tak boleh terima diaorang datang menumpang rumah umi,makan makanan yg aku belikan..
Aku langsung tak boleh nak pandang muka adik2 abah dan si puaka tu.apa yg diaorg buat dekat family aku,aku x boleh terima..pada aku antara aku dengan diaorg dh xde apa2..aku xpenah menumpang senang diaorg,dan aku harap sekarang diaorg pon jangan menumpang kesenangan kami.masa kami susah kami dihina dicaci,kenapa sekarang bila kami senang dengan muka x tahu malu datang menumpang??sungguh aku benci diaorg,pandang muka pon aku rasa jijik..apa yg diaorg makan,sebesar zarah aku x halalkan..nak tumpang kereta aku pon,xpenah aku benarkan..baru2 ni raya pertama kami dh berperang..sabar aku dah hilang.umi aku diperkotak katikkan sebab kebaikan umi aku..cukupla dulu umi aku dihina dicerca,aku dh xnak lagi diaorg buat apa2 kt family aku.aku warning diaorg,jgn dtg rumah umi aku lagi..benci aku dekat diaorg xboleh padam..dendam aku sampai mati..
Nasihat aku,kalau nak berkahwin,kenalla dulu keluarga mertua..kita bukan kahwin dgn pasangan kita,tetapi dgn 1 keluarganya..cukupla sejarah porak peranda keluarga aku.penat dan luluh hati aku tengok kesusahan umi abah akibat sumpahan si puaka tu..effect dia bukan sahaja pada kita,tapi pada anak2.emosi anak2..sepatutnya membesar dalam keadaan bahagia..bukan porak peranda..aku??sampai mati aku xkan pernah memaafkan mereka..xkan pernah halalkan apa yg mereka makan..x akan…jatuhla tersungkur depan aku,xkan ada rasa belas kasihan..sebab prinsip aku,xkan ada kemaafan bagi yg menghina umi aku..

– -anak umi-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

161 Comments

  1. samelah aku..mase kecik2 ade salah faham sebab ade sorang ni mulut puaka suka fitnah sampai nenek xnak sentuh aku as cucu dia.. mak cik aku sendiri tak nak sentuh aku..selalu dibeza-bezakan dengan sepupu yang lain…sampai nenek aku meninggal aku tak nak balik dari asrama..walaupun aku dah besar dan boleh maafkan dan redha tapi still.tak boleh lupa layanan diorang…kadang2 teringat mmg pedih rasa hati.. anak2 kecil kalau effect emosi memang diorang akan ingat sampai besar..~

  2. Sbb tu ummi tu ummi..isteri pd abah..yg xtjuk kesedihan nya thadap pbuatan mereka..mungkin ada sejarah mrk yg kamu x tahu..jd don’t lower your level to them.. niat sedekah kan je ape jua yg telah mrk ambil or mkn..nnt Allah balas lebih byk..kita jgn aggp kita ni justifiers kat dunia ni sbb kita x layak..bkn mrk pasrah pd pbuatan fmly mber tu..mcm aku (mertua ok tp fmly lain yg ade skit puaka), bkn xnak melawan, boleh sgt kalau aku nak sekolah kan or maki a-z, tp bila kenangkan dosa suami menanggung, tugas isteri jaga maruah suami, tu yg membataskan bakat tpendam..so jgn cpt menilai..manusia semua ade khilaf..yg bezakan amalan n ilmu…carilah ilmu faham kan n amalkan…in shaa Allah membantu..

  3. Sy faham sangat keadaan awak, anak umi. Jangan risau, bukan awk sorang alami perkara ini. Cerita dah hampir sama dah. Tapi jujurnya, saya penat jadi pendendam. Awk tak penat ke anak ummi? Saya sedih sebab saya dah maafkan, tapi tak mampu melupakan. Dari kecik sampai ke besar ada saja yang tak kena. Bila teringat, saya akan rasa marah, rasa nak balas segala apa yg mereka lakukan. Tapi, entahlah. Saya rasa macam tak guna sy balas, buat tambah dosa je. Jadi, sy serahkan semuanya pada Allah. biar Allah saja yg balas. Sy berdoa pada Allah supaya mereka ditimpa ujian yg berat2. Mana tahu dengan ujian yg berat itu buat mereka muhasabah kesalahan mereka. Itu je sy mampu buat sebagai anak. Semoga tabah ye anak ummi. Sy doakan supaya anak ummi slow2 belajar untuk memaafkan dan serahkan segalanya kepada Allah. Percayalah, Allah akan balas segala kejahatan manusia ini, tak sekarang, pasti di hari tua mereka, tak di hari tua pasti di akhirat sana. Ganbatte!

  4. Dorg datang masa raya je kannn ,,, hgpa balik laa kampung sebelah mak , atau jalan-jalan kaa .
    Nampak macam lari . Tapi rasanya itu lebih baik . Hangpa dapat berjalan sakan , dorg pun bosan pergi rumah hgpa takdak orang . :3

  5. Tapikan kalau halalkan jadi sedekah, bila sedekah dapat pahala, dan pahala sedekah itu besar nilainya.
    Daripada tak dapat apa habuk pun dari org yg dibenci, lebih baik dapat ganjaran dari tuhan. Rezeki pun makin murah, InshaAllah.
    Positivity is always better than negativity.

  6. Allah itu tak akan bebankan hambanya melainkan dengan kesanggupannya. Yakinlah bahawa Allah menginginkan kebaikan kepada dirimu walaupun zahirnya benda itu buruk, menyakitkan bahkan mengancam diri kita. Ini kerana Kekasih Allah, kekasih kita iaitu junjungan besar Rasulullah Salallahu’AlaihiWasallam menghadapi dugaan, keperitan, kesakitan ancaman yang jauh lebih ulung daripada yang kita alami. Masalah yang Baginda Salallahu’AlihiWasallm hadapi bahkan jauh lebih BESAR daripada maslaah yang seluruh makhluk di muka bumi ini hadapi jika dikumpulkan.

    Baginda malah memaafkan, malah tidak sekali-kali menyimpan dendam kepada orang yang menyakitinya. Hatta kepada bapa Saudara kandungnya iaitu Abu Lahab. Walaupun kepada bapa munafik iaitu dan banyak lagi yang lain. Jann kita biarkan Syaitan menipu kita dengan kita tertipu dengan membatalkan ganjaran memaafkan dosa dan kesalahan mereka. Mereka tetap ada hubungan darah dengan kita.

    Jadilah seperti kayu Gaharu. Walaupun dibakar tetap mengeluarkan haruman yang harum.

    https://youtu.be/wUjVERZYwv8

  7. Mak aku pun senasib mcm mak kau.
    Mak aku bkn menantu pilihan.
    Sejak aku kecik mcm2 nenek & makcik aku buat khianat dekat mak aku.
    Sumpah seranah ayah aku.
    Nk buat mak ayah aku bercerai tp ayah aku sayang mak aku.
    Mcm2 weii sama mcm apa yg kau cerita ni. Last2 nenek & makcik aku tu mati sbb sakit.
    Kau tau bila dorang dah mati, mak aku selalu mimpikan nenek & makcik aku tu. Dorang susah dekat sana. Mintak pertolongan dengan mak aku dengan sedekahkan fatihah.
    Mak aku tya aku, kenapa dia selalu mimpikan 2 org tu.
    Aku jawab.. Mak belum redha kan dgn apa yg mereka buat? Mak x maafkan pun apa yg mereka buat?
    Jawab mak aku “ya”
    Kesakitan yg mereka buat tu terlalu pedih dan susah nk maafkan.

  8. Awk…. Xbaik cm nie awk… Awk sayang kan umi n abah awk.. Awk kne maaf dan halal kan… Ape downg buat kt family awk…biar Allah yg balas.. Kita jgn membenci…biar mereka bnci awk… Tapi awk jgn mmbenci.. Awk kne belajar dri umi awk yg sgt2 penyabar… Sy respect dan bangga dgn umi awk..walaupun dia kne cm2.. Dia mampu bersabar.. Kalo awk membenci.. Perangai awk sama dgn mereka… Mesti awk xnk kan.. Yg pntg skrg ur family… Doa doa doa dan trus berdoa… Jgn memutuskan tali persaudaraan.. Dosa awk… Biar org buat kita… Kita jgn buat org..

  9. Sy bersimpati dgn kisah puan ni.. sy sndri pnh mengalami peristiwa yg mmg sy sngguh2 bnci dn bersumpah xkn maafkn org tu smpai la org tu dtg mntk maaf kt sy.. tp baru2 ni sy terbc dkt fb jgk psl stu petikn dri ustz ni.. maaf sbb sy dh lpe ustz mn..dri pemahaman sy katanya kalo kte x maafkn seseorg tu nnti ms hri pembalasan nnti, ms kte d hisab, kte trpksa tnggu dlu org2 yg buat slh kt kte ni dtg mntk maaf stu persatu dgn kta sbb kta x maafkn die..so scra x sngaje proses ‘hisab’ kte pn akn jd lmbt sbb kte kne tnggu semua org yg kte x maafkn dlu2 tu dtg mntk maaf kt kte.. tkot jgk sy dgr sbb jauh kt sudut hati sy rs ssh sgt2 nk maafkn org tu..so sy berdoa supaya Allah lmbutkn hati sy spye sy bole maafkn org tu..maaf kalo ad yg trse mrh ble sy ckp mcm ni.. tp sy cme nk shre sbb sy syg saudara seislam sy..

  10. Saya rasa sedih n sympathy dgn kisah saudari ni…

    Satu jer yg ber putar dlm fikiran saya, kluarga nenek penulis ini typical Malay dn tiada langsung didikan agama Islam ke?

  11. Kdg2 bile baca kisah orang lain…baru tahu betapa bertuahnye diri ini jika dibandingkan dengan org lain y lebih kurang bernasib baik..

  12. Mfknlah mereka..ujian yg dtg untuk mnguji..Allah nk bg pahala,Allah nk hpus dosa,Allah angkat drjat kamu.brbahagialah kerana kamu insan terpilih yg Allah kasih..nikmat Allah cukup besar menanti ..mgkin saya tk berada dlm keadaan kamu..tapi Allah bersama orang yg sabar…semoga dalam rahmatNya selalu..

  13. Kifarah itu akn ada apabila kita dianiaya..
    Aku pernah mengalaminya..bkn aku bersyukur atas kifarah pd org itu, tapi aku yakin..Allah ada utkku…
    Tangisan akn dibalas dgn ketawa
    Hinaan akn dibalas dgn pujian
    Derita akn dibalas dgn bahagia..
    Sabar..yakin…
    Kalau perlu tegakkn kebenaran, buat!berdiri pd kaki sendiri..
    Jika perlu menangis, nangisla sepuas hati, kerana dr tangisan itu akn dtg kekuatan dr dlm diri..
    You are not alone facing this..
    We all have..

  14. Aku pon merasa ape kau rasa. Sejak aku paham dunia ni,aku x pernah anggap “mereka2” tu wujud. Kalau mak ayah aku nak berbaik semula dgn “mereka”, tu antara mereka. Aku tak masuk campur.

  15. Kalau aku jdi sedara pon aku berdendam, kecuali kalau mereka menyesal dan memohon maaf, tpi kalau diorng muka tembok, kau maki je diorng. Xkisahlaa tua ke muda. Okey.

  16. Sy fhm sis..sy pun masalah gak..kalau si bodoh tu x balik rumah,xde masalah rasenya..tabahlah sis..mmg layak dipanggil puaka..sy pun jijik nk pnggl ‘arwah’ dgn pnggln abg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *